NEWS
ACTIVITIES
blank
Perjumpaan Rasmi Bersama Rakan Kerjasama antara Alumni dan UTMSPACE - 13 Sep 2020
Tarikh : 13 September 2020
Tempat : Secara Atas Talian
Masa : 12.30 tengah hari
Penglibatan :
- Prof. Madya Sr Dr. Zakaria bin Mohd Yusof (Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat, UTMSPACE)
- Muhammad Zuhairi Asyraf bin Khalid (Eksekutif, UTMSPACE)
- Cik Che Aliah Norhafizah binti Zainal Abidin (Pembantu Tadbir, UTMSPACE)
- Puan Siti Aishah Alet (Ketua Pegawai Eksekutif, Triple A Training)
- En. Azmi Shahrin (Pengurus Pasukan Ceramah, Triple A Training)
Perkara yang dibincangkan mengenai permohonan Triple A Training untuk menjadi Rakan Kerjasama UTMSPACE dalam penganjuran kursus dan Sijil Profesional serta kerjasama Triple A Training dan UTMSPACE dalam Sijil Profesional Pengurusan Inventori dan Sijil Profesional Microsoft.
Perjumpaan Rasmi Bersama Rakan Kerjasama antara Alumni dan UTMSPACE- 19 Ogos 2020
Tarikh : 19 Ogos 2020
Tempat : UTMSPACE Kuala Lumpur
Masa : 2.30 petang
Perbincangan antara UTMSPACE dan PERHEBAT telah diadakan bagi mewujudkan kolobrasi penawaran pembelajaran sepanjang hayat. UTMSPACE diwakili oleh Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurus Besar Pusat Pendidikan Berterusan, manakala PERHEBAT diketuai oleh En. Sazali bin Puteh Mahadi, Pengarah Kanan Bahagian Pengajian Binaan PERHEBAT yang juga merupakan Alumni UTM.
Lawatan Rasmi Ke Institut MKRS
Tarikh : 19 Ogos 2020
Tempat : Institut MKRS , Kajang
Masa : 10.00 pagi
Lawatan rasmi UTMSPACE ke Institut MKRS (anak syarikat MKRS Group Sdn. Bhd.) yang diketuai oleh Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE bagi membincangkan halatuju kerjasama pembelajaran sepanjang hayat antara UTMSPACE dan MKRS.
Perbincangan Rakan Kerjasama Alumni UTM dan UTMSPACE, Universiti Teknologi Malaysia
Tarikh : 17 Oktober 2020
Masa : 11 pagi
Perbincangan secara atas talian telah berlangsung pada 17 Oktober 2020 antara Unit Perhubungan Alumni UTMSPACE yang diketuai oleh Pengarah Pendidikan Berterusan UTMSPACE, Prof. Madya Sr Dr. Zakaria bin Mohd Yusof dan Alumni UTM, YB Hamizan bin Hassan selaku EXCO Negeri Perlis. Perbincangan demi merapatkan semula hubungan Alumni dan UTMSPACE selain perbincangan pembangunan kursus sepanjang hayat kepada rakyat negeri Perlis.
Alumni Kini Bergelar Wakil Rakyat
Perbincangan Rakan Kerjasama antara Alumni UTM dan UTMSPACE, Universiti Teknologi Malaysia
Perbincangan Rakan Kerjasama antara Alumni UTM dan UTMSPACE, Universiti Teknologi Malaysia
Tarikh : 5 Mac 2020
Tempat : Saujana Resort, Shah Alam
Masa : 12.00 tengah hari
Perbincangan antara MKRS Group Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Pengarah Urusan MKRS Group Sdn. Bhd. iaitu Dato’ Mohamad Ridza bin Illias (Alumni SPACE, UTM) dan UTMSPACE yang diketuai oleh Prof. Madya Sr Dr. Zakaria bin Mohd Yusof. |
LAWATAN RASMI DAN PERBINCANGAN RAKAN KERJASAMA ANTARA ALUMNI UTM DAN UTMSPACE, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Lawatan Rasmi dan Perbincangan Rakan Kerjasama antara Alumni UTM dan UTMSPACE, Universiti Teknologi Malaysia
Tarikh : 2 Februari 2020
Tempat : UTMSPACE Kuala Lumpur
Masa : 11.00 pagi
En. Ulil Zukhairi bin Che Ali (Alumni UTM), Pengarah Maju Karisma Enterprise telah hadir ke pejabat UTMSPACE Kuala Lumpur. Perbincangan dipengerusikan oleh Prof. Madya Sr. Dr. Zakaria bin Mohd Yusof, Pengarah Pendidikan Berterusan UTMSPACE.
Tarikh : 2 Februari 2020
Tempat : UTMSPACE Kuala Lumpur
Masa : 2.00 petang
Perbincangan antara En. Arwan Aziz dari Wan Training HRD bersama UTMSPACE.
Wakil UTMSPACE iaitu Prof. Madya Sr. Dr. Zakaria bin Mohd Yusof menerima naskah buku Syoknya Kerja Kita dari Wan Training HRD sebagai simbolik kerjasama berterusan antara Alumni dan UTMSPACE.
MAJLIS MAKAN MALAM PELANCARAN ALUMNI UTMSPACE
Kuala Lumpur – UTMSPACE dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Induk Alumni UTMSPACE telah menganjurkan Majlis Makan Malam Pelancaran Alumni UTMSPACE pada 30 November 2019 di Grand Petra Ballroom, Royal Widad, Residensi UTM Kuala Lumpur. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ybrs. Prof. Dr. Azlan bin Ab Rahman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM merangkap Menjalankan Tugas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE.
MESYUARAT BERSAMA ALUMNI UTMSPACE
blank
MESYUARAT BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON SELATAN
Johor Bahru- Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE telah mengadakan Mesyuarat Bersama Alumni UTMSPACE Zon Selatan pada 11 Julai 2019 (Khamis). Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif 2, UTMSPACE Johor Bahru. Mesyuarat juga telah dipengerusikan oleh Ybrs. Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus selaku Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni, SPACE. Mesyuarat kali ini juga telah mengundang Pengerusi Ahli Jawatankuasa Alumni UTMSPACE Zon Selatan iaitu Encik Mohd Azhar Bin M.Arsad.
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA INDUK ALUMNI UTMSPACE 2019
Kuala Lumpur – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Alumni UTMSPACE telah diadakan pada 27 Julai 2019 (Sabtu) bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Residensi UTMKL, UTMSPACE Kuala Lumpur. Mesyuarat juga dipengerusikan oleh Ybrs. Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus selaku Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni, SPACE.
blank
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON SELATAN
Johor Bahru – Telah berlangsung perjumpaan bersama antara Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE dan Alumni UTMSPACE Zon Selatan pada 27 April 2019. Majlis diadakan pada jam 2 petang – 4 petang di Dewan Kuliah, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah UTM Johor Bahru. Untuk makluman, majlis ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE. Pertemuan merupakan inisiatif UTMSPACE untuk merapatkan kembali hubungan secara berterusan antara Alumni dan UTMSPACE. Majlis turut diserikan dengan sedikit perkongsian oleh Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus. Tahniah kepada alumni yang hadir dan memberikan sokongan kepada UTMSPACE.
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON SABAH
Kota Kinabalu – Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE meneruskan penjelajahan ke Kota Kinabalu Sabah untuk bertemu dengan Alumni UTMSPACE yang menetap di Sabah. Kali ini, pertemuan diadakan di Deco Café & Grill, Horizon Hotel, Kota Kinabalu pada 15 Jun 2019 bermula jam 2 petang – 4 petang. Riang dan gembira Alumni Sabahan apabila dapat bertemu semula. Majlis dilengkapkan dengan perkongsian Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus Tahniah diucapkan kepada mereka yang hadir dan memberikan sokongan kepada UTMSPACE.
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON SARAWAK
Kuching – Jelajah diteruskan ke bumi Sarawak. Pertemuan antara Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE bersama Alumni UTMSPACE yang menetap di Sarawak telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Jun 2019. Kali ini, Dewan Majlis, Hotel Dormani, Kuching dipilih sebagai hos bagi menjayakan majlis ini. Pertemuan ini diadakan seawal jam 9 pagi sehingga 11 pagi. Majlis dijayakan lagi dengan perkongsian Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus Tahniah kepada Alumni UTMSPACE Zon Sarawak yang hadir memberikan sokongan kepada UTMSPACE. Diharap hubungan berterusan terus terjalin antara Alumni dan UTMSPACE.
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON UTARA
Butterworth – Telah berlangsung perjumpaan bersama antara Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE dan Alumni UTMSPACE Zon Utara pada 22 Jun 2019. Majlis diadakan pada jam 2 petang – 4 petang di Grand View 6, Hotel De’ Garden, Butterworth, Pulau Pinang. Untuk makluman, majlis ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE. Pertemuan merupakan inisiatif UTMSPACE untuk merapatkan kembali hubungan secara berterusan antara Alumni dan UTMSPACE. Majlis turut diserikan dengan sedikit perkongsian oleh Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus. Tahniah kepada alumni UTMSPACE Zon Utara yang hadir dan memberikan sokongan kepada UTMSPACE.
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON TENGAH
Kuala Lumpur – Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE meneruskan penjelajahan ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Alumni UTMSPACE Zon Tengah yang menetap di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan selatan Perak. Kali ini, pertemuan diadakan di Dewan Banquet Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur pada 23 Jun 2019 bermula jam 2 petang – 4 petang. Riang dan gembira Alumni Sabahan apabila dapat bertemu semula bersama pensyarah dan rakan-rakan sekuliah. Majlis dilengkapkan dengan perkongsian Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus. Tahniah diucapkan kepada mereka yang hadir dan memberikan sokongan kepada UTMSPACE.
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON TIMUR
Kuala Terengganu – Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE meneruskan penjelajahan ke Kuala Terengganu untuk bertemu dengan Alumni UTMSPACE Zon Timur yang menetap di kawasan Terengganu, Kelantan dan Pahang. Perjumpaan kali ini diadakan di Dewan Seminar, Noor Arfa Craft Complex, Kuala Terengganu pada 28 Jun 2019 bermula jam 3 petang sehingga 5 petang. Riang dan gembira Alumni yang berada di Zon Timur apabila dapat bertemu semula bersama pensyarah dan rakan-rakan sekuliah. Majlis dilengkapkan dengan perkongsian Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus. Tahniah diucapkan kepada mereka yang hadir dan memberikan sokongan kepada UTMSPACE. Pelantikan Jawatankuasa Alumni UTMSPACE Zon Timur turut dijalankan dengan jayanya.
Contact Us
Alumni Relations Unit,
Continuing Education Office,
School of Professional and Continuing Education (UTMSPACE),
No. 34-50, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,81300, Skudai, Johor Bahru, Johor
Office : 07-531 6022
Email : alumni@utmspace.edu.my