11 Mac 2026 – UTMSPACE melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, BHEPA hari telah mengambil langkah proaktif dengan menyalurkan sumbangan kebajikan kepada pelajar yang terkesan akibat musibah banjir yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini.
Sumbangan yang diberikan ini adalah sebagai tanda keprihatinan pihak universiti terhadap pelajar dan keluarga. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengurus Kanan BHEPA kepada pelajar yang terlibat. Pihak UTMSPACE berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan serta menyuntik semangat kepada pelajar untuk terus berusaha dalam pelajaran walaupun berdepan dengan ujian.
Program ini mencerminkan komitmen pihak UTMSPACE dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian.

