8 JUN, JAKARTA – Lima kumpulan yang terdiri daripada 16 orang pelajar UTM telah berjaya memenangi pertandingan inovasi produk bersempena dengan Atma Jaya Business & Innovation Expo yang berlangsung di Atma Jaya Catholic University, Jakarta, Indonesia.
Pemenang bagi pertandingan inovasi terbaik tersebut adalah seperti berikut:
Tempat pertama, IDR2,500,000:
– InnoSpace (pelajar International Business UTMSPACE)
Tempat kedua, IDR1,500,000:
– Argenta (pelajar UNIKA Atma Jaya)
Tempat ketiga, IDR1,000,000:
– LoraPacer (pelajar Fakukti Komputeran, UTM)
Tempat keempat, IDR500,000:
– RenovApp (pelajar Fakulti Komputeran, UTM)
Tempat kelima, IDR450,000:
– PrinTEX (pelajar Fakulti Komputeran, UTM)
Pembentang terbaik, IDR300,000:
– Portable Kettle (pelajar Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM)
Tahniah kepada semua pemenang dan semoga bakat serta peluang yang diperoleh ini dapat meningkatkan peluang kebolehpasaran graduan. Diharap para pelajar juga dapat meluaskan jaringan hubungan dan kerjasama yang erat antara Indonesia dan Malaysia pada masa hadapan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada UTMSPACE, pihak Universitas Katolik Atma Jaya, para pensyarah/ mentor/ penasihat dan semua pelajar yang terlibat atas komitmen yang diberikan.