22 Mei 2025 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni pada hari ini telah menyantuni pelajar sarjana muda separuh masa iaitu Mardhiah Nabilah Binti Mohamad Yusoff yang telah yang terlibat dalam k kemalangan jalan raya abru-baru ini.
Setakat hari ini, perkembangan kesihatan Mardhiah semakin baik. Dalam sesi lawatan tersebut, pihak BHEPA yang mewakili UTMSPACE turut menyerahkan sumbangan kebajikan kepada beliau sebagai tanda keprihatinan serta komitmen berterusan UTMSPACE dalam menjaga kebajikan para pelajarnya
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Pihak UTMSPACE mendoakan agar Saudari Mardhiah Nabilah Binti Mohamad Yusoff kembali pulih seperti sedia kala.