Insurans Takaful

Mengenai Kami

APAKAH SKIM INI?
Pihak UTMSPACE menyediakan Skim Takaful Berkelompok di bawah perlindungan Syarikat Takaful Ikhlas Berhad untuk semua pelajar yang berdaftar.

TUJUAN SKIM
Skim Takaful Berkelompok ini adalah bertujuan:-

  • Memastikan kebajikan pelajar diutamakan dengan menyediakan pampasan jika berlaku kematian atau kecacatan kekal.
  • Meringankan beban kewangan kepada waris yang perlu ditanggung sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada pelajar.

GROUP PERSONAL ACCIDENT (GPA)

  • Polisi ini akan membayar pampasan kepada anda bagi kecederaan anggota badan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan di mana kecederaan ini disebabkan oleh keganasan, tidak sengaja, luaran dan jelas kelihatan punca menyebabkan anda perlu menjalani perubatan dan/atau pembedahan. Jika berlakunya kematian, pampasan akan dibayar kepada waris anda yang dinamakan atau wakil diri anda yang sah.
  • Minimum 18 tahun dan maksimum 64 tahun sahaja.
  • Jumlah pampasan bagi polisi ini :

Bil

Manfaat-manfaat Akibat Kemalangan Sahaja

Jumlah Pampasan (RM)

1

Kematian / Death

10,000.00

2

Cacat Kekal / Total Permanent Disablement

10,000.00

3

Pengebumian / Funeral Expenses

1,000.00

4

Elaun Hospital Kerajaan / Daily Hospital Allowance
(Up to maximum 30 days, time excess 1 days, at government hospital only)

150.00

5

Kos Perubatan / Medical Expenses

3,000.00

6

Kos Penghantaran Pulang / Repatriation Expenses

2,000.00

GROUP TERM LIFE (GTL)

  • Polisi ini akan membayar pampasan sekiranya berlaku kematian akibat semula jadi seperti penyakit, mati secara tiba-tiba dan sekiranya pelajar menghidap kecacatan kekal.
  • Minimum 18 tahun dan maksimum 64 tahun sahaja.
  • Jumlah pampasan bagi polisi ini :

Bil

Manfaat-manfaat Akibat Kemalangan Sahaja

Jumlah Pampasan (RM)

1

Kematian / Death

10,000.00

2

Cacat Kekal / Total Permanent Disablement

10,000.00

3

Pengebumian / Funeral Expenses

1,000.00

4

Kos Penghantaran Pulang / Repatriation Expenses

2,000.00

TATACARA TUNTUTAN

  • Anda mesti memberi notis kecederaan bertulis kepada kami dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan di dalam polisi anda
  • Tuntutan kematian: Laporan polis dan borang tuntutan harus diserahkan dengan semua dokumen sokongan seperti sijil kematian dan permit pengebumian.
  • Tuntutan kecederaan: Anda mesti memberi notis kecederaan bertulis kepada kami dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan dalam polisi anda. Anda harus serahkan kepada kami borang tuntutan bersama dokumen sokongan seperti laporan perubatan dan resit pembayaran bagi belanja hospital.

APAKAH PENGECUALIAN UTAMA DI BAWAH KEDUA-DUA POLISI INI?
Polisi ini tidak melindungi kematian atau kecederaan yang disebabkan:

  • Risiko peperangan
  • Kecederaan yang disengajakan
  • Bunuh diri dan tidak siuman
  • Provokasi pembunuhan dan serangan
  • Sukan berisiko tinggi
  • Nuklear, kimia, biologi, pengganasan
  • Dadah, keuzuran berkaitan AIDS/HIV, penyakit yang dijangkiti secara seksual
  • Penglibatan pekerjaan ketenteraan, tentera laut, tentera udara, polis dan bomba

Hubungi Kami

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Tel : 03 – 2728 6570/6571/6555 (Kuala Lumpur) / 07-531 8027 (Johor Bahru) / 07-531 6022 (Alumni)
HP : 013 – 274 2012 / 017 – 377 2077 / 013 – 277 7214
Emel : hepspace@utmspace.edu.my (Hal Ehwal Pelajar), alumni@utmspace.edu.my (Alumni)

Aduan/Maklumbalas Pelajar