+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Penyerahan Cenderahati Pelajar Asasi & Diploma Sem 2 2025/2026

Johor Bahru, 27 Januari 2026 – Seramai hampir 157 orang pelajar Program Asasi dan Diploma telah diraikan dalam Majlis Penyerahan Cenderahati yang berlangsung di UTMSPACE Johor Bahru dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Majlis ini diadakan sebagai simbol penghargaan dan tanda alu-aluan rasmi kepada para pelajar yang kini menjadi sebahagian daripada warga besar SPACE UTM. Setiap pelajar menerima cenderahati istimewa berupa T-shirt rasmi UTM, lanyard, botol air dan bekas makanan, sebagai lambang identiti serta kebersamaan dalam komuniti universiti.
Inisiatif ini bukan sekadar penyerahan cenderahati, malah mencerminkan komitmen berterusan SPACE UTM dalam memperkukuh pengalaman pelajar secara holistik. Ia juga bertujuan menyemai semangat kekitaan, membina jati diri mahasiswa serta mengukuhkan rasa bangga sebagai sebahagian daripada komuniti Universiti Teknologi Malaysia.
Melalui program seumpama ini, SPACE UTM terus komited memastikan setiap pelajar bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah turut merasai sokongan dan nilai kebersamaan yang menjadi tunjang kepada ekosistem pembelajaran yang progresif dan inklusif.

UTM Open Day