2 Julai 2024 – UTMSPACE telah menganjurkan Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 4/2024. Program ini juga diadakan pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang yang disiarkan secara langsung di FB UTMSPACE dan Webex.
Wacana ini telah disampaikan oleh Alumni UTM iaitu TPr Abdul Rasyid Zainal merupakan Ketua Unit Pusat Setempat di Majlis Daerah Sabak Bernam. Beliau juga telah dianugerahkan Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah, 2011, UTM. Wacana sesi ini juga mencatatkan kehadiran atas talian seramai 68 orang.
Jom tonton semula Wacana ini di link berikut https://fb.watch/t3rDdw92Ag/