11 Mac 2026 – Pihak UTMSPACE telah mengadakan lawatan kebajikan ke rumah seorang pelajar yang telah terlinat dalam kemalangan jalan raya. Lawatan yang diketuai oleh Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTMSPACE sebagai tanda keprihatinan pihak universiti terhadap kebajikan pelajar.
Semasa lawatan, pihak UTMSPACE turut menyampaikan sumbangan bantuan kebajikan bagi meringankan bebanan yang dihadapi pelajar. Rombongan lawatan juga memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral bagi menguatkan motivasi pelajar tersebut.
Pihak UTMSPACE mendoakan agar pelajar berkenaan segera sembuh dan dapat kembali meneruskan pembelajaran seperti biasa. Lawatan ini mencerminkan komitmen UTMSPACE dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan pelajar.

