23 Jun 2025 – Sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik dan meneroka peluang kolaborasi baharu, SPACE UTM telah mengadakan kunjungan hormat ke UTM XCITE. Lawatan ini diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Dekan SPACE, diiringi oleh Ts. Nik Maria binti Nik Mahamood, Timbalan Dekan (Pembangunan), serta wakil daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTMSPACE.
Delegasi SPACE UTM telah disambut mesra oleh Profesor Madya Dr. Syed Norris Hikmi bin Syed, yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Pusat Inovasi mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi (UTM XCITE). Perbincangan yang berlangsung memfokuskan kepada perkembangan semasa kedua-dua institusi, selain meneroka potensi kerjasama dalam bidang industri dan keusahawanan.
Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar menzahirkan komitmen SPACE UTM untuk terus memperkukuh jaringan strategik bersama UTM XCITE, sambil menyatakan harapan agar hubungan yang terjalin dapat terus diperkukuh dan diperluaskan pada masa hadapan.



