21 Mei 2025 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah menerima makluman berkenaan kemalangan yang menimpa seorang pelajar program Sarjana Muda separuh masa SPACE UTM, Su Ding Yong, yang merupakan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian ,sewaktu dalam perjalanan menghadiri peperiksaan akhir semester pada 6 Februari 2025.
Sumbangan daripada Tabung Endowmen UTMSPACE ini telah disampaikan Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA). Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan daripada pihak UTMSPACE terhadap kebajikan pelajar.