☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

26 Oktober 2026 – Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar, SPACE telah menyampaikan sumbangan bantuan kebajikan kepada seorang pelajar yang terjejas akibat banjir.

Sumbangan yang disampaikan oleh Puan Suhaili Bt.Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) kepada waris pelajar bertujuan membantu meringankan beban pelajar dan keluarga susulan kejadian banjir yang menjejaskan kediaman serta kehidupan harian mereka.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen SPACE untuk terus memberikan perhatian kepada kebajikan pelajar, khususnya apabila mereka berhadapan dengan musibah dan keadaan di luar jangka.

Diharapkan bantuan yang disampaikan dapat memberikan sedikit kelegaan serta menjadi sumber semangat kepada pelajar dan keluarga untuk terus tabah menghadapi dugaan.

UTM Open Day