22 Mei 2025 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah menziarahi keluarga seorang pelajar program Sarjana Muda Separuh Masa yang telah meninggal dunia.
Mendiang Parvinthiran a/l Thanabalan, pelajar Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian, telah disahkan meninggal dunia pada 25 Disember 2024.
Dalam sesi kunjungan tersebut, Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan BHEPA yang mewakili UTMSPACE, telah menyampaikan sumbangan kebajikan Tabung Endowmen UTMSPACE kepada waris pelajar.
Pihak UTMSPACE menzahirkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada ahli keluarga serta kenalan mendiang. Didoakan agar mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.
