Aktiviti Alumni
2023
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 10/2023 : PEKERJAAN ; KEPERLUAN AMALAN KESELAMATAN
28 November 2023 – UTMSPACE telah menganjurkan Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 10/2023. Program ini juga diadakan pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang yang disiarkan secara langsung di FB UTMSPACE dan Webex. Wacana ini telah disampaikan oleh Alumni UTM iaitu Pn. Farhana binti Ghazi merupakan Pengurus HSE di Velesto Energy Bhd. Beliau juga dianugerahkan Diploma Pengurusan Teknologi, 2007, UTM dan Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi), 2013, UTM.
Jom tonton semula Forum Inspirasi Pelajar di link berikut https://fb.watch/oBkKqNHTAF/
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 9/2023 : PENGURUSAN PROJEK DI TAPAK PEMBINAAN
14 November 2023 – UTMSPACE telah menganjurkan Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 9/2023. Program ini juga diadakan pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang yang disiarkan secara langsung di FB UTMSPACE dan Webex. Wacana ini telah disampaikan oleh Alumni UTMSPACE iaitu En. Muhammad Shahrizan Bin Abdul Malik merupakan Pengarah di HSC Engineering Sdn. Bhd. Beliau juga dianugerahkan Diploma Eksekutif Dalam Pengurusan Projek Pembinaan pada tahun 2017.
Jom tonton semula Forum Inspirasi Pelajar di link berikut https://fb.watch/oiVkaVad-j/
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
PROGRAM SANTAI PELAJAR DAN ALUMNI 2023 (PROSPA 2023)
21 Oktober 2023 – UTMSPACE telah menganjurkan Program Santai Pelajar Dan Alumni 2023 yang telah menerapkan tiga intipati utama iaitu Kaunter Sumber Pembelajaran, Forum Inspirasi Pelajar dan Sesi Boling Santai. Program ini juga diadakan pada jam 10.00 Pagi sehingga 4.00 Petang bertempat di Dewan Seminar UTMSPACE, Residensi UTM KL dan Pusat Boling Residensi UTM KL.
Jom tonton semula Forum Inspirasi Pelajar di link berikut https://fb.watch/nRCYtsrh6M/
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 8/2023 ; KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN KEJURUTERAAN
26 September 2023 – UTMSPACE telah menjemput En. Muhammad Amin Bin Ahmad Zakiyuddin yang merupakan Pengurus dari Kumpulan Ikhtiasa Projek Sdn. Bhd. untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex dalam program UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 8/2023. Program ini telah dihadiri seramai 38 orang penonton secara atas talian. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) (2018) UTM. Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang sehingga 4 petang.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/nieiMEmqBy/
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 7/2023 ; MELAHIRKAN JURUUKUR BAHAN (QS) PROFESIONAL
29 Ogos 2023 – UTMSPACE telah menjemput Sr Mohd Hazwan Shah Bin Alias yang merupakan Juruukur Bahan dari Jurutera Perunding Zaaba Sdn. Bhd. untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex dalam program UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 7/2023. Program ini telah dihadiri seramai 75 orang penonton secara atas talian. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Ukur Bahan (2015) UTM. Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang sehingga 4 petang.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/mJkVuLiyW2/
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 6/2023 ; JURUTERA PROFESIONAL : BERSEDIAKAH ANDA
18 Julai 2023 – UTMSPACE telah menjemput Ir. Dr. Mohd Ariffuddin Bin Kamari yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan dari Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex dalam program UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 6/2023. Program ini telah dihadiri seramai 46 orang penonton secara atas talian. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) (2008) UTM. Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang sehingga 4 petang.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/lR_I9gIeTR/
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 5/2023 : PERSEDIAAN KE ALAM KEJURUTERAAN
27 Jun 2023 – UTMSPACE telah menjemput Ts. Wan Habib Bin Wan Hamdan yang merupakan Ketua Projek Khas dari Rimbun Group Sdn. Bhd. untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex dalam program UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 5/2023. Program ini telah dihadiri seramai 42 orang penonton secara atas talian. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) (2017) UTM. Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang sehingga 4 petang.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/lqpfA3XucR/
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 4/2023 : IMPLEMENTASI BIM DALAM DISIPLIN ARKITEKTUR
30 Mei 2023 – UTMSPACE telah menjemput Pn. Nurfatehah binti Noor Rashid yang merupakan BIM Specialist dari Wiley Global Services Sdn. Bhd. untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex dalam program UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 4/2023. Program ini telah dihadiri seramai 60 orang penonton secara atas talian. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Senibina (2012) UTM. Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang sehingga 4 petang.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kShZicgOui/
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 3/2023 : KENALI POTENSI INDUSTRI MEKANIKAL
UTMSPACE telah menjemput Ir. Mahzan bin Teh, Pengarah, Bahagian Pengurusan Strategik, MARA untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex dalam program UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 2/2023. Program yang disampaikan adalah berkait rapat dengan isu semasa mengenai pendidikan TVET. Program ini telah dihadiri seramai 287 penonton secara atas talian. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Sains Kejuruteraan (Instruktur & Kawalan) (2001). Program ini telah berlangsung pada 28 Februari 2023 jam 10 pagi.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/iZd7hPtDHf/
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 2/2023 : MENJANA PEMBANGUNAN PROGRAM TVET
UTMSPACE telah menjemput Ir. Mahzan bin Teh, Pengarah, Bahagian Pengurusan Strategik, MARA untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex dalam program UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 2/2023. Program yang disampaikan adalah berkait rapat dengan isu semasa mengenai pendidikan TVET. Program ini telah dihadiri seramai 287 penonton secara atas talian. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Sains Kejuruteraan (Instruktur & Kawalan) (2001). Program ini telah berlangsung pada 28 Februari 2023 jam 10 pagi.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/iZd7hPtDHf/
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 1/2023 : REKA BENTUK AUTOMOTIF PRODUK PLASTIK
UTMSPACE telah menjemput Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Amran bin Md Ali, Prof. Madya dan penyelidik dari UTeM untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Beliau telah berkongsi mengenai idea dan cabaran ilmu automotif kepada penonton. Penceramah juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) (2003). Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang bersamaan 31 Januari 2023.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kqYRyrywrG/
2022
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 11/2022 : PENGURUSAN KUALITI AIR
UTMSPACE telah menjemput Ts. ChM. Al-Malek Fahd bin Abdul Hamid, Pengurus Kualiti Air dari Syarikat Air Terengganu untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Beliau telah bersedia untuk memberikan input mengenai kualiti air yang menjadi sumber utama kepada kehidupan harian manusia dan muka bumi. Soal jawab antara penonton dan penceramah juga berlangsung dalam program kali ini. Penceramah juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) (2011). Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang bersamaan 13 Disember 2022.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kr03lL5Vrt/
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 10/2022 : REKA BENTUK KERJA SIVIL
UTMSPACE telah menjemput Ir. Ts. Akhtar Nurfitri bin Mat Zain, Jurutera Awam dari Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Program yang disampaikan merupakan iltizam penceramah untuk berkongsi model terkini kerja sivil yang boleh diadaptasi dalam kerja kursus pelajar. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) (2011). Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang bersamaan 29 November 2022.
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 9/2022 : BEKERJAYA DALAM INDUSTRI HARTANAH
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kq-UcVnuHT/
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 8/2022 : KESIAPSAGAAN MENGHADAPI BANJIR
UTMSPACE telah menganjurkan Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 8/2022 pada 16 Ogos 2022 jam 3.00 petang. Pada sesi ini, Alumni UTM program Separuh Masa telah dijemput untuk memberikan perkongsian mengenai topik Kesiapsagaan Menghadapi Banjir. En. Azren Khalil merupakan Alumni UTM yang bergraduasi pada tahun 1998 dengan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Beliau kini bertugas sebagai Pengarah di Pusat Ramalan Amaran Dan Banjir Negara, JPS dengan kepakaran dalam bidang projek kejuruteraan tebatan banjir negara.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kqZ-wCuoej/
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 7/2022 : PENGURUSAN OPERASI DAN KEJURUTERAAN REL DI MALAYSIA
UTMSPACE telah menjemput Ir. Dr. Mohd Firdaus bin Mohamad Idris, Jurutera Kanan di Malaysia Railway Industry untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Ir. Dr. Firdaus telah memberikan perkongsian mengenai topik berkaitan kejuruteraan rel. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program separuh masa Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) yang bergraduasi pada tahun 2011. Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang bersamaan 19 Julai 2022.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kqZUvxk0lW/
UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 6/2022 : KESEDARAN KESELAMATAN SIBER, DI MANA KITA ?
UTMSPACE telah menganjurkan Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 6/2022 pada 21 Jun 2022 jam 3.00 petang. Pada sesi ini, Alumni UTM program Separuh Masa telah dijemput untuk memberikan perkongsian mengenai topik Keselamatan Siber. Dr. Syaril Nizam Omar merupakan Alumni UTM yang bergraduasi pada tahun 2005 dengan Sarjana Muda Sains (Komputer). Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di USIM dengan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kqZN5EJ4OW/
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 5/2022 : REBUT PELUANG DALAM ERA DIGITALISASI
UTMSPACE telah menjemput En. Azman Ali M.Habib Rahman yang merupakan Alumni UTM Separuh Masa Sarjana Muda Sains Komputer (2005) bagi berkongsi mengenai topik Era Digitalisasi dalam Sesi UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 5/2022. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cube Global Sdn. Bhd. Program ini telah berlangsung pada 17 Mei 2022 jam 3.00 petang secara atas talian melalui FB Live UTMSPACE dan Webex Live.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kqZDFQ3XL_/
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 4/2022 : Cabaran Pembangunan Perumahan di Malaysia
UTMSPACE telah menjemput Ar. Baderulzaman bin Samah, Prinsipal, Baderulzaman Architect untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Ar. Baderulzaman telah memberikan perkongsian mengenai topik pembanguna perumahan. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program separuh masa Sarjana Muda Senibina (2005). Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang bersamaan 26 April 2022.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kqZv-O4ojx/
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 3/2022 : Ada apa dengan Industri Ukur
UTMSPACE telah menjemput Sr. Azhar bin Husain yang merupakan Alumni UTM Separuh Masa Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik) (2012) bagi berkongsi mengenai topik Ada Apa Dengan Industri Ukur dalam Sesi UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 3/2022. Beliau kini bertugas sebagai Pengarah Urusan di Azhar Ukur Sdn. Bhd. Dalam lapangan NGO, beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) sebagai Setiausaha Agung. Program ini telah berlangsung pada 15 Mac 2022 jam 3.00 petang secara atas talian melalui FB Live UTMSPACE dan Webex Live.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kqZogmD9MG/
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 2/2022 : Realiti Teknologi Terkini
UTMSPACE telah menjemput Encik Zulkefle bin Idris yang merupakan Alumni UTM Separuh Masa Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) (2012) bagi berkongsi mengenai topik Realiti Teknologi Terkini dalam Sesi UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 2/2022. Beliau kini bertugas sebagai Ketua Operasi di Teras Teknologi Sdn. Bhd. Program ini telah berlangsung pada 15 Februari 2022 jam 3.00 petang secara atas talian melalui FB Live UTMSPACE dan Webex Live.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kqZeCjA9ye/
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 1/2022 : Konsep Kejuruteraan Dalam Perancangan Pewarisan
Bagi sesi tahun 2022, UTMSPACE telah mengubah konsep Wacana Ilmu berlatar belakangkan perkongsian industri. UTMSPACE telah menjemput Encik Zulhazmi bin Elias yang merupakan Alumni UTM Separuh Masa Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) (2007) bagi berkongsi mengenai topik Konsep Kejuruteraan Dalam Perancangan Pewarisan dalam Sesi UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 1/2022. Beliau kini bertugas sebagai Ketua Perunding di My Pusaka Sdn. Bhd. Program ini telah berlangsung pada 25 Januari 2022 jam 3.00 petang secara atas talian melalui FB Live UTMSPACE dan Webex Live.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kqZ5HyFiXo/
blank
PROGRAM JELAJAH ALUMNI UTMSPACE 2022 ZON SABAH
Program Jelajah Alumni UTMSPACE 2022 Zon Sabah telah diadakan pada 24 September 2022 di Hotel Klagan, Kota Kinabalu yang berlangsung pada 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang. 18 orang Alumni UTM (program Separuh Masa) telah hadir bagi mengetahui mengenai halatuju hubungan Alumni dan UTMSPACE. Pelantikan perwakilan Alumni Zon Sabah juga telah diadakan bagi mewujudkan kerjasama berterusan antara Alumni dan UTMSPACE.
PROGRAM JELAJAH ALUMNI UTMSPACE 2022 ZON SARAWAK
Program Jelajah Alumni UTMSPACE 2022 Zon Sarawak telah diadakan pada 25 September 2022 di Hotel Continental, Kuching yang berlangsung pada 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang. 11 orang Alumni UTM (program Separuh Masa) dan 6 orang Alumni UTM (program Sepenuh Masa) telah hadir bagi mengetahui mengenai halatuju hubungan Alumni dan UTMSPACE. Pelantikan perwakilan Alumni Zon Sarawak juga telah diadakan bagi mewujudkan kerjasama berterusan antara Alumni dan UTMSPACE.
PROGRAM JELAJAH ALUMNI UTMSPACE 2022 ZON UTARA
Program Jelajah Alumni UTMSPACE 2022 Zon Utara telah diadakan pada 15 Oktober 2022 di Hotel Neo, Pulau Pinang yang berlangsung pada 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang. 17 orang Alumni UTM (program Separuh Masa) telah hadir bagi mengetahui mengenai halatuju hubungan Alumni dan UTMSPACE. Pelantikan perwakilan Alumni Zon Utara juga telah diadakan bagi mewujudkan kerjasama berterusan antara Alumni dan UTMSPACE.
PROGRAM JELAJAH ALUMNI UTMSPACE 2022 ZON TIMUR
Program Jelajah Alumni UTMSPACE 2022 Zon Timur telah diadakan pada 5 November 2022 di Hotel Rocana, Kuantan yang berlangsung pada 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang. 16 orang Alumni UTM (program Separuh Masa) telah hadir bagi mengetahui mengenai halatuju hubungan Alumni dan UTMSPACE. Pelantikan perwakilan Alumni Zon Timur juga telah diadakan bagi mewujudkan kerjasama berterusan antara Alumni dan UTMSPACE.
PROGRAM JELAJAH ALUMNI UTMSPACE 2022 ZON TENGAH
Program Jelajah Alumni UTMSPACE 2022 Zon Tengah telah diadakan pada 5 November 2022 di Bilik Seminar, Residensi UTM KL yang berlangsung pada 12.00 tengah hari sehingga 2.30 petang. Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE juga telah memberikan ucapan penutup bagi Program Jelajah Alumni UTMSPACE 2022. 33 orang Alumni UTM (program Separuh Masa) telah hadir bagi mengetahui mengenai halatuju hubungan Alumni dan UTMSPACE. Pelantikan perwakilan Alumni Zon Tengah juga telah diadakan bagi mewujudkan kerjasama berterusan antara Alumni dan UTMSPACE.
2021
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 9/2021 :Menjana Kepimpinan Bakat Muda
UTMSPACE telah menjemput Encik Nasserruddeen Khan bin Nordin yang merupakan Alumni UTM bagi program Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) (2020) bagi berkongsi mengenai topik Menjana Kepimpinan Bakat Muda dalam Sesi UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 9/2021. Beliau kini bertugas sebagai Felo Perdana di Kementerian Pengangkutan Malaysia. Program ini telah berlangsung pada 21 Disember 2021 jam 3.00 petang secara atas talian melalui FB Live UTMSPACE dan Webex Live.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kr2HNEFTti/
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 8/2021 :Cemerlang Akademik dan Cemerlang Kerjaya
UTMSPACE telah menjemput Encik Yohanis Aching, Pengurus Besar, Zilicon Teguh untuk memberikan perkongsian kepada warga UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (2019). Program ini telah berlangsung pada 23 November 2021 jam 3.00 petang.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kr2x8c8TtF/
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 7/2021 : Cakna Kebajikan Sosial
UTMSPACE telah menjemput Alumni UTM bagi memberikan ceramah berkaitan kebajikan sosial dengan topik Cakna Kebajikan Sosial. Cik Nurul Zahrawaini binti Mohamad Nordan melalui program Diploma Pengurusan Teknologi UTM telah diundang sebagai penceramah bagi Siri 7/2021. Program ini telah berlangsung pada 5 Oktober 2021 jam 3.00 petang. Beliau telah bergraduasi dengan jayanya pada tahun 2011 melalui program Sepenuh Masa UTM. Beliau juga kini bertugas sebagai Pengarah di Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Zon Selatan. Beliau telah memberikan perkongsian mengenai isu kebajikan melibatkan masyarakat dan solusi untuk penyampaian bantuan kepada masyarakat khususnya pelajar serta golongan yang tidak berkemampuan.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kr2bQqQG6Y/
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 6/2021: Kebolehpasaran Graduan Pasca Covid-19
UTMSPACE telah menjemput Alumni UTM bagi memberikan ceramah berkaitan Kebolehpasaran Graduan Pasca Covid-19. Dr. Mohammad Nizam Sarkawi melalui program Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) UTM telah diundang sebagai penceramah bagi Siri 7/2021. Program ini telah berlangsung pada 14 September 2021 jam 3.00 petang. Beliau telah bergraduasi dengan jayanya pada tahun 2003 melalui program Separuh Masa UTM. Beliau juga kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kr1-1F8pxB/
Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 5/2021 : Langkah Demi Langkah Ke Kontraktor Binaan
UTMSPACE telah menjemput Encik Mohammad Zunaidi bin Anuar, Pengarah Urusan, Mzek Services Sdn. Bhd. untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (2001). Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang bersamaan 17 Ogos 2021.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kr1HdvzIrA/
Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 4/2021: Antara Kerjaya & Pengetahuan
UTMSPACE telah menjemput Encik Rahsidi Sabri bin Muda, Ketua (Sivil & Geoinformatik) TNB Research Sdn. Bhd. untuk memberikan perkongsian kepada warga UTM/UTMSPACE menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Diploma Kejuruteraan Awam (2008) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (2018). Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang bersamaan 27 Julai 2021.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kr1teU2zpV/
Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 3/2021: Dari UTM ke Arab Saudi
UTMSPACE telah menjemput Encik Mohd Fadzli bin Ramli, Penyelia Depot & Peralatan Bengkel Project Metro Riyadh, Arab Saudi untuk memberikan perkongsian kepada pelajar menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Diploma Kejuruteraan Elektronik (2003). Program ini telah berlangsung pada jam 3 petang bersamaan 15 Jun 2021.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kr16OF13nF/
Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 2/2021: Kehidupan Harian di Bulan Ramadhan
Sempena Ramadan Al-Mubarak 2021 bersamaan 20 April 2021, UTMSPACE telah menjemput Alumni UTM bagi memberikan ceramah berkaitan Kehidupan Harian Di Bulan Ramadan. Dr. Fazlulaini bt. Mohd Yunus (Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM) telah diundang sebagai penceramah bagi Siri 2/2021. Beliau telah bergraduasi dengan jayanya pada tahun 2003 melalui program Separuh Masa UTM. Beliau juga kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Kanan di Institut Latihan Islam Malaysia.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kr0Z09o1sK/
Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 1/2021
UTMSPACE telah menjemput Encik Azarin bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif ZNA Holdings Sdn. Bhd. untuk memberikan perkongsian kepada pelajar menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah (1994) dan Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (2005). Program ini telah berlangsung pada 3 Mac 2021 jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
Jom tonton semula Wacana Ilmu di link berikut https://fb.watch/kr0w8NS_cv/
2020
Jangan delete tab ni
jangan letak content disini
Sesi Perkongsian Alumni UTMSPACE
Tarikh : 14 Disember 2020
Tempat : Studio UTMSPACE, Johor Bahru
Masa : 10.00 pagi
Program perkongsian Alumni telah diadakan secara langsung menerusi FB Live UTMSPACE dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Jelani bin Ramly selaku Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah. Beliau juga merupakan Alumni UTM Separuh Masa bagi program Sarjana Muda Sains Pengurusan Harta Tanah (2000).
Wacana Ilmu Bersama Alumni
Tarikh : 3 Mac 2021
Masa : 3.00 petang
UTMSPACE telah menjemput Encik Azarin bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif ZNA Holdings Sdn. Bhd. untuk memberikan perkongsian kepada pelajar menerusi FB Live UTMSPACE dan Webex. Beliau juga merupakan Alumni UTM bagi program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah (1994) dan Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (2005).
Perjumpaan Rasmi Bersama Rakan Kerjasama antara Alumni dan UTMSPACE - 13 Sep 2020
Tarikh : 13 September 2020
Tempat : Secara Atas Talian
Masa : 12.30 tengah hari
Penglibatan :
- Prof. Madya Sr Dr. Zakaria bin Mohd Yusof (Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat, UTMSPACE)
- Muhammad Zuhairi Asyraf bin Khalid (Eksekutif, UTMSPACE)
- Cik Che Aliah Norhafizah binti Zainal Abidin (Pembantu Tadbir, UTMSPACE)
- Puan Siti Aishah Alet (Ketua Pegawai Eksekutif, Triple A Training)
- En. Azmi Shahrin (Pengurus Pasukan Ceramah, Triple A Training)
Perkara yang dibincangkan mengenai permohonan Triple A Training untuk menjadi Rakan Kerjasama UTMSPACE dalam penganjuran kursus dan Sijil Profesional serta kerjasama Triple A Training dan UTMSPACE dalam Sijil Profesional Pengurusan Inventori dan Sijil Profesional Microsoft.
Perjumpaan Rasmi Bersama Rakan Kerjasama antara Alumni dan UTMSPACE- 19 Ogos 2020
Tarikh : 19 Ogos 2020
Tempat : UTMSPACE Kuala Lumpur
Masa : 2.30 petang
Perbincangan antara UTMSPACE dan PERHEBAT telah diadakan bagi mewujudkan kolobrasi penawaran pembelajaran sepanjang hayat. UTMSPACE diwakili oleh Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurus Besar Pusat Pendidikan Berterusan, manakala PERHEBAT diketuai oleh En. Sazali bin Puteh Mahadi, Pengarah Kanan Bahagian Pengajian Binaan PERHEBAT yang juga merupakan Alumni UTM.
Lawatan Rasmi Ke Institut MKRS
Tarikh : 19 Ogos 2020
Tempat : Institut MKRS , Kajang
Masa : 10.00 pagi
Lawatan rasmi UTMSPACE ke Institut MKRS (anak syarikat MKRS Group Sdn. Bhd.) yang diketuai oleh Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE bagi membincangkan halatuju kerjasama pembelajaran sepanjang hayat antara UTMSPACE dan MKRS.
Perbincangan Rakan Kerjasama Alumni UTM dan UTMSPACE, Universiti Teknologi Malaysia
Tarikh : 17 Oktober 2020
Masa : 11 pagi
Perbincangan secara atas talian telah berlangsung pada 17 Oktober 2020 antara Unit Perhubungan Alumni UTMSPACE yang diketuai oleh Pengarah Pendidikan Berterusan UTMSPACE, Prof. Madya Sr Dr. Zakaria bin Mohd Yusof dan Alumni UTM, YB Hamizan bin Hassan selaku EXCO Negeri Perlis. Perbincangan demi merapatkan semula hubungan Alumni dan UTMSPACE selain perbincangan pembangunan kursus sepanjang hayat kepada rakyat negeri Perlis.
Alumni Kini Bergelar Wakil Rakyat
Perbincangan Rakan Kerjasama antara Alumni UTM dan UTMSPACE, Universiti Teknologi Malaysia
Perbincangan Rakan Kerjasama antara Alumni UTM dan UTMSPACE, Universiti Teknologi Malaysia
Tarikh : 5 Mac 2020
Tempat : Saujana Resort, Shah Alam
Masa : 12.00 tengah hari
Perbincangan antara MKRS Group Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Pengarah Urusan MKRS Group Sdn. Bhd. iaitu Dato’ Mohamad Ridza bin Illias (Alumni SPACE, UTM) dan UTMSPACE yang diketuai oleh Prof. Madya Sr Dr. Zakaria bin Mohd Yusof. |
Lawatan Rasmi dan Perbincangan Rakan Kerjasama antara Alumni UTM dan UTMSPACE, Universiti Teknologi Malaysia
Lawatan Rasmi dan Perbincangan Rakan Kerjasama antara Alumni UTM dan UTMSPACE, Universiti Teknologi Malaysia
Tarikh : 2 Februari 2020
Tempat : UTMSPACE Kuala Lumpur
Masa : 11.00 pagi
En. Ulil Zukhairi bin Che Ali (Alumni UTM), Pengarah Maju Karisma Enterprise telah hadir ke pejabat UTMSPACE Kuala Lumpur. Perbincangan dipengerusikan oleh Prof. Madya Sr. Dr. Zakaria bin Mohd Yusof, Pengarah Pendidikan Berterusan UTMSPACE.
Tarikh : 2 Februari 2020
Tempat : UTMSPACE Kuala Lumpur
Masa : 2.00 petang
Perbincangan antara En. Arwan Aziz dari Wan Training HRD bersama UTMSPACE.
Wakil UTMSPACE iaitu Prof. Madya Sr. Dr. Zakaria bin Mohd Yusof menerima naskah buku Syoknya Kerja Kita dari Wan Training HRD sebagai simbolik kerjasama berterusan antara Alumni dan UTMSPACE.
2019
blank
MESYUARAT BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON SELATAN
Johor Bahru- Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE telah mengadakan Mesyuarat Bersama Alumni UTMSPACE Zon Selatan pada 11 Julai 2019 (Khamis). Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif 2, UTMSPACE Johor Bahru. Mesyuarat juga telah dipengerusikan oleh Ybrs. Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus selaku Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni, SPACE. Mesyuarat kali ini juga telah mengundang Pengerusi Ahli Jawatankuasa Alumni UTMSPACE Zon Selatan iaitu Encik Mohd Azhar Bin M.Arsad.
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA INDUK ALUMNI UTMSPACE 2019
Kuala Lumpur – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Alumni UTMSPACE telah diadakan pada 27 Julai 2019 (Sabtu) bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Residensi UTMKL, UTMSPACE Kuala Lumpur. Mesyuarat juga dipengerusikan oleh Ybrs. Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus selaku Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni, SPACE.
blank
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON SELATAN
Johor Bahru – Telah berlangsung perjumpaan bersama antara Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE dan Alumni UTMSPACE Zon Selatan pada 27 April 2019. Majlis diadakan pada jam 2 petang – 4 petang di Dewan Kuliah, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah UTM Johor Bahru. Untuk makluman, majlis ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE. Pertemuan merupakan inisiatif UTMSPACE untuk merapatkan kembali hubungan secara berterusan antara Alumni dan UTMSPACE. Majlis turut diserikan dengan sedikit perkongsian oleh Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus. Tahniah kepada alumni yang hadir dan memberikan sokongan kepada UTMSPACE.
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON SABAH
Kota Kinabalu – Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE meneruskan penjelajahan ke Kota Kinabalu Sabah untuk bertemu dengan Alumni UTMSPACE yang menetap di Sabah. Kali ini, pertemuan diadakan di Deco Café & Grill, Horizon Hotel, Kota Kinabalu pada 15 Jun 2019 bermula jam 2 petang – 4 petang. Riang dan gembira Alumni Sabahan apabila dapat bertemu semula. Majlis dilengkapkan dengan perkongsian Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus Tahniah diucapkan kepada mereka yang hadir dan memberikan sokongan kepada UTMSPACE.
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON SARAWAK
Kuching – Jelajah diteruskan ke bumi Sarawak. Pertemuan antara Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE bersama Alumni UTMSPACE yang menetap di Sarawak telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Jun 2019. Kali ini, Dewan Majlis, Hotel Dormani, Kuching dipilih sebagai hos bagi menjayakan majlis ini. Pertemuan ini diadakan seawal jam 9 pagi sehingga 11 pagi. Majlis dijayakan lagi dengan perkongsian Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus Tahniah kepada Alumni UTMSPACE Zon Sarawak yang hadir memberikan sokongan kepada UTMSPACE. Diharap hubungan berterusan terus terjalin antara Alumni dan UTMSPACE.
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON UTARA
Butterworth – Telah berlangsung perjumpaan bersama antara Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE dan Alumni UTMSPACE Zon Utara pada 22 Jun 2019. Majlis diadakan pada jam 2 petang – 4 petang di Grand View 6, Hotel De’ Garden, Butterworth, Pulau Pinang. Untuk makluman, majlis ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE. Pertemuan merupakan inisiatif UTMSPACE untuk merapatkan kembali hubungan secara berterusan antara Alumni dan UTMSPACE. Majlis turut diserikan dengan sedikit perkongsian oleh Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus. Tahniah kepada alumni UTMSPACE Zon Utara yang hadir dan memberikan sokongan kepada UTMSPACE.
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON TENGAH
Kuala Lumpur – Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE meneruskan penjelajahan ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Alumni UTMSPACE Zon Tengah yang menetap di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan selatan Perak. Kali ini, pertemuan diadakan di Dewan Banquet Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur pada 23 Jun 2019 bermula jam 2 petang – 4 petang. Riang dan gembira Alumni Sabahan apabila dapat bertemu semula bersama pensyarah dan rakan-rakan sekuliah. Majlis dilengkapkan dengan perkongsian Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus. Tahniah diucapkan kepada mereka yang hadir dan memberikan sokongan kepada UTMSPACE.
MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI UTMSPACE ZON TIMUR
Kuala Terengganu – Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni UTMSPACE meneruskan penjelajahan ke Kuala Terengganu untuk bertemu dengan Alumni UTMSPACE Zon Timur yang menetap di kawasan Terengganu, Kelantan dan Pahang. Perjumpaan kali ini diadakan di Dewan Seminar, Noor Arfa Craft Complex, Kuala Terengganu pada 28 Jun 2019 bermula jam 3 petang sehingga 5 petang. Riang dan gembira Alumni yang berada di Zon Timur apabila dapat bertemu semula bersama pensyarah dan rakan-rakan sekuliah. Majlis dilengkapkan dengan perkongsian Ybrs. Timbalan Pengerusi Pengurusan Kualiti Dan Alumni SPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus. Tahniah diucapkan kepada mereka yang hadir dan memberikan sokongan kepada UTMSPACE. Pelantikan Jawatankuasa Alumni UTMSPACE Zon Timur turut dijalankan dengan jayanya.
Hubungi Kami
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Tel : 03 – 2728 6570/6571/6555 (Kuala Lumpur) / 07-531 8027 (Johor Bahru) / 07-531 6022 (Alumni)
HP : 013 – 274 2012 / 017 – 377 2077 / 013 – 277 7214
Emel : hepspace@utmspace.edu.my (Hal Ehwal Pelajar), alumni@utmspace.edu.my (Alumni)