☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

10 Oktober 2026- SPACE UTM terus komited dalam memperkukuh hubungan strategik bersama Alumni menerusi penganjuran Majlis Eksklusif Reuni Alumni (MESRA) SPACE UTM 2026, sebuah platform yang menghimpunkan Alumni daripada pelbagai program pengajian dan latar belakang kerjaya.
Penganjuran majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara Alumni dengan SPACE UTM, memperkukuh jaringan profesional serta membuka peluang kerjasama strategik yang dapat memberikan manfaat kepada warga universiti, khususnya pelajar semasa.

Selain menjadi medan pertemuan semula, program ini turut menyediakan Sesi Dialog bersama Dekan SPACE UTM, ruang untuk alumni berkongsi pengalaman, pencapaian dan perkembangan kerjaya, di samping menyumbang idea bagi menyokong pembangunan institusi serta kebolehpasaran graduan.

Turut hadir Prof. Madya Dr. Kamaludin bin Mohamad Yusof, Dekan SPACE UTM, Dato’ Ahmad Tarmizi bin Mohamad, Pengerusi Eksekutif Uthmaniah Development Properties Sdn. Bhd., Dato’ Zakaria bin Husain, Pengerusi Eksekutif Dominant Energy Sdn. Bhd., Ts. Nik Maria binti Nik Mahamood, Menjalankan Tugas Timbalan Dekan Pembangunan, Puan Siti Khatijah binti Hamzah, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan, Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni.

 

UTM Open Day