+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Melestarikan Kecemerlangan Akademik: Sinergi Strategik Antara KAYM dan SPACE UTM

Sekitar Kunjung Hormat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) ke SPACE UTM yang telah berlangsung pada 4 Mei 2026, jam 9.00 pagi tadi dalam suasana penuh mesra dan profesional.

Delegasi KAYM diketuai oleh Encik Aminalrashid Hussain ,Ketua Pegawai Eksekutif, bersama Encik Mohamad Nawawi Saad ,Ketua Pegawai Pemasaran, Puan Faridah Johar ,Ketua Bahagian Akademik, dan Puan Norazlin Jaliludin , Pengurus Program UTM-ICYM.

Pihak SPACE UTM pula diwakili oleh Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar ,Dekan SPACE dan Dr. Siti Munira binti Jamil Pengurus Besar, PPK yang menyambut baik kehadiran delegasi KAYM.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif melibatkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam aspek pembangunan program akademik, pengembangan penawaran pendidikan, serta peluang kolaborasi dalam latihan dan peningkatan kemahiran pelajar.

Diharapkan kunjungan ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan yang lebih erat dan berterusan antara KAYM dan SPACE UTM, seterusnya memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan tinggi negara.

UTM Open Day