Insurans Takaful
Mengenai Kami
APAKAH SKIM INI?
Pihak UTMSPACE menyediakan Skim Takaful Berkelompok di bawah perlindungan Syarikat Takaful Ikhlas Berhad untuk semua pelajar yang berdaftar.
TUJUAN SKIM
Skim Takaful Berkelompok ini adalah bertujuan:-
- Memastikan kebajikan pelajar diutamakan dengan menyediakan pampasan jika berlaku kematian atau kecacatan kekal.
- Meringankan beban kewangan kepada waris yang perlu ditanggung sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada pelajar.
GROUP PERSONAL ACCIDENT (GPA)
- Polisi ini akan membayar pampasan kepada anda bagi kecederaan anggota badan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan di mana kecederaan ini disebabkan oleh keganasan, tidak sengaja, luaran dan jelas kelihatan punca menyebabkan anda perlu menjalani perubatan dan/atau pembedahan. Jika berlakunya kematian, pampasan akan dibayar kepada waris anda yang dinamakan atau wakil diri anda yang sah.
- Minimum 18 tahun dan maksimum 64 tahun sahaja.
- Jumlah pampasan bagi polisi ini :
Bil |
Manfaat-manfaat Akibat Kemalangan Sahaja |
Jumlah Pampasan (RM) |
1 |
Kematian / Death |
10,000.00 |
2 |
Cacat Kekal / Total Permanent Disablement |
10,000.00 |
3 |
Pengebumian / Funeral Expenses |
1,000.00 |
4 |
Elaun Hospital Kerajaan / Daily Hospital Allowance (Up to maximum 30 days, time excess 1 days, at government hospital only) |
150.00 |
5 |
Kos Perubatan / Medical Expenses |
3,000.00 |
6 |
Kos Penghantaran Pulang / Repatriation Expenses |
2,000.00 |
GROUP TERM LIFE (GTL)
- Polisi ini akan membayar pampasan sekiranya berlaku kematian akibat semula jadi seperti penyakit, mati secara tiba-tiba dan sekiranya pelajar menghidap kecacatan kekal.
- Minimum 18 tahun dan maksimum 64 tahun sahaja.
- Jumlah pampasan bagi polisi ini :
Bil |
Manfaat-manfaat Akibat Kemalangan Sahaja |
Jumlah Pampasan (RM) |
1 |
Kematian / Death |
10,000.00 |
2 |
Cacat Kekal / Total Permanent Disablement |
10,000.00 |
3 |
Pengebumian / Funeral Expenses |
1,000.00 |
4 |
Kos Penghantaran Pulang / Repatriation Expenses |
2,000.00 |
APAKAH PENGECUALIAN UTAMA DI BAWAH KEDUA-DUA POLISI INI?
Polisi ini tidak melindungi kematian atau kecederaan yang disebabkan:
- Risiko peperangan
- Kecederaan yang disengajakan
- Bunuh diri dan tidak siuman
- Provokasi pembunuhan dan serangan
- Sukan berisiko tinggi
- Nuklear, kimia, biologi, pengganasan
- Dadah, keuzuran berkaitan AIDS/HIV, penyakit yang dijangkiti secara seksual
- Penglibatan pekerjaan ketenteraan, tentera laut, tentera udara, polis dan bomba