STUDENT AFFAIRS UNIT

Aktiviti

Taklimat Program Pusat Pengajian Ijazah (UTM-IDP, IDP JAPAN, BGS & BBA)

Nama Aktiviti : Taklimat Program Pusat Pengajian Ijazah (UTM-IDP, IDP JAPAN, BGS & BBA)
Anjuran Bersama : Bahagian Pembangunan Bisnes
Jemputan Khas : Pusat Kaunseling, UTM KL
Tarikh : 8 Januari 2020
Tempat : Dewan Jumaah, UTM KL

Satu taklimat berkaitan dengan program Pusat Pengajian Ijazah telah di adakan pada 8 Januari 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Jumaah, UTM KL. Taklimat Program Pusat Pengajian Ijazah (UTM-IDP, IDP JAPAN, BGS & BBA) dianjurkan adalah bagi menerangkan tentang laluan alternatif bagi graduan diploma Pusat Pengajian Diploma SPACE dan juga Kolej SPACE bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Taklimat ini disertai oleh pelajar tahun akhir bagi program diploma PPD dan juga Kolej SPACE. Taklimat ini di mulakan dengan ceramah motivasi pelajar yang disampaikan oleh Puan Nurzima Zaihan binti Pi’i, Pegawai Psikologi Kanan, UTM KL. Dalam ceramah ini, penceramah telah berkongsi data berkaitan dengan statistik pengangguran di kalangan graduan lepasan universiti. Seterusnya, taklimat ini telah diteruskan dengan penerangan berikatan dengan Program Pusat Pengajian Ijazah (UTM-IDP, IDP JAPAN, BGS & BBA). Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar Pusat Pengajian Ijazah, Dr. Maslan bin Osman. Taklimat ini adalah berkaitan dengan program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Ijazah, SPACE iaitu UTM-IDP, IDP Japan, BGS dan juga BBA. Dalam sesi kali ini, pengurus besar PPI memfokuskan penerangan beliau berkaitan dengan program Sarjana Muda Pengajian AM, BGS dan juga Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa), BBA. Antara maklumat yang disampaikan dalam taklimat ini adalah berkaitan dengan pengenalan kepada setiap program iaitu program BGS dan BBA, syarat kemasukan, struktur program, kerangka program, struktur kurikulum program mengikut semester dan juga kadar yuran yang dikenakan bagi setiap program.

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi 607 531 8000 / 8001 (JB), +603 2772 2500 (KL) atau email ke enquiry@utmspace.edu.my.

Taklimat Pendaftaran MUET

Nama Aktiviti : Taklimat Pendaftaran MUET
Anjuran Bersama : Pusat Pembangunan Professional
Tarikh : 12 Februari 2020
Tempat : Dewan Azman Hashim, UTM KL

Pada 12 Februari 2020, Pusat Pembangunan Professional dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar, UTMSPACE telah mengadakan satu Taklimat berkaitan dengan Pendaftaran MUET. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Rosmawati binti Amir dari Pusat Pembangunan Professional. Taklimat ini telah dihadiri oleh pelajar tahun 1 sehingga tahun 3 diploma UTM dan juga Kolej SPACE. Taklimat ini diadakan selaras dengan inisiatif UTMSPACE untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar dengan menjadi salah satu Pusat MUET. Sehubungan dengan itu, para pelajar yang mendaftar dengan UTMSPACE akan dikategorikan sebagai calon pusat di mana bermula daripada proses pendaftaran sehinggalah keputusan MUET dikeluarkan akan diuruskan oleh pihak UTMSPACE.

Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan MUET ini, sila hubungi : Pn. Rosmawati binti Amir (Ms. Jay) di talian 07-521 8170 atau email rosma@utmspace.edu.my.

 

Hubungi Kami

Unit Hal Ehwal Pelajar
Blok H, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 2728 6571/6555

Unit Hal Ehwal Pelajar
Aras 4, Blok T05,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, Johor.
Tel : 07 – 531 8027
Email : hepspace@utmspace.edu.my

Muat Turun : Borang Maklumbalas Pelanggan