☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

27 Oktober 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah mengadakan lawatan ziarah kepada seorang pelajar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Lawatan yang diketuai oleh Puan Suhaili Bt.Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan BHEPA ini bertujuan menyampaikan bantuan kebajikan dan sokongan moral bagi membantu meringankan beban pelajar berkenaan susulan kemalangan tersebut.

Sumbangan yang disampaikan merupakan tanda keprihatinan dan komitmen SPACE terhadap kebajikan serta kesejahteraan pelajar, khususnya mereka yang sedang berhadapan dengan musibah.

Pihak SPACE berharap agar sumbangan dan sokongan yang diberikan dapat meningkatkan semangat pelajar untuk terus tabah. Semoga beliau segera sembuh dan segala urusannya dipermudahkan.

UTM Open Day