+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA TABUNG ENDOWMEN UTMSPACE SESI 1 2025

20 Mac 2025 – Seramai 53 orang pelajar cemerlang terpilih sebagai penerima Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE. Dermasiswa ini merupakan satu inisiatif daripada UTMSPACE bagi meringankan beban pelajar cemerlang yang layak berdasarkan kepada syarat yang telah ditetapkan. Penerima-penerima telah diumumkan di Majlis Penyampaian Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE Sesi 1 2025 yang telah diadakan secara dalam talian. Turut hadir dalam majlis tersebut, Prof. Ts Dr. Nazri bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE.

Dalam ucapan, beliau berpesan agar para penerima untuk berusaha meneruskan kecemerlangan dan mengekalkan keputusan cemerlang setiap semester. Beliau juga turut merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada para penyumbang Tabung Endowmen UTMSPACE kerana telah bersama-sama berganding bahu dengan UTMSPACE dalam memastikan kebajikan para pelajar terjamin. UTMSPACE mengucapkan tahniah kepada para penerima Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE Sesi 1 2025.