☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

24 September 2026 – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) telah menyampaikan bantuan kebajikan kepada seorang pelajar yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran rumah keluarganya. Bantuan ini merupakan tanda keprihatinan institusi terhadap pelajar yang ditimpa musibah.

Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Suhaili Bt.Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) kepada ahli keluarga pelajar bagi membantu meringankan beban susulan kejadian tersebut. Inisiatif ini mencerminkan komitmen SPACE untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar terus diberikan perhatian, khususnya dalam situasi yang mencabar.

Pihak SPACE berharap agar bantuan yang diberikan dapat sedikit sebanyak mengurangkan kesulitan yang dihadapi serta memberikan semangat kepada pelajar dan keluarga. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan mereka terus diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

UTM Open Day