Memperkasa Suara Mahasiswa, Memacu Aspirasi SPACE UTM
10 Februari 2026, Johor Bahru- Pertemuan Majlis Pewakilan Pelajar SPACE UTM dan Wakil Pelajar Bersama Pengurusana SPACE UTM berlangsung dalam suasana santai dan penuh keakraban. Pertemuan ini memberi ruang kepada para pelajar untuk beramah mesra, bertukar pandangan serta menyampaikan idea secara terus kepada barisan pengurusan tertinggi SPACE UTM. Pertemuan ini bertujuan untuk mengukuhkan komunikasi dua hala antara pelajar dan pengurusan, memahami keperluan serta aspirasi pelajar, serta memupuk semangat kolaborasi dalam memperkasa pengalaman akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.
Pelajar yang terlibat pada hari ini terdiri daripada wakil pelajar program Asasi, Diploma dan Ijazah, mencerminkan komitmen menyeluruh SPACE dalam memastikan setiap peringkat pengajian mempunyai suara dan peranan dalam pembangunan institusi.
Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Dekan SPACE; YBrs. Prof. Madya Dr. Kamaludin bin Mohamad Yusof, Timbalan Dekan Akademik; serta Ts. Nik Maria binti Mahamood, Timbalan Dekan Pembangunan.
Suasana yang harmoni dan terbuka ini membuktikan komitmen berterusan pihak pengurusan dalam memastikan setiap suara pelajar didengar dan dihargai demi kemajuan bersama.

