20 Mei 2025 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah menziarahi keluarga Allahyarham Jan Johari bin Ahmad Jasmi @ Ahmad Subahkhi yang telah meninggal dunia. Allahyarham merupakan pelajar separuh masa di SPACE UTM bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian dan telah kembali ke rahmatullah pada 2 Disember 2024.
Dalam sesi ziarah tersebut, sedikit sumbangan daripada pihak UTMSPACE telah diserahkan kepada keluarga Allahyarham. Sumbangan disampaikan oleh Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA).
Pihak UTMSPACE menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.