Bahagian Hal Ehwal dan Alumni (BHEPA) UTMSPACE telah menerima pemakluman tentang kebakaran rumah sewa seorang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa. CHINTU MAGESWARI DEVI A/P SHANMUGAM yang merupakan pelajar program Sarjana Muda Sians Komputer (Kejuruteraan Perisian) Dengan Kepujian telah diuji dengan musibah kebakaran rumah sewa. Kebakaran tersebut berlaku pada 6 November 2024 pada jam 1:15 pagi di rumah beralamat Kiara Residensi 2, Bukit Jalil telah memusakan keseluruhan bilik rumah sewa beliau. Kebakaran itu telah memusnahkan dokumen serta barangan peribadi beliau. Sehubungan dengan itu, pihak BHEPA sebagai wakil UTMSPACE telah mengunjungi pelajar di pejabat beliau untuk menyerahkan sedikit sumbangan daripada Tabung Endowmen UTMSPACE. Sumbangan tersebut telah di sampaikan oleh Pengurus Kanan BHEPA. Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan daripada pihak UTMSPACE terhadap kebajikan pelajar.