Johor Bahru, 12 Ogos 2025 — Seramai 1,433 pelajar menerima Kad Mahasiswa Pelajar (KPS) bagi Sesi I 2025/2026. Penerima terdiri daripada 578 pelajar Diploma dan 855 pelajar Asasi di bawah Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE).
Majlis penyerahan kad dilaksanakan di Dewan Peperiksaan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Pelaksanaan ini mendapat kerjasama petugas daripada Bahagian Keselamatan UTM, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UTM, dan UTMdigital.
Kad Mahasiswa Pelajar (KPS) berfungsi sebagai identiti rasmi pelajar dan merupakan medium akses kepada pelbagai kemudahan kampus termasuk sistem perpustakaan, pengangkutan, dan aktiviti pelajar. Inisiatif ini juga selaras dengan usaha universiti dalam memperkukuh sistem pengurusan pelajar secara digital dan berintegriti.