+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

UTM PACU KEPIMPINAN PELAJAR BERTARAF ANTARABANGSA MELALUI GSLS, GLEXUS 2026

20 Januari 2026 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh agenda pembangunan kepimpinan mahasiswa menerusi penyertaan aktif dalam Global Student Leadership Summit (GSLS) dan Global Leadership Exchange & United Summit (GLEXUS) 2026.
Dalam satu kenyataan rasmi, UTM memaklumkan bahawa kedua-dua inisiatif berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam membangunkan kepimpinan pelajar yang berwawasan global, berteraskan nilai murni serta berintegriti tinggi.
Menurut UTM, penglibatan dalam GSLS dan GLEXUS 2026 bukan sekadar platform pendedahan antarabangsa, malah merupakan sebahagian daripada agenda strategik universiti dalam menyokong aspirasi negara untuk melahirkan generasi pelapis kepimpinan masa hadapan yang kompeten, berdaya tahan dan mampu bersaing di pentas global.
Inisiatif ini juga selari dengan usaha UTM memperkasa mahasiswa melalui pengalaman kepimpinan rentas budaya, jaringan antarabangsa serta pembentukan jati diri yang kukuh sebagai duta akademik negara.

https://malaysiagazette.com/2026/01/20/utm-pacu-kepimpinan-pelajar-bertaraf-antarabangsa-melalui-gsls-glexus-2026/
https://news.utm.my/2026/01/utm-pacu-kepimpinan-pelajar-bertaraf-antarabangsa-melalui-gsls-dan-glexus-2026/

UTM Open Day