+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

UCAPAN TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN MPP FAKULTI SPACE

Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE UTM)
Dengan penuh rasa bangga dan penghargaan, pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah atas pelantikan:

  • Praviin Raj Rajandran sebagai Wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti SPACE UTM Kampus Johor; serta
  • Muhammad Ashrul Izhan bin Mohd Asrin dan Saudari Nur Darwishah Najhiha binti Mohd Zamzaini sebagai Wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti SPACE UTM Kampus Kuala Lumpur.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, komitmen dan potensi yang dimiliki dalam memperjuangkan suara serta kebajikan mahasiswa. Fakulti yakin bahawa barisan wakil yang dilantik mampu memperkukuh budaya kepimpinan pelajar, mempererat hubungan antara mahasiswa dan pengurusan, serta menyumbang secara signifikan ke arah kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah warga SPACE UTM. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dapat digalas dengan penuh integriti, dedikasi dan semangat kebersamaan demi kemajuan komuniti pelajar dan kelestarian kecemerlangan fakulti.


UTM Open Day