Aktiviti Hal Ehwal Pelajar
Aktiviti 2024
MINGGU MESRA MAHASISWA DIPLOMA & ASASI SESI 2024/2025
TNCHEPA Santuni Pelajar Baharu Program Asasi dan Diploma Sesi 2024/2025
22 Julai 2024 – Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dengan sukacitanya menerima kemasukan pelajar baharu bagi Program Asasi dan Diploma untuk Sesi 2024/2025.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat bersama barisan eksekutif JTNCHEPA turut menyantuni dan menyambut kedatangan pelajar-pelajar baharu yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 25 Julai 2024.Seluruh warga Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baharu ini. Tahniah diucapkan, semoga anda dapat meneroka ilmu dan meraih pengalaman berharga sepanjang kehidupan di kampus.
SESI RAMAH MESRA TNCHEPA BERSAMA PELAJAR ASASI DAN DIPLOMA BAHARU
14 Ogos 2024 - Sesi Ramah Mesra Timbalan Naib Canselor (HEPA) bersama Pelajar Asasi dan Diploma Baharu di Dewan Sri Merbau, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO).
Pada sesi ini, TNC (HEPA) telah turun padang untuk menyantuni dan mendengar maklum balas daripada pelajar, serta memberikan nasihat agar sentiasa menjaga keselamatan dan mengamalkan adab ketimuran yang baik dalam kehidupan seharian. Pada kesempatan ini, Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa (Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset) turut diberi peluang untuk memaklumkan fasiliti-fasiliti yang terdapat di UTM serta saluran aduan sekiranya terdapat sebarang keperluan aduan fasiliti.
Turut hadir bersama, Prof. Madya Dr. Azlan Latib (Pengarah Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar), Ts. Nik Maria Nik Mahamood (Pengarah Kanan Pembangunan UTMSpace), barisan Pengetua, serta pegawai-pegawai JTNCHEPA, BPA, dan UTMSpace.
PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN PELAJAR KEMALANGAN: MUHAMMAD RAFID BIN ROSDAN
Pada 17 Ogos 2024, seorang pelajar Diploma SPACE UTM telah terlibat dengan kemalangan motorsikal sewaktu dalam perjalan ke rumah kawan di Shah Alam.
Kemalangan berlaku sewaktu hujan lebat di lebuhraya perekutuan di mana pelajar telah terlanggar lopak air dan telah terjatuh di bahu jalan. Pelajar telah dibawa ke Sunway Medical Center untuk menerima rawatan dan telah dibenarkan pulang pada 21 Ogos 2024. Sehubungan dengan itu, pihak BHEPA sebagai unit yang menjaga kebajikan pelajar telah menyerahkan sedikit sumbangan bantuan kewangan kepada pelajar tersebut. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kanan BHEPA pada 3 Oktober 2024 bertempat di Pejabat BHEPA, UTM Kuala Lumpur.
PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN PELAJAR KEMALANGAN JALAN RAYA: IZZAT ZULFADLI BIN ZAMRUS
Pada 18 Julai 2024, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, BHEPA telah mendapat pemakluman berkenaan kemalangan yang telah dialami oleh seorang pelajar sarjana muda separuh masa UTM.
Pelajar tersebut telah mengalami kemalangan jalan raya pada 14 Julai 2024 sewaktu dalam perjalanan untuk mengambil peperiksaan akhir semester di UTM kampus Kuala Lumpur. Kemalangan berlaku akibat daripada pelajar gagal untuk mengawal motorsikal yang ditunggang dan telah terbabas dan terjatuh dihadapan tol Salak Selatan. Pelajar telah meneria rawatan di Klinik Dr Aman di Residensi UTM KL sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya dan telah disahkan mengalami keretakan tulang kaki. Rentetan daripada kejadian tersebut, BHEPA sebagai wakil UTMSPACE telah melawat pelajar tersebut di rumah beliau dan telah menyerahkan sedikit sumbangan yang telah disampaikan oleh Pengurus Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
MENYANTUNI WARIS PELAJAR YANG MENINGGAL DUNIA: ALLAHYARHAM MOHD RABBANI AL-AMEN BIN NORAZMAN
Pada 23 Julai 2024, seorang pelajar program ijazah sarjana muda separuh masa UTM telah disahkan meninggal dunia akibat daripada kemalangan jalan raya.
Allahyarham Mohd Rabbani Al-Amen bin Norazman yang merupakan pelajar program Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum Dengan Kepujian telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 22 Julai 2024 sebelum disahkan meniggal dunia pada 23 Julai 2024 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Sehubungan dengan itu, pihak BHEPA selaku wakil UTMSPACE telah menziarahi keluarga Allahyarham pada 10 Oktober 2024 di Machang, Kelantan. Sedikit sumbangan daripada pihak UTMSPACE telah diserahkan kepada keluarga Allahyarham yang telah disempurnakan oleh Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA). Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.
PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN PELAJAR KEMALANGAN JALAN RAYA: MUHAMMAD AFIQ ASYRAF BIN AZHAR
Pada 23 November 2023, seorang pelajar ijazah sarjana muda separuh masa SAPCE UTM telah terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Kemalangan dikatakan berpunca daripada kereta yang dipandu oleh pelajar hilang kawalan sewaktu mengelak daripada haiwan yang melintas secara tiba. Pelajar telah terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum masuk ke dalam longkang. Pelajar hanya mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan di klinik berdekatan. Sehubungan dengan itu, BHEPA selaku wakil UTMSPACE telah melawat pelajar tersebut di rumah beliau di Dungun, Terengganu dan telah menyerahkan sedikit bantuan kewangan. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
MENYANTUNI WARIS PELAJAR YANG MENINGGAL DUNIA: ALLAHYARHAM MUHD HAFIZZUDIN BIN ZAKARIA
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menerima pemakluman berkenaan kematian seorang pelajar diploma separuh masa SPACE UTM.
Allahyarham Muhd Hafizzudin Bin Zakaria yang merupakan pelajar program Diploma Kejuruteraan Mekanikal telah disahkan meninggal dunia pada 2 Mac 2024 akibat daripada kemalangan jalan raya. Sehubungan dengan itu, pihak BHEPA selaku wakil UTMSPACE telah menziarahi keluarga Allahyarham pada 11 Oktober 2024 di Kuantan, Pahang. Sedikit sumbangan daripada pihak UTMSPACE telah diserahkan kepada keluarga Allahyarham yang telah disempurnakan oleh Pengurus Kanan Bahaigan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA). Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.
ZIARAH PELAJAR KEMALANGAN JALAN RAYA : CHONG YI HENG
Pada 27 Ogos 2024, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, BHEPA telah menerima pemakluman berkenaan kemalangan seoragn pelajar program asasi SPACE UTM.
Pelajar dikatakan telah mengalami kemalangan motosikal sewaktu dalam perjalanan pulang setelah mengahadiri sesi latihan memandu. Pelajar yang menaiki motosikal telah dilanggar oleh lori. Pelajar telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan dan telah mengalami patah peha. Susulan daripada kemalangan tersebut, pelajar yang telah dibenarkan pulang ke rumah terpaksa di masukkan ke hospital akibat daripada jangkitan kuman. Pelajar telah dimasukan Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjutan. Oleh yang deminikan, pada 24 Oktober 2024, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menziarahi pelajar tersebut di Hospital Kuala Lumpur. Dalam sesi ziarah tersebut, Pengurus Kanan Bahaigan Hal Ehwal dan Alumni selaku wakil UTMSPACE telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada pelajar tersebut. Pihak UTMSPACE mendoakan agar dipermudahkan segala urusan, cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala.
BANTUAN KEWANGAN PELAJAR MENGALAMI MUSIBAH KEBAKARAN
Bahagian Hal Ehwal dan Alumni (BHEPA) UTMSPACE telah menerima pemakluman tentang kebakaran rumah sewa
Bahagian Hal Ehwal dan Alumni (BHEPA) UTMSPACE telah menerima pemakluman tentang kebakaran rumah sewa seorang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa. CHINTU MAGESWARI DEVI A/P SHANMUGAM yang merupakan pelajar program Sarjana Muda Sians Komputer (Kejuruteraan Perisian) Dengan Kepujian telah diuji dengan musibah kebakaran rumah sewa. Kebakaran tersebut berlaku pada 6 November 2024 pada jam 1:15 pagi di rumah beralamat Kiara Residensi 2, Bukit Jalil telah memusakan keseluruhan bilik rumah sewa beliau. Kebakaran itu telah memusnahkan dokumen serta barangan peribadi beliau. Sehubungan dengan itu, pihak BHEPA sebagai wakil UTMSPACE telah mengunjungi pelajar di pejabat beliau untuk menyerahkan sedikit sumbangan daripada Tabung Endowmen UTMSPACE. Sumbangan tersebut telah di sampaikan oleh Pengurus Kanan BHEPA. Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan daripada pihak UTMSPACE terhadap kebajikan pelajar.
MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA TABUNG ENDOWMEN UTMSPACE SESI II, 2024
Dermasiswa merupakan salah satu inisiatif bantuan yuran pengajian kepada pelajar SPACE UTM yang cemerlang dan berkelayakan. Bantuan yuran pengajian ini adalah menggunakan dana daripada Tabung Endowmen UTMSPACE.
Pemberian dermasiswa ini adalah satu bukti keprihatinan UTMSPACE terhadap kebajikan para pelajar. Pada kali ini, seramai 26 pelajar telah terpilih untuk mendapatkan Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Penyampaian Dermasiswa Tabung Endowmwn UTMSPACE Sesi II bagi tahun 2024 telah diadakan pada 26 Jun 2024. Majlis ini telah berlangsung secara dalam talian melalui aplikasi webex dan turut dipancarkan melalui Facebook rasmi UTMSPACE. Pada majlis ini, seramai 8 orang pelajar program Asasi, 4 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa dan 14 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa telah menerima Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE merangkap Dekan SPACE UTM telah Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali telah berbesar hati untuk meluangkan masa bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. UTMSPACE mengucapkan tahniah kepada semua penerima Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE. Berusahalah untuk mengekalkan kecemerlangan dan gunakalah kelebihan serta pemberian ini sebaik mungkin untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
PERTANDINGAN INOVASI PRODUK BERSEMPENA DENGAN ATMA JAYA BUSINESS & INNOVATION EXPO YANG BERLANGSUNG DI ATMA JAYA CATHOLIC UNIVERSITY, JAKARTA, INDONESIA.
8 JUN, JAKARTA - Lima kumpulan yang terdiri daripada 16 orang pelajar UTM telah berjaya memenangi pertandingan inovasi produk bersempena dengan Atma Jaya Business & Innovation Expo yang berlangsung di Atma Jaya Catholic University, Jakarta, Indonesia.
Pemenang bagi pertandingan inovasi terbaik tersebut adalah seperti berikut:
Tempat pertama, IDR2,500,000:
– InnoSpace (pelajar International Business UTMSPACE)
Tempat kedua, IDR1,500,000:
– Argenta (pelajar UNIKA Atma Jaya)
Tempat ketiga, IDR1,000,000:
– LoraPacer (pelajar Fakukti Komputeran, UTM)
Tempat keempat, IDR500,000:
– RenovApp (pelajar Fakulti Komputeran, UTM)
Tempat kelima, IDR450,000:
– PrinTEX (pelajar Fakulti Komputeran, UTM)
Pembentang terbaik, IDR300,000:
– Portable Kettle (pelajar Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM)
Tahniah kepada semua pemenang dan semoga bakat serta peluang yang diperoleh ini dapat meningkatkan peluang kebolehpasaran graduan. Diharap para pelajar juga dapat meluaskan jaringan hubungan dan kerjasama yang erat antara Indonesia dan Malaysia pada masa hadapan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada UTMSPACE, pihak Universitas Katolik Atma Jaya, para pensyarah/ mentor/ penasihat dan semua pelajar yang terlibat atas komitmen yang diberikan.
TAKLIMAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR SUKAN DAN KECERGASAN UTM JOHOR
Pada 27 Mei 2042, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) UTMSPACE telah mengadakan satu taklimat untuk pelajar Diploma Sukan Dan Kecergasan SPACE UTM Johor.
Taklimat yang di jalankan secara dalam talian ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada para pelajar berkenaan bantuan Kewangan Khas yang akan sediakan oleh pihak SPACE UTM kepada mereka.. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Suhaili Binti Mazlan Khuzairi Pengurus kanan Bahagian hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Serami 10 orang pelajar telah menghadiri taklimat ini. Semasa dalam taklimat pihak BHEPA turut menjawab persoalan yang telah dikemukakan oleh pelajar.
ZAKAT PUSAT ISLAM UTM JOHOR BAHRU (ZAKAT SARA DIRI & YURAN PENGAJIAN) IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA SPACE UTM SEM II 2023/2024
Pusat Islam UTM Johor Bahru dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UTMSPACE telah membuka permohonan Bantuan Zakat (Sara Hidup dan Yuran Pengajian) Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru kepada pelajar asnaf.
Bantuan ini terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa SPACE UTM Johor Bahru. Permohonan ini telah dibuka bermula 15 sehingga 22 Mac 2024. Permohonan adalah melalui Google Form yang telah disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTMSPACE. Tawaran telah dihebahkan melalui Portal UTMSPACE, Portal SPACE dan Portal Pelajar mengikut program.
Permohonan Bantuan Zakat Pelajar telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Kewangan dan Kebajikan Pelajar, UTMSPACE pada 22 Mei 2024 (Isnin). Berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh Pusat Islam UTM Johor Bahru, sejumlah 9 permohonan pelajar yang memenuhi syarat, telah disenarai pendek sebagai penerima pada tahun ini.
MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA TABUNG ENDOWMEN UTMSPACE SESI 1, 2024
19 Mac 2024 – Tabung Endowmen UTMSPACE merupakan salah satu inisiatif daripada pihak UTMSPACE dalam menyediakan sumber kewangan bagi membiayai pelbagai aktiviti pendidikan dan juga kebajikan para pelajar.
Salah satu tujuan penubuhan tabung ini adalah sebagai dana dermasiswa kepada pelajar yang cemerlang dan berkelayakan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Penyampaian Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE Sesi I telah diadakan pada 19 Mac 2024. Majlis ini telah di adakan secara dalam talian menerusi aplikasi Webex dan turut dipancarkan secara langsung menerusi facebook rasmi UTMSPACE. Seramai 47 orang pelajar cemerlang dan berkelayakan telah menerima bantuan dermasiswa pada kali ni. Penerima-penerima tersebut terdiri daripada 8 orang pelajar program asasi SPACE UTM, 35 orang pelajar diploma SPACE UTM dan 4 orang pelajar program diploma Kolej SPACE. Pada majlis kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali telah berbesar hati untuk meluangkan masa bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis ini juga turut dihadiri pihak pengurusan UTMSPACE dan juga SPACE UTM. Tahniah diucapkan kepada para penerima Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE dan gunakanlah kelebihan dan pemberian ini sebaik mungkin untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
SUMBAGAN KHAIRAT KEMATIAN AHLI KELUARGA PELAJAR : RAUDATUL JANNAH BINTI MD
Pada 20 Mac 2024, satu sesi penyerahan sumbangan khairat kematian kepada pelajar bernama Raudatul Jannah binti Md Lasim telah diadakan.
Pelajar daripada program Diploma Sains Komputer, UTM kampus Kuala Lumpur telah kehilangan ayah tercinta pada 28 Oktober 2023 akibat daripada Septic Shock Secondary to Right Diabetic Foot Ulcer with Type Two Myocardial Infarction. Sumbangan khairat tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) bertempat di pejabat BHEPA, UTM Kuala Lumpur. Sumbangan ini merupakan salah satu tanda keprihatian daripada UTMSAPCE dalam menjaga kebajikan para pelajar yang ditimpa musibah. Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.
SUMBAGAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KEMALANGAN : MUHAMMAD FIRDAUS BIN IBRAHIM
Pada 19 Oktober 2023, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah menerima pemakluman di mana seorang pelajar program diploma sepenuh masa UTM telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Muhammad Firdaus bin Ibrahim yang merupakan pelajar daripada program Diploma Ukur Bahan UTM Johor Bahru dikatakan telah terjatuh sewaktu menunggang motorsikal yang dibawanya. Kejadian telah berlaku di dalam kawasan kampus UTM Johor Bahru. Akibat daripada kemalangan tersebut, pelajar telah mengalami kecederaan di mana tulang alveolus mengalami keretakkan serta gusi pelajar telah terkoyak. Pelajar tesebut telah menerima rawatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTM Johor Bahru sebelum dibawah ke klinik ortodontik untuk rawatan selanjutnya. Sehubungan dengan itu, pihak UTMSPACE melalui BHEPA telah menyerahkan sedikit sumbangan bantuan kewangan kepada pelajar tersebut. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Eksekutif Kanan BHEPA bertempat di Pejabat UTMSPACE Johor Bahru. Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan daripada pihak UTMSPACE terhadap kebajikan pelajar.
PROGRAM: MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA
Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan SPACE UTM telah menerima 92 orang pelajar baharu bagi meneruskan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa bagi semester 2 sesi 2023/2024.
Pelajar ini terdiri daripada 67 orang pelajar tempatan dan 25 orang pelajar antarabangsa. Kesemua pelajar ini telah diraikan dalam satu Majlis Aluan Pelajar yang telah diadakan secara dalam talian pada 14 Mac 2024. Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE yang juga merupakan Pengerusi SPACE telah meluangkan sedikit masa untuk memberikan sedikit ucapan alu-aluan bagi meraikan kehadiran pelajar baru tersebut. Pelbagai taklimat yang berkaitan dengan pelajar telah diadakan sepanjang majlis ini. Kesemua taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada pusat dan jabatan yang berkaitan. SPACE UTM mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu Program Ijazah Sepenuh Masa UTM bagi semester 2 sesi 2023/2024.
PROGRAM: PERJUMPAAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPP) BERSAMA BARISAN PENGURUSAN SPACE UTM
11 Mac 2024- Satu perjumpaan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) bersama barisan pengurusan SPACE UTM telah berlansung di Bilik Mesyuarat Utama Blok T05, UTMSPACE Johor Bahru dan Bilik Mesyuarat Lembaga UTMSPACE Kuala Lumpur. Program ini telah dijalankan secara fizikal dan secara dalam talian.
Pihak pengurusan telah diketuai oleh Timbalan dekan Pembangunan Ts Nik Maria binti Nik Mahamood manakala Barisan MPP telah diketuai oleh Puan Siti Hajar Binti Tumeran. Perjumpaan ini bertujuan memperkenalkan MPP Fakulti Space dan juga membentangkan persoalan dan isu- isu pelajar Space Johor Bahru & Kuala Lumpur kepada Pengurusan SPACE UTM
PROGRAM: HARI WANITA PERINGKAT NEGERI JOHOR
3 Mac 2024 – Seramai 9 orang pelajar Asasi & Diploma telah mengikuti Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Johor yang bertempat di Dewan Mutiara Johor Land di Bandar Dato’ Onn Johor Bahru. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Khairin Nisa Binti Ismail @ Md On Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor
PROGRAM: MYSTARTUP NXT 2024 SOUTHERN MALAYSIA: JOHOR
29 Februari 2024 - Seramai 33 orang pelajar Diploma Sains Komputer SPACE UTM Johor Bahru telah mengikuti program MYStartup NXT yang telah dianjurkan oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) sebuah agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) bertempat di Sunway Hotel Big Box, Sunway City Johor
Program ini merupakan fasa perkembangan bagi program sebelum ini yang dikenali sebagai program MYStartup Roadshow . Pelajar telah didedahkan dengan topik-topik seperti perkembangan perniagaan dalam dan luar negara, perkongsian ilmu dan kepakaran serta pembangunan bakat tempatan. Selain itu Pelajar juga ditemukan dengan idola -idola perniagaan yang telah menggunakan platform startup seperti Pemilik Nasi Ayam Kee Chup, Sayur Kita Asia, Crandle dan lain – lain .Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang
PROGRAM: MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) UTM, SEMESTER II SESI 2023/2024
Pada 10 Mac 2024, Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan, SPACE UTM talah menerima kehadiran seramai 385 orang pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda (Separuh Masa) UTM.
Kesemua pelajar baharu ini telah di raikan dalam satu Majlis Aluan Pelajar yang telah di adakan secara dalam talian. Majlis ini di mula dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan SPACE UTM yang telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Akademik SPACE UTM, Dr. Lily Suriani binti Mohd Arif. Pelbagai program taklimat telah di adakan sepanjang majlis ini berlangsung yang telah di sampikan oleh wakil bahagian dan pusat tanggung jawab yang berkaitan. Antara pengisian program pada majlis tersebut adalah taklimat peraturan akademik, taklimat PTPTN, taklimat pelindungan takaful, taklimat perkhidmatan ICT, taklimat peraturan kewangan dan juga taklimat berkaitan dengan akademik. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM bagi Sesi 2023/2024.
PROGRAM: AI GRADUATE ENTREPRENEURSHIP MASTER
9 Mac 2024 – Seramai 40 orang pelajar program Diploma Sepenuh Masa SPACE UTM telah menyertai program AI Graduate Entrepreneurship Master.
Program ini telah di anjurkan oleh Fakulti Kecerdasan Buatan dan telah bertempat di Bilik Ilmuan 1, Anjung Menara Razak, UTM Kuala Lumpur. Program yang berlangsung selama separuh hari bermula jam 9.00 pagi, para pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran berkaitan dengan kecerdasan buatan daripada Mr Zack Kass iaitu seorang AI Futurist. Program ini juga merupakan salah satu pentas bagi para pelajar untuk membina rangkaian, berbincang serta berkongsi idea dan pendapat berkaitan dengan perkembangan semasa dalam bidang kecerdasan buatan. Di akhir program ini, para pelajar akan mendapat gambaran jelas tentang hala tuju dan perkembangan terkini dalam bidang kecerdasan buatan.
ZAKAT PUSAT ISLAM UTM JOHOR BAHRU (ZAKAT SARA DIRI DAN YURAN PENGAJIAN) ASASI DAN DIPLOMA SEPENUH MASA SPACE UTM SEM II 2023/2024
Bantuan ini terbuka kepada pelajar Asasi dan Diploma sepenuh masa SPACE UTM Johor Bahru.
Permohonan ini telah dibuka bermula 1 sehingga 14 Januari 2024. Permohonan adalah melalui Google Form yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTMSPACE. Tawaran telah dihebahkan melalui Portal UTMSPACE, Portal SPACE dan Portal Pelajar mengikut program.
Sejumlah 7 permohonan pelajar yang memenuhi syarat, telah disenarai pendek sebagai penerima bantuan zakat dan 2 permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan,turut disenaraikan. Jumlah Keseluruhan seramai 9 nama telah dihantar ke Pusat Islam UTM Johor bahru untuk permohonan Zakat pada tahun ini
ZAKAT PUSAT ISLAM UTM JOHOR BAHRU (ZAKAT SARA DIRI & YURAN PENGAJIAN) IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA SPACE UTM SEM II 2023/2024
Pusat Islam UTM Johor Bahru dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UTMSPACE telah membuka permohonan Bantuan Zakat (Sara Hidup dan Yuran Pengajian) Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru kepada pelajar asnaf.
Bantuan ini terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa SPACE UTM Johor Bahru. Permohonan ini telah dibuka bermula 20 sehingga 30 Mac 2023. Permohonan adalah melalui Google Form yang telah disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTMSPACE. Tawaran telah dihebahkan melalui Portal UTMSPACE, Portal SPACE dan Portal Pelajar mengikut program.
Permohonan Bantuan Zakat Pelajar telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Kewangan dan Kebajikan Pelajar, UTMSPACE pada 5 April 2023 (Rabu). Berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh Pusat Islam UTM Johor Bahru, sejumlah 3 permohonan pelajar yang memenuhi syarat, telah disenarai pendek sebagai penerima pada tahun ini.
MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA UTM
Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM telah menerima 47 orang pelajar baharu bagi meneruskan pengajian diperingkat Diploma Sepenuh Masa & Separuh Masa bagi sesi akademik 2023/2024.
Kesemua pelajar ini telah di raikan dalam satu Majilis Aluan Pelajar yang telah diadakan secara dalam talian pada 20 Januari 2024. Pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE yang juga merupakan Pengerusi SPACE telah meluangkan sedikit masa untuk memberikan ucapan alu-aluan bagi meraikan kehadiran pelajar baru tersebut. Pelbagai program taklimat yang berkaitan dengan pelajar telah di adakan sepanjang majlis ini. Antara taklimat penting yang telah di adakan dalam majlis ini adalah taklimat peraturan akademik, takliamt kewangan serta pengeluaran KWSP, taklimat PTPTN dan perlindungan Insurans pelajar, perkhidmatan ICT, taklimat perpustakaan dan juga takliamt keselamatan UTM. Kesemua taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada pusat dan jabatan yang berkaitan. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Diploma Spenuh Masa & Separuh Masa UTM bagi Sesi 2023/2024.
MAJLIS SAMBUTAN KEBERANGKATAN DYMM SULTAN JOHOR KE ISTANA NEGARA
31 Jan - Warga UTM telah dijemput dalam satu majlis untuk menghormati dan meraikan keberangkatan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi menyempurnakan Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, hari ini.
Kenderaan yang membawa baginda berangkat meninggalkan Istana Bukit Serene menuju ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 7.45 pagi. Majlis serba ringkas dan penuh kemeriahan ini telah diselaraskan oleh Pejabat Pegawai Daerah Kulai.
Seramai 200 orang staf dan 70 orang pelajar UTM telah tiba di lokasi, Taman Scientex Utama, Senai seawal jam 7.00 pagi bersama dengan 150 orang pelatih dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Majlis sambutan di lokasi ini telah diketuai oleh Pn. Hjh. Nor Azizah bt. Ismail, Pendaftar UTM dengan diiringi oleh Pn. Hartini bt. Karsono, Timbalan Pendaftar. Kemeriahan sambutan turut dirasai dengan kehadiran penduduk-penduduk di sekitar lokasi dalam memberikan lambaian kepada DYMM Sultan Johor.
Bahagian Keselamatan UTM dengan kekuatan 10 orang anggota turut membantu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengawal ketenteraman awam dan keselamatan di lokasi sambutan. DYMM Sultan Johor telah selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 9.00 pagi dan tiba di Pangkalan Udara, Tentera Udara DiRaja Malaysia, Subang sekitar jam 10 pagi sebelum berangkat ke Istana Negara.
Hubungi Kami
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Tel : 03 – 2728 6570/6571/6555 (Kuala Lumpur) / 07-531 8027 (Johor Bahru) / 07-531 6022 (Alumni)
HP : 013 – 274 2012 / 017 – 377 2077 / 013 – 277 7214
Emel : hepspace@utmspace.edu.my (Hal Ehwal Pelajar), alumni@utmspace.edu.my (Alumni)