+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) space@utm.my

UTM Diploma Programme

Teaching & Learning

Survey on New Students’ Readiness towards Online Learning Implementation

This form is collected by Pusat Pengajian Diploma SPACE UTM. For inquiries, please email us at diploma@utm.my.

Pusat Pengajian Diploma Briefing

  • Briefing Session with General Manager and Head of Department
  • Briefing Session with Head of Programme.

FAQ

SOALAN - SOALAN LAZIM: AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)
Bagaimanakah perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Semester I Sesi 2020/2021?

Pelaksanaan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan secara dalam talian sehingga Disember 2020. Perkara ini adalah tertakluk keputusan dan pengumuman oleh pihak kerajaan terutama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang akan diumumkan dari masa ke semasa oleh pihak UTM.

Bagaimana saya boleh dapatkan Kalendar Akademik?
Perlukah saya hadir ke kampus UTM untuk meneruskan pembelajaran Semester I Sesi 2020/2021?

Tidak perlu kerana pembelajaran dan pengajaran akan dibuat secara dalam talian sepenuhnya.

Bagaimana sekiranya saya tiada kemudahan internet di kediaman saya atau capaian yang tidak sesuai untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran atas talian?

Anda perlu memaklumkan pemasalahan kepada pensyarah. Pensyarah yang terlibat akan membantu dengan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Saya tidak dapat memberi penumpuan terhadap sebahagian kursus yang saya ikuti. Bolehkah saya tarik diri (TD) dan bilakah tarikh akhir untuk saya berbuat demikian?
Boleh, anda boleh tarik diri (TD) dari kursus yang anda ikuti mengikut peraturan akademik UTM. Anda diminta merujuk dan mendapatkan nasihat daripada Penasihat Akademik. Tarikh akhir untuk anda tarik diri adalah selewatnya 15 Ogos 2020 (Johor Bahru) dan 16 Ogos 2020 (Kuala Lumpur).
Kursus saya melibatkan kehadiran secara fizikal seperti makmal, studio, kerja lapangan, Boleh kah saya masuk ke kampus untuk menyelesaikannya?
Semua kursus yang ditawarkan pada semester I Sesi 2020/2021 telah dirancang dan direkabentuk semula PdP supaya disesuaikan dengan kaedah PdP dalam talian.
Bagaimana dengan peperiksaan akhir, adakah akan dibuat secara dalam talian juga?
Kaedah peperiksaan akhir akan ditentukan oleh fakulti serta mengikut kesesuaian kursus. Fakulti dan pensyarah yang terlibat akan memaklumkan pelaksanaan secara terperinci kepada pelajar.
Sekiranya saya tidak mahu meneruskan pengajian bagi Semester I Sesi 2020/2021, adakah pihak Universiti membenarkan untuk menangguhkan pengajian?
Berdasarkan Peraturan Akademik UTM, anda dibenarkan menangguhkan pengajian atas sebab masalah peribadi. Saudara perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Pusat Pengajian Diploma selewatnya minggu ke sembilan pengkuliahan semester semasa.
Adakah saya akan diberikan jadual waktu bagi sesi pembelajaran kelas / makmal / studio walaupun semua PdP dijalankan secara dalam talian?

Ya. Anda perlu merujuk jadual waktu di http://jaduawaktu.utmspace.edu.my dan hadir mengikut ketetapan masa bagi kursus yang didaftarkan. Anda juga bertanggung jawab untuk memaklumkan kepada pensyarah sebelum kelas bermula sekiranya tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Penasihatan Akademik?

Sistem Penasihatan Akademik diwujudkan bertujuan untuk membimbing pelajar dalam merancang pengajian, menyusun struktur pembelajaran, dan aktiviti ke arah meningkatkan prestasi akademik dan potensi diri pelajar. Anda boleh menyemak nama penasihat akademik menerusi portal MyUTM https://my.utm.my/ dan klik pada pautan Penasihat Akademik.

Siapa yang boleh saya hubungi sekiranya mempunyai pertanyaan yang lebih lanjut?

Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada diploma@utm.my. Selain itu, anda juga mengetahui maklumat terkini yang dikeluarkan oleh UTM berkaitan PdP menerusi pautan https://www.utm.my/office-dvcai/pekeliling-akademik/

UTMSPACE JOHOR BAHRU
School of Professional and Continuing Education(UTMSPACE),
Level 4 and 5,Block T05,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, Johor, Malaysia
Tel :+607 531 8000 (Hotline)
Fax :+607 520 5725

UTMSPACE KUALA LUMPUR
Aras 2, Residensi UTMKL
No.8 Jalan Maktab
54000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : +603 2772 2500 (Hotline)
Fax : +603-2778 4566

Email : space@utm.my