☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

24 Sept 2026 – 24 September 2026 – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) meneruskan usaha menjaga kebajikan pelajar melalui penyampaian bantuan kepada seorang pelajar program separuh masa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sumbangan kebajikan telah disampaikan oleh Puan Suhaili Bt.Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan BHEPA semasa sesi ziarah. Selain bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung, pelajar berkenaan turut diberikan kata-kata semangat dan sokongan moral.

Pihak SPACE mendoakan agar pelajar tersebut segera sembuh, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan dan ketabahan bersama keluarga dalam menghadapi dugaan ini.

UTM Open Day