+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

SUMBANGAN KEBAJIKAN TABUNG ENDOWMEN UTMSPACE KEMATIAN PELAJAR

12 Ogos 2025 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) UTMSPACE telah mengadakan kunjungan ziarah ke kediaman keluarga Allahyarham Abdul Hayyu bin Abdul Kadir, pelajar program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian (Separuh Masa), SPACE UTM. Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 26 April 2025 akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kunjungan ini bertujuan menyampaikan ucapan takziah serta menyerahkan sumbangan khairat kematian daripada Tabung Endowmen UTMSPACE kepada waris Allahyarham. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA).
Pihak UTMSPACE merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.