HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

Aktiviti 2020

Melawat keluarga pelajar sarjana muda UTM (separuh masa) yang meninggal dunia : Mohamed Hafiz bin Mohamed Tajuddin

Pihak UTMSPACE telah menerima berita mendukacitakan apabila salah seorang pelajar program ijazah sarjana muda UTM separuh masa telah meninggal dunia.

Mohamed Hafiz bin Mohamed Tajuddin telah disahkan meninggal dunia pada 1 Disember 2020 akibat daripada “Left Posterior Circulation Stroke With Brainstem Involvement”. Allahyarham merupakan pelajar program Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) UTM separuh masa. Allahyarham juga merupakan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru. Pihak UHEP telah membuka satu tabung derma kilat bagi mendapatkan sedikit sumbangan untuk diserahkan kepada keluarga Allahyarham. Pihak UHEP dan juga PPSM sebagai wakil UTMSPACE telah menziarahi keluarga Allahyarham untuk menyerahkan sedikit sumbangan untuk meringan beban keluarga beliau dan juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga serta kenalan beliau.

Taklimat Pelajar Kanan (Separuh Masa dan Sepenuh Masa)

Pada 11 Oktober 2020, Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP) UTMSPACE telah mengambil satu inisiatif dengan mengadakan satu taklimat kepada pelajar kanan bagi program sepenuh masa dan separuh masa.

Taklimat ini diadakan bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar kanan di bawah pengurusan SPACE tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak universiti kepada para pelajar. Antara pengisian program ini adalah taklimat berkaitan dengan perkhidmatan teknologi maklumat, perpustakaan, keselamatan, kewangan dan pengeluaran KWSP, PTPTN dan perlindungan insurans pelajar. Taklimat ini telah disampaikan oleh setiap wakil bahagian atau unit iaitu UTMDigital, Pihak Keselamatan UTM, Perpustakaan Universiti serta UTMSPACE. Taklimat ini bertujuan bagi memaklumkan kepada pelajar tentang hak mereka sebagai pelajar yang berdaftar di bawah pengurusan SPACE serta sebagai salah satu cara pihak UTMSPACE. Taklimat ini juga merupakan satu platform untuk pihak UTMSPACE menjawab persoalan yang dihadapi oleh para pelajar terutama pelajar separuh masa.

Edaran Makanan Sepanjang PKP

Pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh pihak UTMSPACE dalam membantu para pelajar yang terkandas di kolej kediaman sama ada di kampus UTM mahupun luar kampus.

Langkah ini diambil bagi memastikan kebajikan para pelajar sentiasa terjaga. Antara inisiatif yang telah diambil oleh pihak UTMSPACE adalah dengan membantu pihak UTM melalui pejabat Hal Ehwal Pelajar dalam mengedarkan bantuan makanan kepada seramai 450 orang pelajar di dalam dan di luar kampus UTM Kuala Lumpur. Penyediaan makanan ini adalah ditaja oleh pelbagai pihak termasuklah Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor yang merupakan Canselor UTM, Pusat Islam UTM Kuala Lumpur dan lain-lain. Aktiviti edaran makanan ini dilakukan mengikut aturan yang telah ditetapkan mengambil kira aspek kebersihan dan SOP yang telah ditetapkan. Aktiviti edaran makanan ni berlanjutan sehinggalah para pelajar dihantar pulang melalui inisiatif daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghantar pelajar pulang secara berperingkat mengikut zon dan juga SOP yang telah ditetapkan. Pihak UTMSPACE tidak terkecuali dalam menyumbangkan tenaga dengan membantu mengedarkan makan kepada para pelajar terutama pelajar yang tinggal di kediaman luar kampus.

 

Program Pembangunan Asnaf

Pusat Islam UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP), UTMSPACE telah mengadakan Program Pembangunan Asnaf bagi pelajar diploma UTM.

Program ini adalah program khas bagi pelajar diploma yang menerima dana bantuan zakat daripada Pusat Islam UTM Kuala Lumpur. Antara pengisian program ini adalah ceramah yang bertajuk “Motivasi Pelajar: Percayalah, Anda mampu mengubahnya!!!”. Ceramah motivasi ini telah di sampaikan oleh Pencetus Ummah, PU Izzat. Selain itu juga, program ini juga telah menjemput Tn. Hj. Khairulazhar Samsudin iaitu Penolong Pengurus Besar Dakwah Zakat, PPZ-MAIWP di mana beliau telah berkongsi sedikit ilmu tentang “Bagaimana mengurus wang zakat yang diterima?”. Seramai 116 orang pelajar diploma UTM telah menerima dana bantuan zakat Pusat Islam UTM Kuala Lumpur pada Semester I sesi 2020/2021 di mana 26 orang menerima bantuan zakat yuran pengajian dan 90 orang lagi menerima zakat sara diri. Manakala pada Semester II sesi 2020/2021, seramai 125 orang pelajar telah dipilih untuk menerima dan bantuan zakat Pusat Islam UTM Kuala Lumpur yang melibatkan 40 orang menerima bantuan yuran pengajian dan selebihnya iaitu 85 orang mendapat bantuan sara hidup.

Majlis Serahan Sumbangan Kepada Pelajar UTMKL

Pada 7 Oktober 2020, pihak PPZ-MAIWP dengan kerjasama Pusat Islam UTM KL telah mengadakan Majlis Serahan Sumbangan Kepada Pelajar UTM KL.

PPZ-MAIWP diketuai oleh Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Tuan Haji Khalid Mohamed, Penolong Pengurus Besar Unit Khidmat Ejen Dan Pemasaran Khas PPZ-MAIWP. Manakala UTMKL diwakili oleh Penolong Pengarah Pusat Islam UTMKL, Dr. Muhammad Fathi Yusof dan Ts Nik Maria Binti Nik Mahamood Pengurus Besar Pusat Pengajian Diploma SPACE serta pelajar yang menerima sumbangan. Pada majlis tersebut, PPZ-MAIWP telah menyerahkan sumbangan kepada Pusat Islam UTMKL untuk diagihkan kepada pelajar yang terjejas di kampus UTMKL. Seramai 10 orang pelajar diploma UTM telah menerima sumbangan pada majlis tersebut.

Aktiviti Pengagihan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Pelajar

Pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan terhadap kesukaran yang dihadapi oleh rakyat.

Dalam pengumuman jelas menunjukkan tidak ada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan daripada pihak kerajaan di mana para pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Tingkatan 6 dan IKBN turut menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Para pelajar menerima sejumlah RM200 secara one-off di mana bantuan ini dibayar bermula pada bulan Mei 2020. Bantuan ini diharapkan dapat membantu para pelajar yang mengalami kesusahan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 2019 pelajar diploma UTM, 93 orang pelajar sarjana muda dan 348 orang pelajar asasi UTM telah mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Bantuan ini telah di salurkan kepada pelajar yang aktif pada semester semasa melalui pembayaran ke akaun bank pelajar. Pihak UHEP telah diberikan tanggungjawab untuk mendapatkan maklumat akaun bank pelajar yang aktif untuk proses pembayaran kepada para pelajar di bawah pengurusan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE).

Majlis Aluan Pelajar (MAP) Pelajar Baharu Program Sarjana Muda UTM (Separuh Masa).

Pada 4 Oktober 2020, pihak UHEP telah mengadakan Majlis Aluan Pelajar (MAP) bagi pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda UTM (Separuh Masa) semester I sesi 2020/2021.

Majlis ini telah dilaksanakan secara norma baru secara dalam talian melalui aplikasi Webex. Seramai 346 orang pelajar baharu telah didaftarkan dan mengikuti Majlis Aluan Pelajar ini. Antara pengisian pada majlis ini adalah tayangan video ucapan alu-aluan daripada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, ucapan aluan daripada Pengerusi SPACE, taklimat peraturan akademik daripada Pengurus Besar Pusat Pengajian Separuh Masa, taklimat MUET, taklimat kewangan dan pengeluaran KWSP, taklimat UTMDigital, taklimat perpustakaan, taklimat keselamatan serta taklimat PTPTN dan perlindungan insurans pelajar. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Sarjana Muda UTM (Separuh Masa) bagi Sesi 2020/2021.

Melawat Pelajar Mengalami Masalah Kesihatan : Norshazlynda Binti Mohd Azly

Pihak UHEP UTMSPACE menerima pemakluman daripada wakil pelajar berkaitan dengan masalah kesihatan pelajar bernama Norshazlynda Binti Mohd Azly.

Menurut pemakluman yang diterima, pelajar tersebut di katakan tidak dapat belajar terlalu lama di hadapan komputer riba. Oleh yang demikian, pihak UHEP UTMSPACE telah mengadakan satu kunjungan ke rumah pelajar tersebut untuk melihat dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan masalah pelajar tersebut pada 24 Sept 2020. Menurut kenyataan ibu pelajar tersebut, pelajar tersebut mengadu mengalami masalah hidung dan gusi berdarah, kesukaran untuk bernafas, berpeluh dan juga menggigil sebelah kanan. Ibu kepada pelajar tersebut juga memaklumkan bahawa Norshazlynda pernah menjalani pembedahan sewaktu beliau berumur 13 tahun akibat daripada “Scoliosis”. Oleh kerana bimbang akan keadaan Norshazlynda yang berkemungkinan kesan daripada penyakitnya yang lalu, ibu pelajar tersebut telah menghubungi ambulans bagi membawa pelajar tersebut ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuat pemeriksaan kerana bimbang dengan keadaan pelajar tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati pelajar tersebut tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan telah dirujuk kepada pakar neuro untuk pemeriksaan selanjutnya. Doktor memaklumkan bahawa buat masa ini tidak ada ubat bagi masalah pelajar tersebut dan sekiranya simpton tersebut berlaku lagi, doktor memaklumkan kepada keluarga pelajar tersebut untuk membawanya ke unit kecemasan. Pelajar tersebut telah dibenarkan keluar hospital setelah pemeriksaan dilakukan meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian seperti biasa. Walau bagaimana pun, pelajar tersebut tidak dapat belajar secara berterusan dalam masa yang lama di mana pelajar tersebut perlu berehat 10 – 15 minit apabila mula berpeluh dan menggigil sewaktu kelas dijalankan. Pihak UHEP UTMSPACE menyarankan agar pelajar tersebut untuk berjumpa dengan pihak Kaunseling UTM KL bagi mendapatkan bantuan dari sudut psikologi di mana pihak UHEP berpendapat keadaan ini mungkin terjadi akibat daripada tekanan dengan cara pembelajaran “new norma”. Pihak UHEP telah menghubungi unit kaunseling bagi mendapatkan bantuan dan pihak unit kaunseling mengadakan sesi dengan pelajar tersebut.

Melawat keluarga pelajar diploma UTM yang meninggal dunia : Aina Syafida binti Noor Azman

Pada 18 September 2020, pihak UHEP menerima berita tentang kematian bekas pelajar Pusat Pengajian Diploma UTM, Aina Syafida binti Noor Azman.

Beliau merupakan pelajar program Diploma Ukur Bahan yang telah mendaftar pada semester I sesi 2019/2020. Beliau yang menghidap penyakit kanser kelenjar dalam darah terpaksa menangguhkan pengajian pada semester I dan II bagi sesi pembelajaran 2019/2020 bagi memudahkan urusan menjalan rawatan. Walau bagaimanapun, pelajar tersebut telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pengajian pada semester I sesi 2020/2021. Setelah mendapat berita tentang kematian pelajar tersebut, pihak UHEP telah menziarahi keluarga pelajar tersebut di Marang, Terengganu. Pihak UHEP mewakili warga UTMSPACE telah menyerahkan sedikit sumbangan kepada keluarga pelajar tersebut serta mengucapkan takziah kepada ahli keluarga serta kenalan beliau.

Melawat dan Menyerahkan Bantuan Kepada Keluarga Pelajar yang Mengalami Musibah Kebakaran Rumah : Syafiq Isyraf bin Sallehuddin

Pelajar tersebut adalah saudara Syafiq Isyraf bin Sallehuddin yang merupakan pelajar tahun 3 program Diploma Sains Komputer (Multimedia).

Atas dasar kebajikan dan keprihatinan, pihak UHEP telah melancarkan satu kutipan derma kilat bagi membantu dan meringankan kesusahan yang ditimpa oleh keluarga pelajar tersebut. Hasil kutipan derma kilat telah diserahkan kepada saudara Syafiq pada 28 Ogos 2020 yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi (Pembangunan) SPACE, Prof. Madya Mazlan bin Mohamad Abdul Hamed di pejabat UTMSPACE Kuala Lumpur. Selain daripada bantuan dari segi kewangan, pihak UHEP juga turut menerima sumbangan berupa pakaian daripada staf UTMSPACE yang akan di berikan kepada keluarga pelajar tersebut. Oleh yang demikian, pada 17 September 2020, pihak UHEP dan juga wakil daripada Pusat Pengajian Diploma telah menziarahi keluarga saudara Syafiq di Muadzam Shah, Pahang bagi menyerahkan sedikit sumbangan berupa pakaian yang diterima daripada staf UTMSPACE kepada keluarga beliau. Di harapkan dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga saudara Syafiq sekeluarga.

Melawat Pelajar Diploma yang Mengalami Kemalangan Jalan Raya : Nik Muhamad Arif Farhan

Pada 9 September 2020, pihak UHEP menerima pemakluman bahawa seorang pelajar SPACE bernama Nik Muhammad Arif Farhan bin Nik Mohd Rozi telah mengalami kemalangan jalan raya.

Beliau yang merupakan pelajar tahun 3 program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah telah terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang daripada menjalani latihan industri. Pelajar tersebut telah di masukkan ke hospital dan telah mengalami kecederaan patah tangan, peha dan beberapa luka pada bahagian anggota badan. Pelajar tersebut beradalah dalam wad hospital selama 6 hari dan telah dibenarkan pulang pada 8 September 2020. Oleh yang demikian, pihak UHEP dan juga wakil daripada Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah melakukan kunjungan ke kediaman pelajar tersebut di Kuantan, Pahang pada 17 September 2020 untuk melawat dan melihat keadaan pelajar tersebut. Pihak UHEP dan wakil PPD menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga pelajar tersebut dan mendoakan agar cepat sembuh.

Sumbangan Kuih Raya

Seramai 5 orang pelajar SPACE memilih untuk tinggal di kampus dan rumah sewa masing-masing menjelang sambutan hari raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebagai tanda keprihatinan, pihak UTMSPACE telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa kuih raya kepada pelajar tersebut sempena sambutan hari raya Aidilfitri yang bakal tiba. Sumbangan ini telah disampaikan kepada pelajar oleh pihak Unit Hal Ehwal Pelajar, UTMSPACE di rumah sewa pelajar masing-masing dan juga Kolej Kediaman Siswa Jaya.

Pendaftaran Pelajar Baharu dan Minggu Mesra Mahasiswa Asasi.

Seramai 446 pelajar program asasi UTM telah mendaftarkan diri secara dalam talian pada 8 Julai 2020 yang merangkumi 430 pelajar tempatan dan 16 pelajar antarabangsa.

Kesemua pelajar ini telah menjalani Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) secara dalam talian bermula 8-10 Julai 2020. Keseluruhan program MMM ini di laksanakan menggunakan aplikasi Webex dan program ini dimulakan dengan taklimat ibu bapa yang disampaikan oleh Pengerusi SPACE. Antara program lain pada hari pertama adalah Majlis Amanat Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Sesi Ramah Mesra Bersama Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof Dr Durrishah binti Idrus serta sesi Profiling Personaliti Pelajar oleh pihak Kaunseling UTM.

Pada hari kedua MMM, para pelajar diberi taklimat oleh beberapa pusat tanggungjawab universiti seperti Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kesihatan Universiti, Perpustakaan Sultanah Zanariah dan lain-lain. Pada sesi petang pula, para pelajar mengikuti sesi bersama pihak pengurusan UTMSPACE dan pentadbir akademik. Selain itu juga, sesi santai bersama Majlis Perwakilan Pelajar telah diadakan pada hari ketiga MMM di mana sedikit perkongsian daripada para MPP kepada pelajar asasi telah dilaksanakan. Program ini MMM ini berakhir dengan sesi khas bersama pelajar antarabangsa di mana sesi ini telah dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Transnasional UTMSPACE. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Asasi bagi Sesi 2020/2021. Semoga cemerlang menjadi sanjungan bangsa.

Pendaftaran Pelajar Baharu dan Minggu Mesra Mahasiswa Diploma.

Sesi pendaftaran pelajar baharu dan Minggu Mesra Mahasiswa Diploma bagi ambilan Jun sesi 2020/2021 telah diadakan pada 17-19 Jun 2020 yang telah dilaksanakan secara norma baru.

Program ini telah di adalah secara dalam talian yang dipanggil “E-Orientation” menggunakan aplikasi Webex di mana para pelajar akan mengikuti pengisian program tersebut daripada kediaman pelajar. Antara pengisian program sepanjang E-Orientation ini adalah Taklimat dan sesi engagement tersebut melibatkan Majlis Amanat Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Sesi Ramah Mesra Bersama Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof Dr Durrishah binti Idrus serta Sesi Bersama Pro-Naib Canselor (UTM Kuala Lumpur), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin, taklimat daripada Pengurusan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan

Berterusan (UTMSPACE) dan beberapa Pusat Tanggungjawab lain seperti Perpustakaan UTM, Pusat Kesihatan Universiti dan lain-lain. Selain itu, aktiviti sukan turut diadakan dipanggil Virtual Fitness Challenges serta Virtual 5km Run iaitu aktiviti sukan secara maya. UTM mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Diploma bagi Sesi 2020/2021.

Agihan Face Mask kepada Pelajar

UTMSPACE melalui Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP) telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan program pemberian topeng muka (Face Mask) dan Hand Sanitizer kepada pelajar UTM bagi menghadapi fenomena pendemik Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia.

Pemberian topeng muka dan Hand Sanitizer secara percuma ini adalah bagi membantu mengekang penularan pendemik Covid-19 di kalangan pelajar UTM yang berada di kampus UTM. Pemberian topeng muka ini adalah sebagai usaha daripada pihak UTMSPACE dan juga pihak UHEP dalam membantu dalam mencegah penularan Covid-19 ini di kalangan pelajar UTM dan ia juga merupakan tanggungjawab pihak UTMSPACE dalam menjaga kebajikan para pelajar. Bukan nilai Face Mask dan Hand Sanitizer yang menjadi ukuran, tetapi program ini menunjukkan keprihatinan kepada apa jua isu yang menyentuh aspek kebajikan pelajar.

Bantuan Sarapan Pagi/Kupon Makanan Kepada Pelajar SPACE (Sepenuh Masa) Daripada Golongan Pendapatan Isi Rumah di Bawah RM2000 (B2K).

Pelajar SPACE merupakan terdiri daripada keluarga yang mempunyai pelbagai lapisan sosioekonomi latar belakang pendapatan isi rumah keluarga.

Hasil daripada laporan kategori pendapatan yang diterima daripada Bahagian Pengurusan Akademik UTM, pihak UHEP telah melaksanakan satu program Bantuan Sarapan Pagi/Kupon Makanan Kepada Pelajar SPACE (Sepenuh Masa. Bantuan ini diberikan kepada pelajar yang tergolong dalam kategori keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM2000 (B2K). Program ini buat pertama kalinya telah dilaksanakan pada semester II sesi 2019/2020 di mana pelajar yang berkelayakan akan menerima bantuan sarapan pagi sepajang tempoh minggu peperiksaan akhir pada semester tersebut. Seramai lebih kurang 50 pelajar SPACE sepenuh masa di KL dan JB telah menerima bantuan ini pada setiap hari sepanjang tempoh minggu peperiksaan akhir semester II pada sesi 2019/2020. Program ini bertujuan bagi membantu para pelajar SPACE untuk memberikan keselesaan serta memberikan ketenangan kepada pelajar dalam menjawab peperiksaan tanpa perlu mengikat perut dan seterusnya membantu meningkatkan pencapaian gred pelajar.

Perjumpaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Diploma UTM Bersama Pengurusan SPACE

17 Feb 2020

Pada 17 Februari 2020, satu perjumpaan di antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Diploma UTM bersama dengan Pihak Pengurusan SPACE telah di adakan.

Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPACE, Prof. Ts. Dr. Othman bin Che Puan. Perjumpaan ini dia adakan bagi membincangkan serta mendapatkan maklum balas tentang masalah yang dihadapi oleh para pelajar diploma UTM. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan aktiviti pelajar, kemudahan pelajar, kewangan pelajar, penglibatan pelajar SPACE dalam program Universiti, kenaikan yuran dan sebagainya. Perjumpaan ini juga turut menjemput Pengarah Pembangunan dan Sumber Manusia, Timbalan-timbalan Pengerusi SPACE, Pengurus Besar Bahagian Kewangan, Pengurus Besar serta ketua-ketua jabatan PPD, pegawai-pegawai daripada UHEP dan bahagian kewangan UTMPSPACE KL. Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah eksekutif daripada PPD dan juga Pengarah Kesatuan Pelajar, UTM Kuala Lumpur.

Taklimat Program Pusat Pengajian Ijazah (UTM-IDP, IDP JAPAN, BGS & BBA)

8 Januari 2020

Satu taklimat berkaitan dengan program Pusat Pengajian Ijazah telah di adakan pada 8 Januari 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Jumaah, UTM KL.

Nama Aktiviti : Taklimat Program Pusat Pengajian Ijazah (UTM-IDP, IDP JAPAN, BGS & BBA)
Anjuran Bersama : Bahagian Pembangunan Bisnes
Jemputan Khas : Pusat Kaunseling, UTM KL
Tarikh : 8 Januari 2020
Tempat : Dewan Jumaah, UTM KL

Taklimat Program Pusat Pengajian Ijazah (UTM-IDP, IDP JAPAN, BGS & BBA) dianjurkan adalah bagi menerangkan tentang laluan alternatif bagi graduan diploma Pusat Pengajian Diploma SPACE dan juga Kolej SPACE bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Taklimat ini disertai oleh pelajar tahun akhir bagi program diploma PPD dan juga Kolej SPACE. Taklimat ini di mulakan dengan ceramah motivasi pelajar yang disampaikan oleh Puan Nurzima Zaihan binti Pi’i, Pegawai Psikologi Kanan, UTM KL. Dalam ceramah ini, penceramah telah berkongsi data berkaitan dengan statistik pengangguran di kalangan graduan lepasan universiti. Seterusnya, taklimat ini telah diteruskan dengan penerangan berikatan dengan Program Pusat Pengajian Ijazah (UTM-IDP, IDP JAPAN, BGS & BBA). Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar Pusat Pengajian Ijazah, Dr. Maslan bin Osman. Taklimat ini adalah berkaitan dengan program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Ijazah, SPACE iaitu UTM-IDP, IDP Japan, BGS dan juga BBA. Dalam sesi kali ini, pengurus besar PPI memfokuskan penerangan beliau berkaitan dengan program Sarjana Muda Pengajian AM, BGS dan juga Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa), BBA. Antara maklumat yang disampaikan dalam taklimat ini adalah berkaitan dengan pengenalan kepada setiap program iaitu program BGS dan BBA, syarat kemasukan, struktur program, kerangka program, struktur kurikulum program mengikut semester dan juga kadar yuran yang dikenakan bagi setiap program.

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi 607 531 8000 / 8001 (JB), +603 2772 2500 (KL) atau email ke enquiry@utmspace.edu.my.

Taklimat Pendaftaran MUET

12 Februari 2020

Satu taklimat berkaitan dengan program Pusat Pengajian Ijazah telah di adakan pada 8 Januari 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Jumaah, UTM KL.

Nama Aktiviti : Taklimat Pendaftaran MUET
Anjuran Bersama : Pusat Pembangunan Professional
Tarikh : 12 Februari 2020
Tempat : Dewan Azman Hashim, UTM KL

Pada 12 Februari 2020, Pusat Pembangunan Professional dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar, UTMSPACE telah mengadakan satu Taklimat berkaitan dengan Pendaftaran MUET. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Rosmawati binti Amir dari Pusat Pembangunan Professional. Taklimat ini telah dihadiri oleh pelajar tahun 1 sehingga tahun 3 diploma UTM dan juga Kolej SPACE. Taklimat ini diadakan selaras dengan inisiatif UTMSPACE untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar dengan menjadi salah satu Pusat MUET. Sehubungan dengan itu, para pelajar yang mendaftar dengan UTMSPACE akan dikategorikan sebagai calon pusat di mana bermula daripada proses pendaftaran sehinggalah keputusan MUET dikeluarkan akan diuruskan oleh pihak UTMSPACE.

Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan MUET ini, sila hubungi : Pn. Rosmawati binti Amir (Ms. Jay) di talian 07-521 8170 atau email rosma@utmspace.edu.my.

 

Hubungi Kami

Unit Hal Ehwal Pelajar
Blok H, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 2728 6571/6555

Unit Hal Ehwal Pelajar
Aras 4, Blok T05,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, Johor.
Tel : 07 – 531 8027
Email : hepspace@utmspace.edu.my

Muat Turun : Borang Maklumbalas Pelanggan