HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

Aktiviti 2021

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA (SEPARUH MASA) UTM SESI 2021/2022

31 Dis 2021

Pada 30 Disember 2021, Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM telah menerima seramai 16 orang pelajar baharu bagi program diploma sepenuh masa UTM.

Pada 31 Disember 2021, satu majlis aluan pelajar telah di adakan sempena pendaftaran pelajar baharu bagi program diploma separuh masa UTM sesi 2021/2022. Pada majlis ini, seramai 30 orang pelajar bahari telah diraikan di mana majlis ini telah diadakan secara dalam talian menerusi Webex. Antara pengisian majlis ini adalah ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, Prof. Dr. Azlan bin Ab Rahman.

Selain itu juga, Pengerusi SPACE UTM, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali turut bersama dalam majlis ini untuk menyampaikan sedikit ucapan alu-aluan bagi meraikan pelajar baharu tersebut. Antara taklimat penting sepanjang majlis ini berlangsung adalah taklimat peraturan akademik dan juga taklimat program mengikut program diploma yang ditawarkan kepada pelajar. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu program diploma (sepenuh masa) UTM bagi Sesi 2021/2022.

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA (SEPENUH MASA) UTM SESI 2021/2022

30 Dis 2021

Pada 30 Disember 2021, Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM telah menerima seramai 16 orang pelajar baharu bagi program diploma sepenuh masa UTM.

Kesemua pelajar ini telah diraikan dalam satu Majlis Aluan Pelajar yang telah diadakan secara dalam talian. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, Prof. Dr. Azlan bin Ab Rahman yang telah meluangkan sedikit masa bagi mengalukan kedatangan pelajar baharu ini.

Turut bersama pada majlis ini adalah Pengerusi SPACE UTM, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali bagi menyampaikan sedikit ucapan alu-aluan bagi meraikan pelajar baharu tersebut. Pelbagai taklimat telah di adakan sepanjang majlis ini berlangsung antaranya ialah taklimat peraturan akademik, taklimat kewangan, taklimat MUET, taklimat PTPTN dan perlindungan insurans pelajar, taklimat pembelajaran dalam talian serta taklimat program mengikut program diploma yang ditawarkan kepada pelajar. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu program diploma (sepenuh masa) UTM bagi Sesi 2021/2022.

UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 9/2021 :MENJANA KEPIMPINAN BAKAT MUDA

21 Dis 2021

UTMSPACE telah menjemput Encik Nasserruddeen Khan Bin Nordin

UTMSPACE telah menjemput Encik Nasserruddeen Khan Bin Nordin yang merupakan Alumni UTM bagi program Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) (2020) bagi berkongsi mengenai topik Menjana Kepimpinan Bakat Muda dalam Sesi UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 9/2021. Beliau kini bertugas sebagai Felo Perdana di Kementerian Pengangkutan Malaysia. Program ini telah berlangsung pada 21 Disember 2021 jam 3.00 petang secara atas talian melalui FB Live UTMSPACE dan Webex Live.

UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 8/2021 :CEMERLANG AKADEMIK DAN CEMERLANG KERJAYA

23 Nov 2021

UTMSPACE telah menjemput Encik Yohanis Aching, Pengurus Besar, Zilicon Teguh

UTMSPACE telah menjemput Encik Yohanis Aching, Pengurus Besar, Zilicon Teguh untuk memberikan perkongsian kepada warga UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (2019).

MELAWAT KELUARGA PELAJAR DIPLOMA UTM YANG MENINGGAL DUNIA : SITI NUR AYUNI BINTI ARIFFIN

28 Okt 2021

Pada 13 Oktober 2021, pihak UHEPA menerima pemakluman berkaitan dengan kematian seorang pelajar diploma UTM bernama Siti Nur Ayuni binti Ariffin.

Beliau merupakan pelajar tahun 1 bagi program Diploma Sains Komputer yang telah mendaftar pada sem 1 sesi 2021/2022. Beliau telah meninggal dunia akibat daripada jangkitan Covid-19.

Sehubungan dengan itu, pihak UHEPA yang mewakili UTMSPACE telah menziarahi keluarga Allahyarham tersebut pada 28 Okt 2021 di Kelantan, Turut serta dalam sesi menziarahi keluarga Allahyarham tersebut adalah ahli lembaga pengarah UTMSPACE. Sedikit sumbangan daripada UTMSPACE telah diserahkan kepada keluarga Allahyarham yang telah disempurnakan oleh wakil ahli lembaga pengarah UTMSPACE. Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.

MELAWAT PELAJAR MENGALAMI MASALAH KESIHATAN.

27 Okt 2021

Pihak UTMSPACE telah menerima pemakluman bahawa seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa telah didiagnosis mengalami kanser lelangit tahap 3 pada 23 Mac 2021.

Nur Razimy bin Nor Rashid merupakan pelajar program Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik) dan beliau juga merupakan alumni bagi program Diploma Ukur Tanah, UTM pada tahun 1997. Beliau telah menjalani rawatan bagi penyakit kanser ini di Pantai Hospital Penang dan masih lagi dalam tempoh rawatan sebagai pesakit kanser. Setelah mendapat berita tersebut, pihak UHEPA selaku wakil daripada UTMSPACE telah mengadakan satu sesi menyantuni pelajar bagi melihat keadaan pelajar tersebut. Dalam sesi tersebut juga, Pengurus Kanan UHEPA telah menyerahkan sedikit sumbangan kepada pelajar tersebut untuk meringankan beban keluarga beliau. Pihak UTMSPACE mendoakan agar beliau sembuh seperti sedia kala dan dapat meneruskan pengajian yang berbaki hanya 2 kursus sahaja lagi.

MINGGU MESRA MAHASISWA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) SESI 2021/2022

12 Okt 2021

Pada 12 Oktober 2021, Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) UTM telah turut serta dalam sesi bersama fakulti bagi program Minggu Mesra Mahasiswa (3M) bagi program ijazah sarjana muda sepenuh masa Universiti Teknologi Malaysia.

Sesi bersama fakulti ini diadakan bagi meraikan pelajar baharu bagi program BGS, BBA, Bridging dan juga UTM-IDP. Antara pengisian majlis ini adalah ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, Prof. Dr. Azlan bin Ab Rahman, Pengerusi SPACE UTM, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali dan juga Pengurus Besar Pusat Pengajian Ijazah dan Asasi.

Selain itu juga, terdapat beberapa taklimat penting turut diadakan pada majlis tersebut iaitu taklimat kewangan, taklimat PTPTN dan perlindungan insurans pelajar, taklimat pembelajaran dalam talian dan diakhiri dengan taklimat program. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) UTM bagi Sesi 2021/2022.

UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 7/2021 : CAKNA KEBAJIKAN SOSIAL

5 Okt 2021

UTMSPACE telah menjemput Alumni UTM bagi memberikan ceramah berkaitan kebajikan sosial dengan topic Cakna Kebajikan Sosial.

Cik Nurul Zahrawaini binti Mohamad Nordan melalui program Diploma Pengurusan Teknologi UTM telah diundang sebagai penceramah bagi Siri 7/2021. Beliau telah bergraduasi dengan jayanya pada tahun 2011 melalui program Sepenuh Masa UTM. Beliau juga kini bertugas sebagai Pengarah di Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Zon Selatan. Beliau telah memberikan perkongsian mengenai isu kebajikan melibatkan masyarakat dan solusi untuk penyampaian bantuan kepada masyarakat khususnya pelajar serta golongan yang tidak berkemampuan.

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) UTM SESI 2021/2022

3 Okt 2021

Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM telah menerima pendaftaran seramai 500 orang pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa.

Kesemua pelajar baharu ini telah diraikan dalam Majlis Aluan Pelajar yang telah diadakan secara dalam talian. Majlis ini telah diadakan pada 3 Oktober 2021 menerusi aplikasi Webex dan juga Blackboard. Pada majlis ini, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, Prof. Dr. Azlan bin Ab Rahman telah meluangkan sedikit masa bagi mengalukan kedatangan pelajar baharu ini. Antara pesanan tersebut adalah Focus on your one single mission, no short-cut to success – work hard & work smart, be grateful to your parents, respect your teachers, take good care of your self, make new friend while you can dan akhir sekali seek help when you need it.

Selain itu juga, Pengerusi SPACE UTM, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali turut mengambil kesempatan memberikan sedikit ucapan alu-aluan bagi meraikan pelajar baharu tersebut. Pelbagai taklimat telah di adakan sebagai pengisian majlis ini antaranya ialah taklimat peraturn akademik, taklimat kewangan, taklimat MUET, taklimat PTPTN dan perlindungan insurans pelajar serta taklimat pembelajaran dalam talian. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda (Separuh Masa)  UTM bagi Sesi 2021/2022.

TAKLIMAT PELAJAR KANAN

25 September 2021

Pada 25 September 2021, satu taklimat kepada pelajar kanan telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UHEP).

Taklimat ini diadakan secara dalam talian bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar kanan di bawah pengurusan SPACE tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak universiti kepada para pelajar. Antara pengisian program ini adalah taklimat berkaitan dengan kewangan dan pengeluaran KWSP, PTPTN dan perlindungan insurans pelajar. Taklimat ini telah disampaikan oleh setiap wakil bahagian atau unit. Taklimat ini bertujuan bagi memaklumkan kepada pelajar tentang hak mereka sebagai pelajar yang berdaftar di bawah pengurusan SPACE serta sebagai salah satu cara pihak UTMSPACE. Taklimat ini juga merupakan satu platform untuk pihak UTMSPACE menjawab persoalan yang dihadapi oleh para pelajar terutama pelajar separuh masa.

UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 6/2021: KEBOLEHPASARAN GRADUAN PASCA COVID-19

14 September 2021

UTMSPACE telah menjemput Alumni UTM bagi memberikan ceramah berkaitan Kebolehpasaran Graduan Pasca Covid-19.

Dr. Mohammad Nizam Sarkawi melalui program Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) UTM telah di undang sebagai penceramah bagi Siri 7/2021. Beliau telah bergraduasi dengan jayanya pada tahun 2003 melalui program Separuh Masa UTM. Beliau juga kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia.

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR B40 KUARANTIN COVID-19

27 Ogos 2021

Pihak Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menerima pemakluman di mana seorang pelajar program Diploma Ukur Tanah SPACE UTM Kuala Lumpur telah didapati positif Covid-19 pada 23 Ogos 2021.

Pelajar telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di kediamannya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di Sungai Asap, Kuantan, Pahang. Pelajar ini telah menjalani kuarantin kendiri bersama dengan ahli keluarganya yang turut disahkan positif Covid-19. Atas Melalui inisiatif UTMSPACE Prihatin, pihak Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UHEPA) telah memberikan sedikit sumbangan kepada pelajar tersebut bagi mengurangkan beban keluarga pelajar tersebut. Sumbangan tersebut berupa wang tunai telah diberikan kepada pelajar tersebut melalui akaun bank pelajar. Pihak UTMSPACE mendoakan agar pelajar tersebut bersama keluarganya dipermudahkan segala urusan dan sembuh seperti sedia kala.

WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 5/2021 : LANGKAH DEMI LANGKAH KE KONTRAKTOR BINAAN

17 Ogos 2021

UTMSPACE telah menjemput Encik Mohammad Zunaidi bin Anuar, Pengarah Urusan, Mzek Services Sdn. Bhd.

UTMSPACE telah menjemput Encik Mohammad Zunaidi bin Anuar, Pengarah Urusan, Mzek Services Sdn. Bhd. untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (2001). Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang bersamaan 17 Ogos 2021.

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA (SEPENUH MASA) UTM

11 Ogos 2021

Pada 11 Ogos 2021, Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) UTM telah mengadakan Majlis Aluan Pelajar bagi program diploma sepenuh masa Universiti Teknologi Malaysia.

Majlis ini diadakan bagi meraikan dan mengalu-alukan kehadiran seramai 40 orang pelajar baharu yang telah mendaftar lewat. Majlis ini telah isi dimulakan dengan sedikit ucapan alu-aluan daripada Pengurus Besar Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM. Beberapa taklimat penting berkaitan dengan kewangan, kebajikan dan juga akademik telah diadakan sepanjang majlis ini berlangsung. Majlis ini telah diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex dan juga Blackboard. Antara pengisian majlis ini adalah taklimat kewangan, taklimat PTPTN dan perlindungan insurans pelajar serta taklimat akademik daripada ketua jabatan mengikut program. Pada sebelah petang, majlis ini diteruskan lagi dengan taklimat MUET dan diakhiri dengan taklimat pembelajaran dalam talian. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Diploma UTM (Sepenuh Masa) bagi Sesi 2021/2022.

AGIHAN BANTUAN MAKANAN DAN KEPERLUAN PELAJAR DIPLOMA UTM YANG DIKUARANTIN

5 Ogos 2021

Pihak Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menerima pemakluman di mana 3 orang pelajar SPACE UTM didapati positif Covid-19.

Pelajar ini merupakan pelajar diploma UTM kampus Johor Bahru yang sedang menjalani latihan industri di Kuala Lumpur. Ketiga-tiga pelajar ini telah menyewa di sebuah apartmen bersama dengan 3 orang lagi rakan mereka dan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di apartmen sewaan mereka. Melalui inisiatif UTMSPACE Prihatin, pihak Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UHEPA) telah memberikan sedikit sumbangan berupa pek makanan dan juga barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka sewaktu menjalani proses kuarantin kendiri. Sumbangan ini telah di sampaikan oleh wakil pegawai daripada UTMSPACE. Kes ini juga telah dimaklumkan kepada Pusat Kesihatan dan juga Pusat Kaunseling UTM Kuala Lumpur.

PERJUMPAAN PENGURUSAN SPACE UTM BERSAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) DIPLOMA UTM KL

3 Ogos 2021

Satu perjumpaan di antara Pihak Pengurusan SPACE UTM bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Diploma UTM telah di adakan pada 3 Ogos 2021.

Perjumpaan ini telah di adakan secara dalam talian dan telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Nazri bin Ali, Pengerusi SPACE UTM. Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan serta mendapatkan maklumat atau maklum balas berkaitan beberapa isu yang ingin di ketengahkan oleh MPP selaku wakil kepada pelajar SPACE UTM. Antara isu yang telah dibawa oleh pihak MPP pada perjumpaan kali ini adalah isu berkaitan dengan yuran pelajar, penggunaan e-book sepenuhnya bagi proses pengajaran dan pembelajaran, bebanan pembelajaran dalam talian dan juga cadangan penganjuran program Family Day SPACE. Perjumpaan ini juga turut disertai oleh Pengarah Pembangunan dan Pengurusan Aset UTMSPACE, Timbalan Pengerusi SPACE UTM, Pengurus Besar Bahagian Kewangan, Pengurus Besar Pusat Pengajian Diploma (PPD), pegawai-pegawai Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UHEPA) serta pegawai-pegawai daripada PPD. Perjumpaan ini diharapkan dapat menjadi salah satu platform untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah kebajikan, aktiviti dan juga akademik pelajar SPACE dan seterusnya membantu pihak pengurusan SPACE UTM dan juga UTMSPACE dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menjaga kebajikan dan juga akademik pelajar SPACE UTM.

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA (SEPARUH MASA) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

31 Julai 2021

Pada 31 Julai 2021, Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) UTM telah menerima seramai 50 pelajar baharu bagi program diploma separuh masa bagi kemasukan semester I sesi 2021/2022.

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Aluan Pelajar (MAP) telah diadakan bagi meraikan kedatangan pelajar baharu ini yang telah di adakan secara dalam talian menerusi aplikasi Webex dan juga Blackboard. Beberapa taklimat penting berkaitan dengan kewangan, kebajikan dan juga akademik telah diadakan sepanjang majlis ini berlangsung. Sebagai menyambut kedatangan pelajar baharu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE telah memberikan sedikit ucapan alu-aluan serta beberapa pesanan kepada pelajar baharu. Antara pesanan tersebut adalah Focus on your one single mission, no short-cut to success – work hard & work smart, be grateful to your parents, respect your teachers, take good care of your self, make new friend while you can dan akhir sekali seek help when you need it. Selain itu juga, antara pengisian lain dalam majlis ini adalah ucapan aluan daripada Pengerusi SPACE UTM dan juga Pengurus Besar Pusat Pengajian Separuh Masa, taklimat kewangan dan pengeluaran KWSP, taklimat PTPTN dan perlindungan insurans pelajar. Pada sebelah petang, majlis ini diteruskan lagi dengan taklimat peraturan akademik oleh Ketua Penyelaras Program Diploma Separuh Masa dan seterusnya taklimat program yang telah disampaikan oleh penyelaras program mengikut program masing-masing. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Diploma UTM (Separuh Masa) bagi Sesi 2021/2022.

MINGGU MESRA MAHASISWA DIPLOMA DAN ASASI

8 -30 Julai 2021

Seramai 217 orang pelajar baharu program diploma dan 440 pelajar baharu program asasi Universiti Teknologi Malaysia telah diraikan dalam satu program Minggu Mesra Mahasiswa (3M).

Program ini telah diadakan pada 28 sehingga 30 Julai 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex dan juga Blackboard. Antara pengisian sepanjang program 3M ini adalah sesi taklimat dan sesi engagement yang melibatkan Majlis Amanat Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Sesi Ramah Mesra Bersama Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof. Dr. Shamsul Bin Sahibuddin serta Sesi bersama Pro-Naib Canselor (UTM Kuala Lumpur), Profesor Ts. Dr. Abd Latif Bin Saleh. Program ini juga turut di isi dengan sesi ramah mesra bersama dengan pihak pengurusan UTMSPACE serta taklimat penting berkaitan akademik, kebajikan serta kemudahan yang disediakan oleh pihak UTM. Taklimat ini telah di sampaikan oleh beberapa pusat tanggungjawab di UTM seperti Perpustakaan UTM, Pusat Kesihatan Universiti, UTMDigital dan lain-lain. Selain itu, aktiviti sukan turut diadakan dipanggil Virtual Fitness Challenges serta Virtual 5km Run iaitu aktiviti sukan secara maya. UTM mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Diploma dan Asasi bagi Sesi 2021/2022.

WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 4/2021: ANTARA KERJAYA & PENGETAHUAN

27 Julai 2021

UTMSPACE telah menjemput Encik Rahsidi Sabri bin Muda, Ketua (Sivil & Geoinformatik) TNB Research Sdn. Bhd.

UTMSPACE telah menjemput Encik Rahsidi Sabri bin Muda, Ketua (Sivil & Geoinformatik) TNB Research Sdn. Bhd. untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Diploma Kejuruteraan Awam (2008) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (2018). Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang bersamaan 27 Julai 2021.

AGIHAN BANTUAN MAKANAN ATAU KEPERLUAN PKPD DESA REJANG, KUALA LUMPUR

23 JUN 2021

Seramai 6 orang warga SPACE terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa 18 Jun sehingga 1 Julai 2021 di Perumahan Awam Desa Rejang, Kuala Lumpur.

Jumlah tersebut adalah melibatkan seramai 2 orang pelajar diploma sepenuh masa, 3 orang pelajar ijazah sarjana muda separuh masa dan 1 orang staf. Melalui inisiatif UTMSPACE Prihatin, pihak Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UHEPA) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia UTMSPACE telah memberikan sedikit sumbangan berupa pek makanan dan juga barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka yang terlibat dengan PKPD tersebut. Sumbangan ini telah di sampaikan oleh Ketua Pentadbiran UTMSPACE KL dan Jaringan Kerjasama UTMSPACE, Prof. Madya Mazlan bin Mohamad Abdul Hamed. Sumbangan ini disampaikan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 3/2021 : DARI UTM KE ARAB SAUDI

15 JUN 2021

UTMSPACE telah menjemput Encik Mohd Fadzli bin Ramli, Penyelia Depot & Peralatan Bengkel Project Metro Riyadh, Arab Saudi untuk memberikan perkongsian kepada pelajar menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex.

Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Diploma Kejuruteraan Elektronik (2003).Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang bersamaan 15 Jun 2021. Sesi wacana kali ini lebih kepada perkongsian pengalaman seorang alumni UTM sewaktu belajar di UTM sehingga mendapat pekerjaan di Arab Saudi. Encik Fadzli juga berkongsi bagaimana pengalaman beliau menempuh cabaran serta meningkatkan kemahiran bagi memenuhi keperluan pekerjaan serta mengikatkan lagi nilai kita dalam pasaran kerja. Pelbagai nasihat dan juga saranan yang dikongsikan kepada penonton yang wacana ini terutama bagi para pelajar UTM yang berminat untuk mendapatkan pekerjaan di luar nagara. Selain itu juga, Encik Fadzli juga turut menerangkan kelebihan dan kekurangan sekiranya bekerja di dalam negara mahupun di luar negara. Beliau juga turut berkongsi bagaimana untuk mengenal pasti sama ada tawaran pekerjaan di luar negara yang diterima itu bukan satu penipuan dan betul-betul wujud. Perkongsian daripada Encik Fadzli diharapkan dapat memberikan motivasi kepada penonton terutama para pelajar UTM untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan dalam pelajar mereka.

WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 2/2021 : KEHIDUPAN HARIAN DI BULAN RAMADAN

20 APRIL 2021

Sempena Ramadan Al-Mubarak 2021 bersamaan 20 April 2021, UTMSPACE telah menjemput Alumni UTM bagi memberikan ceramah berkaitan Kehidupan Harian Di Bulan Ramadan.

Dr. Fazlulaini bt. Mohd Yunus (Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM) telah di undang sebagai penceramah bagi Siri 2/2021. Beliau telah bergraduasi dengan jayanya pada tahun 2003 melalui program Separuh Masa UTM. Beliau juga kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Kanan di Institut Latihan Islam Malaysia. Antara intipati wacana ilmu pada kali ini adalah berkaitan dengan erti hidup kita pada waktu ini, perbezaan hidup dan mati serta keistimewaan setiap insan masih lagi diberikan peluang di hidup di bulan Ramadhan pada tahun ini. Wacana pada kali ini juga banyak memberikan peringatan kepada kita tentang maksud dan dahsyatnya bulan Ramadan. Selain itu juga, penceramah juga telah mengupas tentang keuntungan dan juga kerugian orang yang berpuasa di bulan Ramadan. Semoga dengan wacana ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat serta peringatan kepada kita semua.

Minggu Mesra Mahasiswa Program Sarjana Muda (Sepenuh Masa), UTM

9-10 Mac 2021

Seramai 30 orang pelajar baharu semester II Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melakukan pendaftaran dan Minggu Mesra Mahasiswa (3M) secara dalam talian bermula 9 -10 Mac 2021.

Pelajar ini merupakan pelajar program UTM-IDP di bawah pengurusan UTMSPACE. Selaras dengan arahan Kementerian Pengajian tinggi yang menangguhkan sesi pendaftaran secara fizikal, segala aktiviti pendaftaran dan taklimat di lakukan secara dalam talian.
Sesi pendaftaran dan 3M ini telah di adakan menggunakan aplikasi Webex dan Blackboard di mana pelajar akan mengikuti beberapa program dan siri taklimat yang berkaitan. Antara pengisian program 3M pada hari pertama ini adalah ucapan alu-aluan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, ucapan daripada Timbalan Pengerusi (Akademik) yang mewakili Pengerusi SPACE, tayangan montaj dan bacaan ikrar, taklimat Bahagian Kewangan UTMSPACE, taklimat pembelajaran dalam talian, taklimat PTPTN dan insurans serta taklimat program.
Pada hari kedua pula, para pelajar telah mengikuti Profil Personaliti Pelajar yang akan dikendalikan oleh Pusat Kaunseling, UTM. Selain itu juga, para pelajar juga akan mengikuti beberapa siri taklimat yang akan di sampaikan oleh wakil daripada beberapa pusat tanggung jawab universiti seperti Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Keselamatan Universiti, Perpustakaan Universiti dan juga UTMDigital. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Ijazah Sepenuh Masa UTM bagi semester II Sesi 2020/2021. Semoga cemerlang menjadi sanjungan bangsa.

Wacana Ilmu Bersama Alumni

3 Mac 2021

Pada 3 Mac 2021, Unit Hal Ehwal dan Alumni telah mengadakan satu Wacana Ilmu Bersama Alumni bersempena dengan Hari Kokurikulum UTM Kuala Lumpur.

Pihak UTMSPACE telah menjemput Encik Azarin bin Razali, Cheif Executive Officer ZNA Holdings Sdn Bhd yang merupakan alumni UTMSPACE bagi program Ijazah Sarjana Muda (separuh) masa UTM. Encik Azarin merupakan alumni UTM di mana beliau merupakan graduan bagi program diploma perancangan bandar dan wilayah, UTM pada tahun 1994 sebelum beliau memasuki alam pekerjaan. Beliau telah menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang perancangan bandar dan wilayah secara separuh masa di UTM melalui UTMSPACE dan telah bergraduan pada tahun 2005.
Program merupakan satu perkongsian pengalaman dalam dunia pekerjaan serta sebagai seorang pelajar UTM yang menyambung pengajian separuh masa. Dalam dunia pekerjaan, Encik Azarin menyatakan bahawa kemahiran komunikasi terutama sekali dalam Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah di samping keputusan akademik yang cemerlang. Selain itu juga, Encik Azarin juga memberi nasihat agar para pelajar tidak bersendirian atau berkawan dengan kelompok rakan kelas sahaja malah perlu berkawan dengan pelajar yang lebih senior. Ini adalah penting bagi membentuk satu rangkaian hubungan yang akan memberikan manfaat kepada para pelajar apabila memasuki alam pekerjaan nanti. Setelah bekerja selama 6 tahun di syarikat hartanah, Encik Azarin mengambil keputusan untuk berhenti dan menubuhkan syarikat sendiri pada tahun 2000.
Setelah membuka syarikat sendiri, Encik Azarin telah mengambil langkah dengan menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda secara separuh masa melalui UTMSPACE bagi membolehkannya untuk menaik taraf kelas pembinaan bagi kegunaan syarikat beliau. Sepanjang mengendalikan syarikat sendiri, Encik Azarin menjadikan sendirian daripada orang ramai sebagai satu pembakar untuk beliau terus berjaya. Ketika syarikat beliau berada dalam keadaan yang kemuncak, Encik Azarin telah ditimpa satu kemalangan di mana beliau telah lumpuh akibat daripada kecederaan saraf tunjang pada tahun 2015. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan sedikit sebanyak telah memberikan impak kepada syarikat yang dibina.
Walau pun sudah tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya , OKU, keadaan ini tidak mematahkan semangat Encik Azarin untuk terus maju ke hadapan. Atas minat yang mendalam dalam perniagaan, beliau telah mengambil kesempatan di atas keadaan beliau sebagai OKU dengan memikirkan cara untuk membantu golongan yang berkerusi roda untuk bergerak dengan lebih laju. Dengan bantuan daripada rakan-rakan, beliau telah berjaya mengimport alat untuk membantu melajukan pergerakan kerusi roda untuk di pasarkan di Malaysia. Hasil daripada perkongsian ini dapat di simpulkan bahawa setiap apa yang dilakukan mestilah dengan dedikasi yang tinggi dan jadikan kritikan atau halangan sebagai pembakar semangat. Kita juga haruslah tidak mudah untuk berputus asa apabila di timpa musibah. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan pembakar semangat dan juga motivasi kepada para pelajar UTM.

Majlis Aluan Pelajar Program Sarjana Muda (Separuh Masa) Universiti Teknologi Malaysia

28 Februari 2021

Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) telah menerima seramai 300 pelajar baharu bagi program pengajian separuh masa bagi kemasukan semester II sesi 2020/2021.

Kesemua pelajar baharu ini telah di raikan melalui satu Majlis Aluan Pelajar (MAP) yang telah di adakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex dan Blackboard pada 28 Februari 2021. Pada majlis ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE telah memberikan sedikit ucapan alu-aluan serta kata-kata motivasi dan juga peringatan kepada pelajar baharu. Terdapat 3 prinsip yang telah dikongsikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE kepada pelajar baharu dalam mengharungi pembelajaran dalam suasana norma baru ini iaitu mindset pelajar untuk berjaya, no short cut to sucess, work hard and work smart dan integrity, anywhere and anytime. Selain itu juga, antara pengisian lain dalam majlis ini adalah ucapan aluan daripada Pengerusi SPACE, taklimat peraturan akademik daripada Pengurus Besar Pusat Pengajian Separuh Masa, taklimat MUET, taklimat kewangan dan pengeluaran KWSP serta taklimat PTPTN dan perlindungan insurans pelajar. Majlis ini diserikan lagi dengan tayangan montaj aktiviti pendaftaran dan juga majlis aluan pelajar baharu tersebut. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Sarjana Muda UTM (Separuh Masa) bagi Sesi 2020/2021.

Hari Kokurikulum : Students’ Financial Survival Scheme

20 Jan 2021

Anjuran Bersama : Bahagian Rekrutmen dan Pengambilan Pelajar

Bersempena dengan Hari Kokurikulum UTM, Unit Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Bahagian Rekrutmen dan Pengambilan Pelajar, UTMSPACE telah mengadakan satu perkongsian berkaitan dengan Student’s Financial Survival Scheme. Program ini telah diadakan pada 20 Jan 2021 secara dalam talian yang melibatkan pelajar sepenuh masa dan juga separuh masa di bawah pengurusan SPACE. Program ini di adakan bagi menyampaikan maklumat kepada para pelajar SPACE berkaitan dengan Skim Student gets student di mana melalui skim ini, pelajar yang berjaya memperkenalkan bakal pelajar yang layak didaftarkan sebagai mahasiswa baru akan diberikan saguhati. Program ini juga turut menerangkan tentang kelayakan serta syarat-syarat skim yang perlu di patuhi oleh para pelajar yang berminat. Bagi pelajar yang berminat dengan skim ini, pelajar akan dibekalkan dengan kit yang mengandungi segala maklumat program yang ditawarkan atau di uruskan oleh pihak SPACE.

Bantuan Pelan Data Kepada Pelajar

Jan – Mac

Bagi meringan beban pelajar, pihak UTMSPACE telah bersetuju untuk memberi bantuan

Bagi meringan beban pelajar, pihak UTMSPACE telah bersetuju untuk memberi bantuan pelan data kepada pelajar yang berdaftar di Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia, secara sepenuh masa dan separuh masa yang memohon dan berkelayakan. Pelan pasca bayar Celcom e-Learning 30 yang akan diterima oleh pelajar ditawarkan dengan 3G dan 4G/LTE kelajuan internet. Pelajar akan mendapat akses tanpa had ke laman web perpustakaan UTM, portal my.utm.my serta 6 aplikasi terpilih iaitu Microsoft Teams, Zoom Meeting, Skype, Google Meet, CISCO Webex dan Blackboard. Selain itu, para pelajar juga akan menikmati 10GB kuota data bulanan yang boleh digunakan untuk melayari media sosial seperti YouTube, Facebook, WhatsApp, Telegram dan WeChat. Pelan ini dijangkakan dapat memberikan manfaat kepada lebih kurang 300 orang pelajar SPACE yang berkelayakan.

Hubungi Kami

Unit Hal Ehwal Pelajar
Blok H, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 2728 6571/6555

Unit Hal Ehwal Pelajar
Aras 4, Blok T05,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, Johor.
Tel : 07 – 531 8027
Email : hepspace@utmspace.edu.my

Muat Turun : Borang Maklumbalas Pelanggan