☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

12 September 2026 – Majlis Eksklusif Reuni Alumni (MESRA) SPACE UTM Zon Utara telah berjaya dilaksanakan bertempat di Hotel Neo, Pulau Pinang dengan penyertaan seramai 20 orang Alumni. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara Alumni dan SPACE UTM serta menyediakan platform perkongsian pengalaman, maklumat dan peluang kerjasama.

Pelaksanaan program merangkumi sesi perkongsian terkini mengenai SPACE UTM, dialog bersama Dekan dan aktiviti jaringan profesional yang mendapat sambutan positif daripada Alumni. Secara keseluruhannya, program telah mencapai objektif yang ditetapkan dan berjaya meningkatkan penglibatan Alumni dalam aktiviti anjuran SPACE UTM.

Maklum balas yang diterima akan digunakan bagi menambah baik pelaksanaan program pada masa akan datang.

oplus_34

UTM Open Day