10 Ogos 2025 | Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Ke Kolej Kediaman kampus UTM Johor bagi program Diploma dan Asasi Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sesi 2025/2026.
Seramai 1,433 pelajar mendaftar pada sesi kali ini, terdiri daripada 578 pelajar Diploma dan 855 pelajar Asasi, termasuk 50 penerima tajaan PETRONAS.
Naib Canselor UTM, YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim turut berkesempatan melawat ke Kolej 9, Kolej 10 dan Kolej Tun Ghafar Baba bagi meninjau proses pendaftaran serta berinteraksi dengan para pelajar dan keluarga.
Turut bersama dalam lawatan tersebut, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTM, YBrs. Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, YBrs. Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM, YBrs. Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah binti Mat Darus, serta Dekan SPACE UTM, YBrs. Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar serta pengurusan kanan SPACE UTM.