11 Mac 2026 – Bahagian Hal Ehwal dan Alumni UTMSPACE telah mengadakan sesi lawatan ke atas seorang pelajar yang telah mengalami kemalangan sewaktu menjalani latihan industri. Penguru Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTMSPACE, BHEPA telah mengetuai lawatan tersebut bagi meninjau keadaan pelajar tersebut.
Dalam sesi lawatan tersebut, Pengurus Kanan BHEPA mendapatkan sedikit maklumat lanjut berkenaan dengan kejadian yang menimpa pelajar tersebut. Menurut Pengurus Kanan BHEPA, UTMSPACE turut menzahirkan keprihatinan terdahap kebajikan pelajar serta menegaskan komitmen pihak universiti dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar sentiasa diberi perhatian, khususnya ketika menjalani latihan industri.
Sedikit sumbangan bantuan kebajikan telah di serahkan kepada pelajar tersebut dan pihak UTMSPACE mendoakan agar pelajar berkenaan diberikan kesembuhan yang segera dan dapat kembali meneruskan latihan serta pengajian seperti biasa dalam masa terdekat.

