+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

SUMBANGAN KEBAJIKAN TABUNG ENDOWMEN UTMSPACE KEPADA PELAJAR YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

22 Mei 2025 – Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, telah menyerahkan sumbangan kebajikan Tabung Endowmen UTMSPACE kepada Saudari Zahiratul Husna binti Rafia Olhusni, yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sumbangan ini telah disampaikan semasa sesi lawatan menyantuni pelajar yang diadakan pada hari ini, sebagai tanda keprihatinan UTMSPACE terhadap kebajikan para pelajar. Zahiratul Husna terlibat dalam kemalangan tersebut pada 16 November 2024, ketika dalam perjalanan untuk menghadiri kelas bagi program Sarjana Muda Separuh Masa. Pihak UTMSPACE mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala.