+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

SUMBANGAN BANTUAN KEWANGAN TABUNG ENDOWMEN UTMSPACE KEPADA PELAJAR.

22 Mei 2025 – UTMSPACE telah menyampaikan sumbangan kepada tiga orang pelajar yang menghadapi musibah. Penerima bantuan tersebut ialah Tai Yu Kang, pelajar Sarjana Muda Sepenuh Masa yang berhadapan dengan masalah kesihatan, Phua Ar Rong, pelajar Diploma Sepenuh Masa yang terlibat dalam kemalangan, serta Durgeshwari A/P V-Haskaran, pelajar Sarjana Muda Sepenuh Masa yang kehilangan ibu tersayang.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan UTMSPACE, Prof. Nazri Bin Ali, yang turut diiringi oleh Timbalan Dekan Pembangunan, Ts. Nik Maria binti Nik Mahammod. Keprihatinan ini mencerminkan usaha berterusan UTMSPACE dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajarnya, memastikan mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih tenang dan bermotivasi.