4 Mac 2025 – Permohonan Zakat Pusat Islam UTM Johor Bahru bagi pelajar Asasi & Diploma Sepenuh Masa SPACE UTM telah dibuka bermula 29 Disember 2024 sehingga 31 Januari 2025. Permohonan adalah melalui Google Form yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTMSPACE. Tawaran telah dihebahkan melalui Portal UTMSPACE, Portal SPACE dan Portal Pelajar mengikut program.
Seramai 25 orang pelajar telah memohon bantuan ini.14 orang pelajar adalah layak berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh Pusat Islam UTM Johor manakala 5 orang pelajar lagi disokong untuk menerima bantuan zakat ini oleh Jawatankuasa Bantuan Kewangan dan Kebajikan Pelajar, UTMSPACE melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Kewangan dan Kebajikan Pelajar bil 1/2025 pada 4 Mac 2025. Jumlah Keseluruhan seramai 19 nama telah dihantar ke Pusat Islam UTM Johor bahru untuk permohonan bantuan zakat pada tahun ini.