Aktiviti Hal Ehwal Pelajar

Aktiviti 2024

UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 1/2024 : KEJURUTERAAN, PELUANG DAN INDUSTRI AUTOMOTIF MALAYSIA

26 Mac 2023 – UTMSPACE telah menganjurkan Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 1/2024. Program ini juga diadakan pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang yang disiarkan secara langsung di FB UTMSPACE dan Webex.

Wacana ini telah disampaikan oleh Alumni UTM iaitu Ts Roslan Bin Ahmad merupakan Pengurus Besar Kanan di Tan Chong Motor Holdings Bhd. Beliau juga dianugerahkan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik), 1998, UTM. Wacana sesi ini juga mencatatkan kehadiran atas talian seramai

Jom tonton semula Wacana ini di link berikut https://fb.watch/r2arE55y8J/

 

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA TABUNG ENDOWMEN UTMSPACE SESI 1, 2024

19 Mac 2024 – Tabung Endowmen UTMSPACE merupakan salah satu inisiatif daripada pihak UTMSPACE dalam menyediakan sumber kewangan bagi membiayai pelbagai aktiviti pendidikan dan juga kebajikan para pelajar.

Salah satu tujuan penubuhan tabung ini adalah sebagai dana dermasiswa kepada pelajar yang cemerlang dan berkelayakan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Penyampaian Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE Sesi I telah diadakan pada 19 Mac 2024. Majlis ini telah di adakan secara dalam talian menerusi aplikasi Webex dan turut dipancarkan secara langsung menerusi facebook rasmi UTMSPACE. Seramai 47 orang pelajar cemerlang dan berkelayakan telah menerima bantuan dermasiswa pada kali ni. Penerima-penerima tersebut terdiri daripada 8 orang pelajar program asasi SPACE UTM, 35 orang pelajar diploma SPACE UTM dan 4 orang pelajar program diploma Kolej SPACE. Pada majlis kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali telah berbesar hati untuk meluangkan masa bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis ini juga turut dihadiri pihak pengurusan UTMSPACE dan juga SPACE UTM. Tahniah diucapkan kepada para penerima Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE dan gunakanlah kelebihan dan pemberian ini sebaik mungkin untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

SUMBAGAN KHAIRAT KEMATIAN AHLI KELUARGA PELAJAR : RAUDATUL JANNAH BINTI MD

Pada 20 Mac 2024, satu sesi penyerahan sumbangan khairat kematian kepada pelajar bernama Raudatul Jannah binti Md Lasim telah diadakan.

Pelajar daripada program Diploma Sains Komputer, UTM kampus Kuala Lumpur telah kehilangan ayah tercinta pada 28 Oktober 2023 akibat daripada Septic Shock Secondary to Right Diabetic Foot Ulcer with Type Two Myocardial Infarction. Sumbangan khairat tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) bertempat di pejabat BHEPA, UTM Kuala Lumpur. Sumbangan ini merupakan salah satu tanda keprihatian daripada UTMSAPCE dalam menjaga kebajikan para pelajar yang ditimpa musibah. Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.

SUMBAGAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KEMALANGAN : MUHAMMAD FIRDAUS BIN IBRAHIM

Pada 19 Oktober 2023, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah menerima pemakluman di mana seorang pelajar program diploma sepenuh masa UTM telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Muhammad Firdaus bin Ibrahim yang merupakan pelajar daripada program Diploma Ukur Bahan UTM Johor Bahru dikatakan telah terjatuh sewaktu menunggang motorsikal yang dibawanya. Kejadian telah berlaku di dalam kawasan kampus UTM Johor Bahru. Akibat daripada kemalangan tersebut, pelajar telah mengalami kecederaan di mana tulang alveolus mengalami keretakkan serta gusi pelajar telah terkoyak. Pelajar tesebut telah menerima rawatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTM Johor Bahru sebelum dibawah ke klinik ortodontik untuk rawatan selanjutnya. Sehubungan dengan itu, pihak UTMSPACE melalui BHEPA telah menyerahkan sedikit sumbangan bantuan kewangan kepada pelajar tersebut. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Eksekutif Kanan BHEPA bertempat di Pejabat UTMSPACE Johor Bahru. Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan daripada pihak UTMSPACE terhadap kebajikan pelajar.

PROGRAM: MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA

Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan SPACE UTM telah menerima 92 orang pelajar baharu bagi meneruskan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa bagi semester 2 sesi 2023/2024.

Pelajar ini terdiri daripada 67 orang pelajar tempatan dan 25 orang pelajar antarabangsa. Kesemua pelajar ini telah diraikan dalam satu Majlis Aluan Pelajar yang telah diadakan secara dalam talian pada 14 Mac 2024. Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE yang juga merupakan Pengerusi SPACE telah meluangkan sedikit masa untuk memberikan sedikit ucapan alu-aluan bagi meraikan kehadiran pelajar baru tersebut. Pelbagai taklimat yang berkaitan dengan pelajar telah diadakan sepanjang majlis ini. Kesemua taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada pusat dan jabatan yang berkaitan. SPACE UTM mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu Program Ijazah Sepenuh Masa UTM bagi semester 2 sesi 2023/2024.

PROGRAM: PERJUMPAAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPP) BERSAMA BARISAN PENGURUSAN SPACE UTM

11 Mac 2024- Satu perjumpaan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) bersama barisan pengurusan SPACE UTM telah berlansung di Bilik Mesyuarat Utama Blok T05, UTMSPACE Johor Bahru dan Bilik Mesyuarat Lembaga UTMSPACE Kuala Lumpur. Program ini telah dijalankan secara fizikal dan secara dalam talian.

Pihak pengurusan telah diketuai oleh Timbalan dekan Pembangunan Ts Nik Maria binti Nik Mahamood manakala Barisan MPP telah diketuai oleh Puan Siti Hajar Binti Tumeran. Perjumpaan ini bertujuan memperkenalkan MPP Fakulti Space dan juga membentangkan persoalan dan isu- isu pelajar Space Johor Bahru & Kuala Lumpur kepada Pengurusan SPACE UTM

PROGRAM: HARI WANITA PERINGKAT NEGERI JOHOR

3 Mac 2024 – Seramai 9 orang pelajar Asasi & Diploma telah mengikuti Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Johor yang bertempat di Dewan Mutiara Johor Land di Bandar Dato’ Onn Johor Bahru. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Khairin Nisa Binti Ismail @ Md On Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor

Program ini telah dianjurkan Bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor (JPW). Pelajar telah didedahkan dengan ceramah motivasi dan juga peranan wanita di Malaysia.

PROGRAM: MYSTARTUP NXT 2024 SOUTHERN MALAYSIA: JOHOR

29 Februari 2024 - Seramai 33 orang pelajar Diploma Sains Komputer SPACE UTM Johor Bahru telah mengikuti program MYStartup NXT yang telah dianjurkan oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) sebuah agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) bertempat di Sunway Hotel Big Box, Sunway City Johor

Program ini merupakan fasa perkembangan bagi program sebelum ini yang dikenali sebagai program MYStartup Roadshow . Pelajar telah didedahkan dengan topik-topik seperti perkembangan perniagaan dalam dan luar negara, perkongsian ilmu dan kepakaran serta pembangunan bakat tempatan. Selain itu Pelajar juga ditemukan dengan idola -idola perniagaan yang telah menggunakan platform startup seperti Pemilik Nasi Ayam Kee Chup, Sayur Kita Asia, Crandle dan lain – lain .Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang

PROGRAM: MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) UTM, SEMESTER II SESI 2023/2024

Pada 10 Mac 2024, Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan, SPACE UTM talah menerima kehadiran seramai 385 orang pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda (Separuh Masa) UTM.

Kesemua pelajar baharu ini telah di raikan dalam satu Majlis Aluan Pelajar yang telah di adakan secara dalam talian. Majlis ini di mula dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan SPACE UTM yang telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Akademik SPACE UTM, Dr. Lily Suriani binti Mohd Arif. Pelbagai program taklimat telah di adakan sepanjang majlis ini berlangsung yang telah di sampikan oleh wakil bahagian dan pusat tanggung jawab yang berkaitan. Antara pengisian program pada majlis tersebut adalah taklimat peraturan akademik, taklimat PTPTN, taklimat pelindungan takaful, taklimat perkhidmatan ICT, taklimat peraturan kewangan dan juga taklimat berkaitan dengan akademik. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM bagi Sesi 2023/2024.

PROGRAM: AI GRADUATE ENTREPRENEURSHIP MASTER

9 Mac 2024 – Seramai 40 orang pelajar program Diploma Sepenuh Masa SPACE UTM telah menyertai program AI Graduate Entrepreneurship Master.

Program ini telah di anjurkan oleh Fakulti Kecerdasan Buatan dan telah bertempat di Bilik Ilmuan 1, Anjung Menara Razak, UTM Kuala Lumpur. Program yang berlangsung selama separuh hari bermula jam 9.00 pagi, para pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran berkaitan dengan kecerdasan buatan daripada Mr Zack Kass iaitu seorang AI Futurist. Program ini juga merupakan salah satu pentas bagi para pelajar untuk membina rangkaian, berbincang serta berkongsi idea dan pendapat berkaitan dengan perkembangan semasa dalam bidang kecerdasan buatan. Di akhir program ini, para pelajar akan mendapat gambaran jelas tentang hala tuju dan perkembangan terkini dalam bidang kecerdasan buatan.

ZAKAT PUSAT ISLAM UTM JOHOR BAHRU (ZAKAT SARA DIRI DAN YURAN PENGAJIAN) ASASI DAN DIPLOMA SEPENUH MASA SPACE UTM SEM II 2023/2024

Bantuan ini terbuka kepada pelajar Asasi dan Diploma sepenuh masa SPACE UTM Johor Bahru.

Permohonan ini telah dibuka bermula 1 sehingga 14 Januari 2024. Permohonan adalah melalui Google Form yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTMSPACE. Tawaran telah dihebahkan melalui Portal UTMSPACE, Portal SPACE dan Portal Pelajar mengikut program.
Sejumlah 7 permohonan pelajar yang memenuhi syarat, telah disenarai pendek sebagai penerima bantuan zakat dan 2 permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan,turut disenaraikan. Jumlah Keseluruhan seramai 9 nama telah dihantar ke Pusat Islam UTM Johor bahru untuk permohonan Zakat pada tahun ini

ZAKAT PUSAT ISLAM UTM JOHOR BAHRU (ZAKAT SARA DIRI & YURAN PENGAJIAN) IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA SPACE UTM SEM II 2023/2024

Pusat Islam UTM Johor Bahru dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UTMSPACE telah membuka permohonan Bantuan Zakat (Sara Hidup dan Yuran Pengajian) Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru kepada pelajar asnaf.

Bantuan ini terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa SPACE UTM Johor Bahru. Permohonan ini telah dibuka bermula 20 sehingga 30 Mac 2023. Permohonan adalah melalui Google Form yang telah disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTMSPACE. Tawaran telah dihebahkan melalui Portal UTMSPACE, Portal SPACE dan Portal Pelajar mengikut program.
Permohonan Bantuan Zakat Pelajar telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Kewangan dan Kebajikan Pelajar, UTMSPACE pada 5 April 2023 (Rabu). Berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh Pusat Islam UTM Johor Bahru, sejumlah 3 permohonan pelajar yang memenuhi syarat, telah disenarai pendek sebagai penerima pada tahun ini.

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA UTM

Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM telah menerima 47 orang pelajar baharu bagi meneruskan pengajian diperingkat Diploma Sepenuh Masa & Separuh Masa bagi sesi akademik 2023/2024.

Kesemua pelajar ini telah di raikan dalam satu Majilis Aluan Pelajar yang telah diadakan secara dalam talian pada 20 Januari 2024. Pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE yang juga merupakan Pengerusi SPACE telah meluangkan sedikit masa untuk memberikan ucapan alu-aluan bagi meraikan kehadiran pelajar baru tersebut. Pelbagai program taklimat yang berkaitan dengan pelajar telah di adakan sepanjang majlis ini. Antara taklimat penting yang telah di adakan dalam majlis ini adalah taklimat peraturan akademik, takliamt kewangan serta pengeluaran KWSP, taklimat PTPTN dan perlindungan Insurans pelajar, perkhidmatan ICT, taklimat perpustakaan dan juga takliamt keselamatan UTM. Kesemua taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada pusat dan jabatan yang berkaitan. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Diploma Spenuh Masa & Separuh Masa UTM bagi Sesi 2023/2024.

MAJLIS SAMBUTAN KEBERANGKATAN DYMM SULTAN JOHOR KE ISTANA NEGARA

31 Jan - Warga UTM telah dijemput dalam satu majlis untuk menghormati dan meraikan keberangkatan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi menyempurnakan Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, hari ini.

Kenderaan yang membawa baginda berangkat meninggalkan Istana Bukit Serene menuju ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 7.45 pagi. Majlis serba ringkas dan penuh kemeriahan ini telah diselaraskan oleh Pejabat Pegawai Daerah Kulai.
Seramai 200 orang staf dan 70 orang pelajar UTM telah tiba di lokasi, Taman Scientex Utama, Senai seawal jam 7.00 pagi bersama dengan 150 orang pelatih dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Majlis sambutan di lokasi ini telah diketuai oleh Pn. Hjh. Nor Azizah bt. Ismail, Pendaftar UTM dengan diiringi oleh Pn. Hartini bt. Karsono, Timbalan Pendaftar. Kemeriahan sambutan turut dirasai dengan kehadiran penduduk-penduduk di sekitar lokasi dalam memberikan lambaian kepada DYMM Sultan Johor.
Bahagian Keselamatan UTM dengan kekuatan 10 orang anggota turut membantu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengawal ketenteraman awam dan keselamatan di lokasi sambutan. DYMM Sultan Johor telah selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 9.00 pagi dan tiba di Pangkalan Udara, Tentera Udara DiRaja Malaysia, Subang sekitar jam 10 pagi sebelum berangkat ke Istana Negara.

Hubungi Kami

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Tel : 03 – 2728 6570/6571/6555 (Kuala Lumpur) / 07-531 8027 (Johor Bahru) / 07-531 6022 (Alumni)
HP : 013 – 274 2012 / 017 – 377 2077 / 013 – 277 7214
Emel : hepspace@utmspace.edu.my (Hal Ehwal Pelajar), alumni@utmspace.edu.my (Alumni)

Aduan/Maklumbalas Pelajar