+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Di Mana Masa Depan Negara Dirangka: Syarahan Perdana Insan, Ilmu dan Industri

Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE UTM) telah menganjurkan Majlis Syarahan Perdana oleh YBhg. Prof. Adj. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir pada 29 Januari 2026, bertempat di Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.
Majlis ini diserikan dengan syarahan perdana bertajuk “Insan, Ilmu dan Industri: Agenda Masa Depan Negara” yang menekankan kepentingan pembangunan insan berteraskan nilai dan ilmu, pengukuhan ekosistem pendidikan tinggi, serta peranan strategik industri dalam memacu daya saing dan kemampanan negara.
Dalam majlis yang sama, Watikah Pelantikan Profesor Adjung turut disampaikan dan telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim, Naib Canselor UTM. Menurut YBrs. Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Dekan SPACE UTM, pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan UTM dan SPACE UTM dalam memperkukuh kolaborasi universiti–industri serta pemindahan ilmu berimpak tinggi demi pembangunan negara.
Intipati Utama syarahan YBhg. Prof. Adj. Tan Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir menegaskan bahawa masa depan pendidikan tinggi amat bergantung kepada tahap integrasi dan kerjasama strategik yang lebih kukuh antara universiti dan industri. Institusi pengajian tinggi perlu berkembang melangkaui peranan tradisional kepada rakan strategik yang aktif dalam menyumbang kepada inovasi, pembangunan tenaga kerja serta pengkomersialan hasil penyelidikan.
Pada masa yang sama, para pelajar perlu mengambil tanggungjawab membina kemahiran komunikasi yang berkesan, keupayaan mengurus pihak berkepentingan, kebolehan menyelesaikan masalah, serta ketahanan dan ketenangan dalam menghadapi situasi krisis. Ekosistem universiti–industri yang mampan merupakan kunci penting dalam memastikan daya saing negara dan kebolehpasaran graduan pada masa hadapan.
Majlis ini turut menghimpunkan barisan pengurusan universiti, warga akademik, wakil industri dan pelajar, sekali gus menjadi platform strategik dalam memperkasa wacana kepimpinan, pendidikan dan hala tuju masa depan industri negara.

UTM Open Day