+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Perjumpaan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) Bersama Barisan Pengurusan SPACE UTM

14 Januari 2025- Satu perjumpaan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) bersama barisan pengurusan SPACE UTM telah berlansung di Bilik Mesyuarat Utama UTMSPACE Taman Universiti, UTMSPACE Johor Bahru dan Bilik Mesyuarat Lembaga UTMSPACE Kuala Lumpur. Program ini telah dijalankan secara fizikal dan secara dalam talian.

Pihak pengurusan telah diketuai oleh Dekan SPACE UTM Prof. Ts. Dr. Nazri bin ALI manakala Barisan MPP telah diketuai oleh Saudara  Phua Yu Cheng dan  Nurul Anis Sofiya Binti Zairul Hisam. Perjumpaan ini bertujuan memperkenalkan MPP Fakulti Space dan juga membentangkan persoalan dan isu- isu pelajar Space Johor Bahru & Kuala Lumpur kepada Pengurusan SPACE UTM.

Beberapa cadangan dan idea dari pihak MPP juga turut disuarakan dan mendapat perhatian daripada Dekan SPACE UTM antaranya ialah mewujudkan student lodge dan juga pemberian food   bank