+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

UTMSPACE PRIHATIN : SUMBANGAN KEBAJIKAN PELAJAR

12 Februari 2026 – Prihatin terhadap kebajikan pelajar, pihak UTMSPACE telah menyampaikan sumbangan bantuan kebajikan kepada seorang pelajar yang sedang menghadapi masalah kesihatan. Pelajar yang sedang mengikuti program Diploma Sepenuh Masa UTM tersebut telah dimasukkan ke hospital pada 26 September 2025 bagi menerima rawatan lanjut.
Sumbangan kebajikan daripada Tabung Endowmen UTMSPACE ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar Pusat Pengajian Diploma, En. Faizul Azli bin Abdul Ridzab @ Hassan, kepada pelajar berkenaan di pejabat beliau. Bantuan ini merupakan manifestasi keprihatinan dan komitmen UTMSPACE dalam menjaga kebajikan pelajar yang ditimpa ujian.
Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kos rawatan serta memberi suntikan semangat kepada pelajar untuk terus tabah menghadapi ujian dan kekal fokus dalam meneruskan pengajian.

UTM Open Day