☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

26 September 2026 – Majlis Eksklusif Reuni Alumni (MESRA) SPACE UTM Zon Timur telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 25 orang Alumni dan wakil industri daripada pelbagai sektor. Majlis ini juga diadakan di Hotel Rocana, Kuantan. Program ini menjadi platform pertemuan yang mengeratkan hubungan silaturahim serta memperluas jaringan profesional dalam kalangan Alumni dan SPACE UTM.

Pelbagai sesi interaktif telah dijalankan bagi membolehkan Alumni berkongsi pengalaman, idea serta pandangan berhubung pembangunan kerjaya dan peluang kerjasama. Sesi dialog bersama Dekan SPACE UTM juga berjalan dengan baik bagi mendapatkan maklum balas Alumni mengenai pembangunan UTM dan SPACE UTM khususnya. Sambutan yang diterima membuktikan komitmen Alumni untuk terus menyumbang kepada pembangunan komuniti dan organisasi.

Program ini diakhiri dengan sesi jaringan yang memberi peluang kepada peserta membina hubungan baharu serta mengukuhkan kerjasama sedia ada.

UTM Open Day