DIVISION OF RESEARCH MANAGEMENT AND LEARNING RESOURCES

web banner final sesi perkongsian
webbanner-Taklimat-Perkhidmatan-Perpustakaan-UTM--Akses-Sumber-Terbuka-1600-x-344-px-2
poster tahniah scopus
webbanner-TULIS-DAN-TERBIT-1600-x-344-px
FINAL web banner Tahniah di atas pembangunan modul 1 dan 2 dan 3
FINAL web banner Tahniah di atas pembangunan modul 1 dan 2 dan 3
~ai-2be29288-8157-45f7-b217-a4697ff0a4b0_
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow

About Us

In 2018, Research Management Unit (UPP) was established under Quality Management and Alumni Division (BPKA).

Vision, Mision & Scope

To develop, assess and promote research initiatives for uplifting UTMSPACE as an International Center of Excellence in Lifelong Learning.

News and Events

Program Santai Pelajar Dan Alumni 2023

21 Oktober 2023

21 Oktober 2023, Kuala Lumpur- Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran telah mengadakan Program Santai Pelajar dan Alumni untuk tahun 2023 pada 21 Oktober 2023 di Residensi UTM Kuala Lumpur.

Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran telah menghantar dua orang wakil untuk membuka Kaunter Sumber Pembelajaran di ruang legar Dewan Seminar Aras 2 Residensi UTMKL. Tujuan kaunter ini diadakan adalah bertujuan untuk membuat hebahan kepada semua pelajar SPACE UTM mengenai servis dan perkhidmatan perpustakaan UTM. Program ini dianjurkan selaras dengan tujuan utama untuk membantu pelajar mendapatkan bahan pembelajaran mengikut modul yang diberikan. Selain itu, mini kuiz, permainan dan hadiah saguhati juga disediakan kepada pelajar yang mengunjungi kaunter.

Perpustakaan UTM juga menyediakan beberapa kemudahan yang boleh diakses melalui portal Perpustakaan UTM seperti pencarian bahan rujukan di OPAC, Online resources (Subscribed Online Databases, E-books, E-Journals), dan perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada pengguna perpustakaan untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran secara bertulis mahupun secara atas talian. Portal Perpustakaan UTM boleh diakses di https://library.utm.my/

Kaunter Sumber Pembelajaran ini berjalan dengan lancar dan tamat sekitar jam 4.00 petang. Semoga para pelajar mendapat banyak manfaat hasil dari pertemuan ini dan mencapai matlamat dengan jayanya.

Kursus Mendeley untuk Projek Tahun Akhir

9 Oktober 2023

Johor Bahru, Isnin- Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran telah mengadakan Kursus Mendeley untuk Projek Tahun Akhir pada 9 Oktober 2023 di Dewan Seminar 1 & 2 Taman Universiti UTMSPACE Johor Bahru.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membantu pelajar dalam menguruskan sumber rujukan projek tahun akhir mereka dengan menggunakan aplikasi Mendeley. Kursus ini disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuki bin Azman bin Wan Muhamad, Mendeley Advisor dan juga seorang Pensyarah Kanan di Institut Kejuruteraan Matematik, Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis.

Kursus ini telah dihadiri oleh 35 orang pelajar dari Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) dengan Kepujian dan 2 orang pelajar Program Sarjana Muda Pengajian Am. Kursus ini telah berjalan dengan lancar dan tamat sekitar jam 1 petang. Semoga para pelajar mendapat banyak manfaat hasil dari kursus yang diadakan ini dan mencapai matlamat dengan jayanya.

Bengkel Penulisan Proposal Geran Penyelidikan

13 April 2023

Johor Bahru, Khamis- Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelaaran (BPSP) telah mengadakan Bengkel Penulisan Proposal Geran Penyelidika pada 13 April 2023 (Khamis) secara dalam talian melalui aplikasi Webex.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah sebagai inisiatifi pihak penganjur untuk menggalakkan staf UTMSPACE (akademik dan bukan akademik) dan staf UTM yang berkhidmat di UTMSPACE supaya melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan. Pihak UTMSPACE telah menawarkan geran penyelidikan Dana Pembangunan Berpostensi (PDF2023) bermula dari 1 April 2023 hingga 30 April 2023. Sehubungan dengan itu, semua staf di UTMSPACE berpeluang untuk menyertai geran ini sebagai ketua dan ahli projek dimana ia dapat membantu menjayakan projek dan mencungkil bakat dalam penulisan, penyelidikan sehingga menghasilkan penerbitan.

Bengkel Penulisan Proposal ini dianjurkan selaras dengan tujuan utama iaitu bagi membantu semua staf dalam penulisan proposal mendapatkan idea, mengenalpasti masalah dan memberi maklumat kepada staf UTMSPACE tentang bidang fokus dan syarat-syarat serta panduan mengisi borang permohonan bagi yang berminat untuk memohon geran penyelidikan UTMSPACE.

Bengkel ini bermula pada jam 9.00 pagi yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Leow Pei Ling, Penyelaras Akademik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Bengkel ini berjalan dengan lancar dan tamat sekitar jam 10.30 pagi. Semoga peserta mendapat banyak manfaat hasil dari sesi soal jawab dan perbincangan yang diadakan.

Jerayawara Penyelidikan: Dana Pembangunan Berpotensi (PDF2023)

6 April 2023

Johor Bahru, Khamis- UTMSPACE Johor Bahru telah mengadakan Jerayawara Penyelidikan: Dana Pembangunan Berpotensi PDF 2023 pada 6 April 2023 secara dalam talian melalui aplikasi Webex.

Tujuan peluang dana penyelidikan ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan staf UTMSPACE (akademik dan bukan akademik) dan staf UTM yang berkhidmat di UTMSPACE supaya melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan. Sehubungan dengan itu, semua staf di UTMSPACE berpeluang untuk menyertai geran ini sebagai ketua dan ahli projek dimana ia dapat membantu menjayakan projek dan mencungkil bakat dalam penulisan, penyelidikan sehingga menghasilkan penerbitan.

Jerayawara ini dianjurkan selaras dengan tujuan utama iaitu bagi memberi maklumat kepada staf UTMSPACE tentang bidang fokus dan syarat-syarat serta panduan mengisi borang permohonan bagi yang berminat untuk memohon geran penyelidikan UTMSPACE.

Jerayawara ini bermula pada jam 2.30 petang yang bertajuk taklimat permohonan geran penyelidikan UTMSPACE: Dana Pembangunan Berpotensi 2022 oleh Dr. Siti Munira binti Jamil, Pengurus, Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran (BPSP). Permohonan Dana Pembangunan Berpotensi 2022 ini dibuka dari 1hb April 2023 sehingga 30hb April 2023. Ini merupakan salah satu usaha (BPSP) dalam memberi peluang selama 1 bulan kepada staf bagi mencari idea dan membentuk kumpulan untuk merebut peluang bagi menyiapkan kertas kerja sebelum dihantar kepada BPSP.

Bidang Fokus Utama merupakan 6 bidang tujahan perancangan strategik UTMSPACE yang telah dikenalpasti iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat, Teknologi dan Inovasi untuk Pendidikan, Kepimpinan Akademik, Pendidikan Transnasional, Penyelidikan dalam Organisai dan Revolusi 4.0. Dana yang ditawarkan bagi satu permohonan ini adalah maksimum RM 10,000.00.

Jerayawara ini berjalan dengan lancar dan tamat sekitar jam 4.00 petang. Semoga peserta mendapat banyak manfaat hasil dari sesi soal jawab dan perbincangan yang diadakan.

BENGKEL PENULISAN MODUL PEMBELAJARAN: PENGGUNAAN TEMPLAT DAN MS WORD

22 Februari 2023

Johor Bahru, Selasa- UTMSPACE Johor Bahru telah mengadakan satu program Research Showcase 2022.

Johor Bahru, Rabu- Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran telah menganjurkan Bengkel Penulisan Modul Pembelajaran: Penggunaan Templat dan MS Word pada 22 Februari 2023. Seramai 17 orang staf akademik yang terlibat di bengkel tersebut.

Bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para penulis modul penggunaan MS Word dan Templat yang disediakan. Lokasi bengkel diadakan di Makmal Komputer Aras 3, UTMSPACE Johor Bahru.

Penceramah bagi kursus ini ialah Dr Muhamad Zuli bin Jaafar. Beliau merupakan Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.

Kursus ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucapan pembukaan majlis dari Dr. Siti Munira binti Jamil, Pengurus, Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran (BPSP). Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang.Semoga peserta mendapat banyak manfaat hasil dari sesi soal jawab dan kursus yang diadakan.

RESEARCH SHOWCASE 2022

Julai 2022

Johor Bahru, Selasa- UTMSPACE Johor Bahru telah mengadakan satu program Research Showcase 2022.

Program ini diadakan dengan tujuan berkongsi hasil penyelidikan dari projek-projek yang telah menerima geran melalui Dana Penyelidikan UTMSPACE. Research Showcase 2022 ini diadakan pada 5 Julai 2022 dibawakan secara langsung dari UTMSPACE Kuala Lumpur dan ditayangkan secara dalam talian melalui aplikasi Webex.

Peluang dana penyelidikan diperkenalkan adalah untuk menggalakkan staf UTMSPACE (akademik dan bukan akademik) supaya melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan. Sehubungan dengan itu, semua staf di UTMSPACE berpeluang untuk menyertai geran ini sebagai ketua dan ahli projek dimana ia dapat membantu menjayakan projek dan mencungkil bakat dalam penulisan, penyelidikan sehingga menghasilkan penerbitan.

Program Research Showcase 2022 ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa En. Burhanuddin bin Sarji, Bahagian Pembelajaran Digital dan diikuti dengan ucapan pembukaan majlis dari Ts. Nik Maria binti Nik Mahamood, Timbalan Pengerusi (Pembangunan). Program diteruskan dengan dengan pembentangan dari ketua- ketua projek penyelidikan. Seramai lapan (8) projek yang berkongsi hasil penyelidikan mereka. Antara ketua projek dan hasil projek yang terlibat dalam program ini adalah, Dr. Norazlina Binti Mohd Yasin, A Development of Online Learning Experience Framework (OLEF), Dr. Siti Munira Binti Jamil, Water Profiling of Drinking Water Filter in UTMSPACE Towards Its Water Quality, Pn. Salina Binti Sadeli, Development of The Green Mobile Application Prototype for Green Campus Initiatives. Case Study: Diploma SPACE UTM Kuala Lumpur, Pn. ‘Aaishah Radziah Binti Jamaludin, The Effectiveness of Academic Advising on Student’s Performance, Dr. Intan Afida Binti Mohamad Amin, Plancourse – Teaching & Learning Tool to Support Outcome Based Education, Ts. Erni Syuhada Binti Mazwil Ishan, Synchronous vs Asynchronous Online Learning: Part Time Student – SPACE Interaction, Dr. Noorhasyimah Binti Ismail, A Qualitative Study of Data Management Development for Hybrid Organisation Application dan Pn. Rozana binti Ismail, Creating an Educational Mobile Game Prototype to Facilitate the Transition from Classroom Activities to Online Gamification.

Program Research Showcase 2022 ini berjalan dengan lancar dan tamat sekitar jam 12.00 tengah hari dengan sambutan yang amat baik dari staf UTMSPACE. Semoga peserta mendapat banyak manfaat hasil dari sesi soal jawab dan perbincangan yang diadakan.

Jerayawara Penyelidikan: Dana Pembangunan Berpotensi (PDF2022)

Mei 2022

Johor Bahru, Rabu- UTMSPACE Johor Bahru telah mengadakan Jerayawara Penyelidikan: Dana Pembangunan Berpotensi PDF 2022 pada 17 Mei 2022 secara dalam talian melalui aplikasi Webex.

Tujuan peluang dana penyelidikan ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan staf UTMSPACE (akademik dan bukan akademik) supaya melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan. Sehubungan dengan itu, semua staf di UTMSPACE berpeluang untuk menyertai geran ini sebagai ketua dan ahli projek dimana ia dapat membantu menjayakan projek dan mencungkil bakat dalam penulisan, penyelidikan sehingga mengahsilkan penerbitan.

Jerayawara ini dianjurkan selaras dengan tujuan utama iaitu bagi memberi maklumat kepada staf UTMSPACE tentang bidang fokus dan syarat-syarat serta panduan mengisi borang permohonan bagi yang berminat untuk memohon geran penyelidikan UTMSPACE.

Jerayawara ini bermula pada jam 2.30 petang dengan ucapan pembukaan majlis dari Ts. Nik Maria binti Nik Mahamood, Timbalan Pengerusi (Pembangunan) dan diikuti dengan taklimat permohonan geran penyelidikan UTMSPACE: Dana Pembangunan Berpotensi 2022 oleh Dr. Siti Munira binti Jamil, Pengurus, Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran (BPSP). Permohonan Dana Pembangunan Berpotensi 2022 ini dibuka dari 1hb Mei 2022 sehingga 31hb Mei 2022. Ini merupakan salah satu usaha (BPSP) dalam memberi peluang selama 1 bulan kepada staf bagi mencari idea dan membentuk kumpulan untuk merebut peluang bagi menyiapkan kertas kerja sebelum dihantar kepada BPSP. Walaubagaimanapun, pihak BPSP bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan keada semua staf sehingga 10 Jun 2022 dimana memberi ruang kepada staf menyiapkan kertas kerja serta persiapan untuk ke sesi pembetangan dan peniliaian yang bakal diadakan.

Bidang Fokus Utama merupakan 6 bidang tujahan perancangan strategik UTMSPACE yang telah dikenalpasti iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat, Teknologi dan Inovasi untuk Pendidikan, Kepimpinan Akademik, Pendidikan Transnasional, Penyelidikan dalam Organisai dan Revolusi 4.0. Dana yang ditawarkan bagi satu permohonan ini adalah maksimum RM 10,000.00.

Jerayawara ini berjalan dengan lancar dan tamat sekitar jam 4.00 petang. Semoga peserta mendapat banyak manfaat hasil dari sesi soal jawab dan perbincangan yang diadakan.

 

Jerayawara Penyelidikan : Dana Pembangunan Berpotensi (PDF2021)

7 Julai 2021

Johor Bahru, Rabu- UTMSPACE Johor Bahru telah mengadakan Jerayawara Penyelidikan: Dana Pembangunan Berpotensi PDF 2021 pada 7 Julai 2021 secara dalam talian melalui aplikasi Webex.

Tujuan peluang dana penyelidikan ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan staf UTMSPACE (akademik dan bukan akademik) supaya melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan. Sehubungan dengan itu, semua staf di UTMSPACE berpeluang untuk menyertai geran ini sebagai ketua dan ahli projek dimana ia dapat membantu menjayakan projek dan mencungkil bakat dalam penulisan, penyelidikan sehingga mengahsilkan penerbitan.

Jerayawara ini dianjurkan selaras dengan tujuan utama iaitu bagi memberi maklumat kepada staf UTMSPACE tentang bidang fokus dan syarat-syarat serta panduan mengisi borang permohonan bagi yang berminat untuk memohon geran penyelidikan UTMSPACE.

Jerayawara ini bermula pada jam 2.30 petang dengan ucapan pembukaan majlis dari Ts. Nik Maria binti Nik Mahamood, Timbalan Pengerusi (Pembangunan) dan diikuti dengan taklimat permohonan geran penyelidikan UTMSPACE: Dana Pembangunan Berpotensi 2021 oleh Dr. Siti Munira binti Jamil, Pengurus, Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran (BPSP). Permohonan Dana Pembangunan Berpotensi 2021 ini dibuka dari 1hb Julai 2021 sehingga 31hb Julai 2021. Ini merupakan salah satu usaha (BPSP) dalam memberi peluang selama 1 bulan kepada staf bagi mencari idea dan membentuk kumpulan untuk merebut peluang bagi menyiapkan kertas kerja sebelum dihantar kepada BPSP.

Bidang Fokus Utama merupakan 6 bidang tujahan perancangan strategik UTMSPACE yang telah dikenalpasti iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat, Teknologi dan Inovasi untuk Pendidikan, Kepimpinan Akademik, Pendidikan Transnasional, Penyelidikan dalam Organisai dan Revolusi 4.0. Dana yang ditawarkan bagi satu permohonan ini adalah maksimum RM 10,000.00.

Jerayawara ini berjalan dengan lancar dan tamat sekitar jam 4.00 petang. Semoga peserta mendapat banyak manfaat hasil dari sesi soal jawab dan perbincangan yang diadakan.

Jerayawara Penyelidikan: Dana Strategik UTMSPACE 2021

9 Mac 2021

Johor Bahru, Rabu- UTMSPACE Johor Bahru telah mengadakan Jerayawara Penyelidikan: Dana Strategik UTMSPACE 2021 pada 9 Mac 2021 secara atas talian melalui aplikasi Webex.

Tujuan peluang dana penyelidikan ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan staf UTMSPACE (akademik dan bukan akademik) supaya melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan dan sebagai inisiatif untuk melaksanakan proses kerja yang sistematik, telus dan berkesan. Sehubungan dengan itu, staf bukan akademik di UTMSPACE juga berpeluang untuk menyertai geran ini sebagai ketua dan ahli projek dimana ia dapat membantu menjayakan projek dan mencungkil bakat dalam penulisan dan penyelidikan.

Jerayawara ini dianjurkan selaras dengan tujuan utama iaitu bagi memberi peluang staf UTMSPACE belajar membuat proposal dan mengisi borang permohonan. Justeru, sesi perkongsian berkenaan “Teknik Membangunkan Proposal” jtelah dikongsikan oleh Prof. Madya Ir Ts Dr Ahmad ‘Athif bin Mohd Faudzi, Pengarah Centre for Artificial Intelligence and Robotics (CAIRO UTM).

Jerayawara ini bermula pada jam 9 pagi dengan ucapan pembukaan dari Prof. Madya Mazlan bin Mohamad Abdul Hamed dan diikuti dengan taklimat permohonan geran penyelidikan UTMSPACE: Dana Strategik UTMSPACE 2021 oleh Dr. Siti Munira binti Jamil, Pengurus, Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran (BPSP). Dana Strategik UTMSPACE 2021 ini dibuka dari 17hb Februari 2021 hingga 18hb Mac 2021. Ini merupakansalah satu usaha (BPSP) dalam memberi peluang selama 1 bulan kepada staf bagi mencari idea dan membentuk kumpulan untuk merebut peluang bagi menyiapkan proposal sebelum dihantar kepada BPSP.

Bidang Fokus Utama merupakan 5 bidang tujahan perancangan strategik UTMSPACE yang telah dikenalpasti iaitu Pembangunan Kewangan, Pembangunan Perniagaan, Pembangunan Produk dan Perkhidmatan, Pembangunan Operasi dan Pembangunan Sumber Manusia.. Dana yang diperuntukan bagi geran ini adalah maksimum RM 15,000.00 bagi satu projek.

Jerayawara ini berjalan dengan lancar dan tamat sekitar jam 11.30 pagi. Semoga peserta mendapat banyak manfaat hasil dari sesi soal jawab dan perbincangan yang diadakan.

Tahniah: Penerima Geran Dana Pengukuhan Kepakaran ERF2021

7 Jan 2021

Johor Bahru, Khamis- Unit Pengurusan Penyelidikan UTSMPACE Johor Bahru telah menawarkan geran penyelidikan Dana Pengukuhan Kepakaran 2020 pada 21 September 2020.

Penawaran geran tersebut memberi pendedahan kepada staf untuk menceburi dalam penyelidikan mengikut bidang niche UTM. Geran ini juga bertujuan bagi menyumbang kepada skor MyRA.
Sesi pembentangan dan penilaian diadakan, pada 18 November 2020 melalui keadah atas talian dengan menggunakan perisian Blackboard Collaborate (BB).

Hasil dari sesi penilaian, lima (5) projek penyelidikan telah dianugerahkan – geran penyelidikan Dana Pengukuhan Kepakaran 2021 ini.. Projek-projek tersebut diketuai oleh Prof. Dr. Azlan bin Abd Rahman, Prof. Madya Ts Gs Sr Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus, Prof. Madya Mazlan bin Mohamad Abdul Hamed dan Pn. Rokiah binti Bahari manakala ahli penyelidik adalah terdiri daripada staf akademik UTMSPACE, UTM dan juga institusi lain.

Selain itu, UPP juga mengadakan Taklimat Pengurusan Penyelidikan bagi penerima geran Dana Pengukuhan Kepakaran 2021 pada 6 Januari 2021. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada penerima geran berkenaan dengan cara pengurusan projek dan kewangan projek penyelidikan sepanjang tempoh aktif geran.

Pihak UTMSPACE mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya di atas usaha dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga projek penyelidikan berjalan lancar dan dapat memberikan impak yang besar kepada organisasi.

Sesi Taklimat dan Bimbingan Bersama Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UTM: Dana Pengukuhan Kepakaran 2021

6 Jan 2021

Johor Bahru, Rabu- Unit Pengurusan Penyelidikan(UPP) SPACE telah mengadakan Sesi Taklimat dan Bimbingan bersama Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)

Dana Pengukuhan Kepakaran 2021 pada 6 Januari 2021. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada penerima geran untuk menggunakan sistem RADIS.

Sesi Taklimat diadakan melaluikeadah atas talian dengan menggunakan perisian Blackboard Collaborate (BB). Taklimat tersebut bermula pada jam 2.30 petang dengan ucapan aluan dan diikuti dengan taklimat pengurusan geran penyelidikan oleh Pn Zuridah binti Saadan, Bahagian Pengurusan Projek RMC UTM.

Sesi Taklimat tersebut diteruskan lagi dengan taklimat berkenaan dengan pengurusan kewangan yang disampaikan oleh En. Masasry bin Hassim dan Pn Norhidayah binti Ab. Maleh, Bahagian Kewangan RMC UTM.

Sesi taklimat tersebut berkahir pada jam 4.30 petang. Semoga penyelidik mendapat banyak manfaat hasil dari sesi soal jawab dan perbincangan yang diadakan.

Tahniah: Penerima Geran Dana Pembangunan Berpotensi 2020

1 Dis 2020

Johor Bahru, Isnin- Unit Pengurusan Penyelidikan UTSMPACE Johor Bahru telah menawarkan geran penyelidikan Dana Pembangunan Berpotensi 2020 pada 1 September 2020

Penawaran geran tersebut memberi pendedehan kepada staf untuk menceburi dalam penyelidikan mengikut bidang yang dipilih. Sesi pembentangan dan penilaiandiadakan, pada 18 Oktober 2020 di Johor Bahru dan 20 Oktober 2020 bagi penyelidik di Kuala Lumpur,

Seramai dua belas (12) penerima geran yang telah berjaya mendapatkan geran penyelidikan Dana Pembangunan Berpotensi 2020 ini. Penyelidik adalah terdiri daripada staf akademik UTMSPACE. Enam (6) penyelidik daripada Johor Bahru dan enam (6) lagi dari Kuala Lumpur. Antaranya penyelidik yang telah berjaya memohon geran ini adalah, Pn. Rozana binti Ismail, Pn. Salina binti Sadeli, Pn. Husna Hafiza R. Azmi, Sr. Ts. Yusmady b. Md Junus, Dr. Norazlina Mohd Yasin, Pn. Syarifah Rabiyah Al Adawiah binti Syed Badrul Hisyam, Pn. Nawal binti Shaharuddin, Ts Erni Syuhada binti Mazwil Ishan, Pn ‘Aaishah Radziah binti Jamaludin, Dr. Siti Munira binti Jamil, Pn. Noor Asma binti Hussain dan Dr. Noorhasyimah binti Ismail.

Selain itu, UPP juga mengadakan Taklimat Pengurusan Penyelidikan bagi penerima geran Dana Pembangunan Berpotensi 2020 pada 30 November 2020. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada penerima geran berkenaan dengan cara pengurusan penyelidikan sepanjang tempoh aktif penyelidikan. 

 Pihak UTMSPACE mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya di atas usaha dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga projek penyelidikan berjalan lancar dan dapat memberikan impak yang besar kepada organisasi.

Jerayawara Penyelidikan: Dana Pengukuhan Kepakaran 2020

30 Sept 2020

Kuala Lumpur, Rabu- UTMSPACE Johor Bahru telah mengadakanJerayawara Penyelidikan: Dana Pengukuhan Kepakaran 2020 pada 30 September 2020

Tujuan jerayawara ini diadakan adalah untuk memberi galakan kepada staf akademik lantikan UTM yang berkhidmat di UTMSPACE untuk membuat penyelidikan bagi membina dan meningkatkan perkongsian ilmu pengetahuan. Sehubungan dengan itu, staf lantikan UTMSPACE juga berpeluang untuk menyertai geran ini sebagai ahli projek dimana ia dapat membantu menjayakan projek dan mencungkil bakat dalam penulisan dan penyelidikan. Jerayawara ini dianjurkan selaras dengan tujuan utama bagi menyumbang kepada skor MyRA.

Jerayawara tersebut diadakan di Bilik Latihan Eksekutif, Residensi UTMKL. Jerayawara ini bermula pada jam 10 pagi dengan ucapan dan diikuti dengan taklimat permohonan geran penyelidikan UTMSPACE: Dana Pengukuhan Kepakaran 2020 oleh Dr. Siti Munira binti Jamil, Pengurus, Unit Pengurusan Penyelidikan (UPP). Unit Pengurusan Penyelidikan telah membuka permohonan geran penyelidikan;

Dana Pengukuhan Kepakaran 2020 dari 21 September 2020 sehingga 22 Oktober 2020. Ini merupakan, salah satu usaha pihak Unit Pengurusan Penyelidikan dalam memberi peluang selama 1 bulan kepada staf bagi mencari idea dan mencari ahli projek untuk merebut peluang bagi menyiapkan proposal sebelum dihantar kepada Unit Pengurusan Penyelidikan. Geran penyelidikan Dana Pengukuhan Keparakan ini adalah terbuka kepada penyelidik dalam bidang Sains dan Teknologi dan bukan Sains dan Teknologi.

Dana yang diperuntukan bagi kedua-dua geran ini adalah RM 20,000.00 bagi Sains dan Teknologi dan RM 5,000.00 bagi bukan Sains dan Teknologi. Geran penyelidikan ini adalah kerjasama antara Unit Pengurusan Penyelidikan (UPP) SPACE dan Research Management Centre (RMC), UTM. Seorang wakil dari Research Managament Centre, Kuala Lumpur (RMC KL), Puan Siti Nursarah binti Mohd Zamani hadir bagi membantu menjawab soalan- soalan dari peserta.Jerayawara ini berjalan dengan lancar dan tamat sekitar jam 11.30 pagi Semoga peserta mendapat banyak manfaat hasil dari sesi soal jawab dan perbincangan yang diadakan.

Jerayawara Penyelidikan: Dana Pembangunan Berpotensi 2020

7 Sept 2020

Johor Bahru, Isnin- UTSMPACE Johor Bahru telah mengadakan Bengkel Jerayawara: Dana Pembangunan Berpotensi 2020 pada 7 September 2020.

Tujuan jerayawara ini diadakan adalah untuk memberi galakan kepada staf akademik mahupun bukan akademik di UTMSPACE untuk membuat penyelidikan bagi membina dan meningkatkan perkongsian ilmu pengetahuan. Seterusnya, staf pengurusan dan eksekutif dapat memanfaatkan penyelidikan sebagai alat untuk mencapai peningkatan kualiti dan pengayaan pengalaman kerja. Jerayawara ini melibatkan semua staf UTMSPACE dalam bidang akademik mahupun bukan akademik sesuai dengan moto UTMSPACE untuk menyebarkan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan enam (6) bidang fokus utama.

Jerayawara tersebut diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Blackboard Collaborate. Jerayawara ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucapan dari Prof. Madya Mazlan bin Mohamad Abdul Hamed, Timbalan Pengerusi (Pembangunan) UTMSPACE, dan diikuti dengan taklimat permohonan geran penyelidikan UTMSPACE: Dana Pembangunan Berpotensi 2020 oleh Dr. Siti Munira binti Jamil, Pengurus, Unit Pengurusan Penyelidikan (UPP). Unit Pengurusan Penyelidikan telah membuka permohonan geran penyelidikan, Dana Pembangunan Berpotensi 2020 dari 1 September 2020 hingga 30 September 2020. Ini merupakan, salah satu usaha pihak Unit Pengurusan Penyelidikan dalam memberi peluang kepada staf untuk mencari idea dan mencari ahli projek untuk merebut peluang bagi menyiapkan proposal sebelum dihantar kepada Unit Pengurusan Penyelidikan.

Dua (2) orang penceramah jemputan daripada penerima geran PDF 2018 dan PDF2019 telah dijemput bagi memberi perkongsian penglaman masing-masing. Dua penceramah tersebut adalah Puan Rozana Ismai dan Puan Syarifah Rabiyah Al Adawiah Syed Badrul Hisham. Puan Rozana merupakan penerima geran PDF 2018 &2019 dimana beliau telah berkongsikan pengalaman bagaimana beliau dapat menterjemahkan idea beliau seingga berjaya dibentuk menjadi kertas kerja (proposal). Idea yang diperoleh untuk meghasilkan proposal adalah daripada pembelajaran semasa, pelajar, rakan sekerja dan permasalahan dari persekitaran. Beliau cuba untuk mencari jalan penyelesaian daripada situasi tersebut bagi menghasilkan proposal penyelidikan.

Seterusnya, disambung oleh Puan Syarifah yang merupakan penerima geran PDF 2019. Perkongsian beliau adalah berkenaan bagaiamana beliau merancang dan menjalankan penyelidikan sehingga berjaya menghasilkan penerbitan. Beliau berjaya menerbitkan dua (2) jurnal seperti Impact of Learning analytics Towards student performance: A Case of Technology Management Students at UTMSPACE Kuala Lumpur dan Relationship between work life balance towards work hours and management support. Beliau berkongsikan lima(5) tips daripda pengalaman dalam menguruskan penyelidikan. Antaranya adalah, mewujudkan matlamat untuk dicapai, sentiasa bertanya, tahu tentang penyelidikan yang dibuat, melaksanakan perancangan pengurusan masa dan menyusun sistem bagi rujukan penyelidikan. Seterusnya seramai 35 orang staf UTMSPACE terlibat secara tidak langsung yang menyertai bengkel jerayawara ini.

DIVISION OF RESEARCH MANAGEMENT AND LEARNING RESOURCES
Level 4 and 5, Block T05,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, Johor Malaysia.

Tel : 07-5318080

All Rights Reserved © 2024. Division of Research Management and Learning Resources, SPACE UTM