+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

UTMSPACE PRIHATIN : SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN AHLI KELUARGA PELAJAR

23 Feb 2026 – Pihak UTMSPACE telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada seorang pelajar program diploma sepenuh masa UTM yang kehilangan ibu tercinta dalam satu pertemuan ringkas baru-baru ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTMSPACE. Sumbangan ini merupakan salah satu tanda simpati dan keprihatian warga UTMSAPCE dalam menjaga kebajikan para pelajar yang ditimpa musibah.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan UTMSPACE dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian, khususnya ketika mereka berdepan dengan situasi yang mencabar.

Pihak UTMSPACE merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar, semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

UTM Open Day