Dermasiswa merupakan salah satu inisiatif bantuan yuran pengajian kepada pelajar SPACE UTM yang cemerlang dan berkelayakan. Bantuan yuran pengajian ini adalah menggunakan dana daripada Tabung Endowmen UTMSPACE.

Pemberian dermasiswa ini adalah satu bukti keprihatinan UTMSPACE terhadap kebajikan para pelajar. Pada kali ini, seramai 26 pelajar telah terpilih untuk mendapatkan Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Penyampaian Dermasiswa Tabung Endowmwn UTMSPACE Sesi II bagi tahun 2024 telah diadakan pada 26 Jun 2024. Majlis ini telah berlangsung secara dalam talian melalui aplikasi webex dan turut dipancarkan melalui Facebook rasmi UTMSPACE. Pada majlis ini, seramai 8 orang pelajar program Asasi, 4 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa dan 14 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa telah menerima Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE merangkap Dekan SPACE UTM telah Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali telah berbesar hati untuk meluangkan masa bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. UTMSPACE mengucapkan tahniah kepada semua penerima Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE. Berusahalah untuk mengekalkan kecemerlangan dan gunakalah kelebihan serta pemberian ini sebaik mungkin untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.