+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Bantuan Kewangan Pelajar

PTPTN

BANTUAN ZAKAT PELAJAR

PENGELUARAN KWSP IBU BAPA/PELAJAR

LAIN-LAIN BANTUAN KEWANGAN

PTPTN

Tatacara Permohonan PTPTN
4 Langkah Pendaftaran myPTPTN
9 Langkah Proses Permohonan Pinjaman Baru
Panduan Permohonan dan Terima Tawaran Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi Web myPTPTN

NAMA INSTITUSI & PANEL BANK:

Program Mod Pengajian Kod IPT Nama Institusi Panel Bank
Diploma Sepenuh Masa 05S UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (SPACE) RHB BANK – Pro Saving Account-i
Separuh Masa
Sarjana Muda Sepenuh Masa
Separuh Masa

NAMA PROGRAM: SILA RUJUK NAMA PROGRAM DALAM SURAT TAWARAN
TARIKH-TARIKH PENTING:

  Diploma Sarjana Muda
Semester 1 Semester 2 Semester 1 Semester 2
Tempoh Permohonan 1 – 31 Julai 1 – 31 Ogos 1- 31 Disember 1 – 31 Januari 1- 30 September 1- 30 Oktober 1- 31 Mac 1- 30 April
Tarikh Kelulusan 7 – Ogos 7 – September 7 – Januari 7 – Februari 7 – Oktober 7 – November 7 – April 7 – Mei
Pemakluman Keputusan Melalui Emel/ SMS/ Aplikasi myPTPTN
Dokumen Perjanjian PTPTN Lengkapkan dokumen perjanjian PTPTN 14 hari selepas tarikh kelulusan di Aplikasi myPTPTN

Bagi pelajar UTMIDP Permohonan PTPTN anda sila rujuk KEPADA HEP UTM ditalian 07- 55 30185 atau layari lama web https://studentaffairs.utm.my/

Pembayaran PTPTN : PANDUAN TINDAKAN BAGI PELAJAR BERSTATUS GAGAL BAYAR

Bantuan Zakat Pelajar

Permohonan Bantuan Zakat Pusat Islam UTM KL

Adalah di maklumkan bahawa Permohonan Bantuan Zakat Pusat Islam UTM Kuala Lumpur bagi Pelajar Diploma dan Asasi UTM Kuala Lumpur telah di buka. Kategori Bantuan Zakat adalah seperti berikut:

  1. Bantuan Zakat Yuran Pengajian
      • Bagi mahasiswa yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan yuran pengajian.
      • Dokumen sokongan permohonan: Penyata Akaun Pelajar (maklumat tunggakan yuran)
  1. Bantuan Zakat Sara Diri
      • Bagi mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan sara diri di UTM.

Syarat-syarat permohonan:

    1. Beragama Islam dan Warganegara Malaysia
    2. Pelajar UTM (Diploma atau Asasi) sepenuh masa Kampus UTM KL
    3. Tidak menerima zakat atau sumbangan daripada pihak lain
    4. Tidak mendapat apa-apa tajaan, biasiswa, atau bantuan kewangan, dan sekiranya ada tidak mencukupi (nyatakan sebab)
    5. Tergolong dalam golongan Fakir Miskin (Jumlah pendapatan ibu & bapa/penjaga kurang RM4000 dan dengan tanggungan 4 orang dan ke atas)
    6. Sekali permohonan sahaja dalam satu semester

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-274 2012 / 017 377 20777 atau email ke hepspace@utmspace.edu.my

Permohonan hanya melalui google form sahaja.

    1. Imbas QR Kod di dalam poster
    2. https://forms.gle/DafjgkJ852fZq5NEA
    3. Pastikan borang diisi dengan lengkap berserta dokumen-dokumen yang diperlukan.
    4. Tarikh Permohonan : Sebelum minggu ketiga setiap semester

Permohonan Bantuan Zakat Pusat Islam UTM Johor Bahru
Adalah di maklumkan bahawa Permohonan Bantuan Zakat Pusat Islam UTM Johor Bahru bagi Pelajar Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi Johor Bahru telah di buka. Kategori Bantuan Zakat adalah seperti berikut:

Bantuan Zakat Yuran Pengajian
• Bagi mahasiswa yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan yuran pengajian (Sila lampirkan maklumat tunggakan yuran)

Bantuan Zakat Sara Diri
• Bagi mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan sara diri di UTM.

Syarat-syarat permohonan:

    • Beragama Islam dan Warganegara Malaysia Mahasiswa UTM Sepenuh Masa Kampus UTM Johor Bahru
    • Tidak menerima zakat atau sumbangan daripada pihak lain
    • Tidak mendapat apa-apa tajaan, biasiswa, atau bantuan kewangan, dan sekiranya ada tidak mencukupi (nyatakan sebab)
    • Tergolong dalam golongan Fakir Miskin (Jumlah pendapatan ibu & bapa/penjaga kurang RM3000 dan dengan tanggungan 4 orang dan ke atas)
    • Sekali permohonan sahaja dalam satu semester

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-2777 214 /07 531 8027 atau email ke hepspace@utmspace.edu.my

Permohonan hanya melalui google form sahaja

Pengeluaran KWSP Ibubapa /Pelajar

  1. Pelajar/Ibubapa boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP bagi membiayai yuran pengajian.
  2. Permohonan secara atas talian di laman sesawang KWSP, i-Akaun KWSP ahli di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/login.
  3. Jenis permohonan pengeluaran KWSP adalah seperti berikut:
    a. Pembayaran kepada ahli
    – jika yuran telah dibayar kepada institusi pengajian tinggi (resit tidak melebihi 1 tahun daripada tarikh permohonan)
    b. Pembayaran kepada institusi pengajian tinggi
    – bagi menyelesaikan yuran pengajian yang belum dijelaskan
  4. Pelajar baharu perlu membuat permohonan pengeluaran KWSP selepas pendaftaran kursus dikemaskini di Sistem Maklumat Pelajar
  5. Panduan Pengeluaran Pendidikan KWSP (E-Pengeluaran)
  6. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Kewangan UTMSPACE : 03-2728 6566 / 6511 / 6567 (Kuala Lumpur) / 07-531 8037 / 8036 / 8034 / 8038 (Johor Bahru) atau emel ke bkw@utmspace.edu.my