Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Mengenai Kami

Bahagian Hal Ehwal Pelajar SPACE bertanggungjawab ke atas keseluruhan pelajar tempatan Asasi, Diploma, dan Sarjana Muda (sepenuh masa) yang berdaftar sebagai pelajar program Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia dan keseluruhan pelajar tempatan Diploma dan Sarjana Muda (separuh masa) yang dilaksanakan di Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia.

Tugasan yang dipertanggungjawabkan adalah meliputi:
i. Urusan Majlis Aluan Pelajar
ii. Urusan Peminjaman PTPTN Pelajar
iii. Urusan Permohonan Bantuan Zakat Pelajar
iv. Urusan Permohonan Dermasiswa Endowmen UTMSPACE Pelajar
v. Urusan Bantuan Kebajikan Endowmen UTMSPACE Pelajar
vi. Urusan Insurans Takaful Berkelompok Pelajar
vii. Urusan Surat Pengesahan Pelajar

Bahagian Alumni UTMSPACE bertanggungjawab ke atas keseluruhan Alumni program SPACE (sepenuh masa) dan program yang dilaksanakan di SPACE (separuh masa), Universiti Teknologi Malaysia, dan keseluruhan Alumni program UTMSPACE.

Tugasan yang dipertanggungjawabkan adalah meliputi:
i. Urusan Pengemaskinian Data Alumni
ii. Urusan Perhubungan Berterusan Bersama Alumni
iii. Urusan Wacana Ilmu (Perkongsian Ilmu) Bersama Alumni

Hubungi Kami

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Tel : 03 – 2728 6570/6571/6555 (Kuala Lumpur) / 07-531 8027 (Johor Bahru) / 07-531 6022 (Alumni)
HP : 013 – 274 2012 / 017 – 377 2077 / 013 – 277 7214
Emel : hepspace@utmspace.edu.my (Hal Ehwal Pelajar), alumni@utmspace.edu.my (Alumni)

Aduan/Maklumbalas Pelajar