+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) space@utm.my

UTM-JDT METERAI MOU BANGUNKAN PROGRAM DIPLOMA

SUKAN DAN KECERGASAN.

JUL 27, 2023 by ADMIN in MEDIA CENTRE

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan SPACE UTM dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk penubuhan program baharu Diploma Sukan dan Kecergasan.
UTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu akan bermula Disember ini dan merintis peluang bagi institusi pendidikan tinggi, khususnya UTM, dalam menjalin usaha sama bersama industri sukan negara ke arah meningkatkan taraf pendidikan ahli sukan tanah air.
Majlis pemeteraian MoU itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, Pengerusi SPACE UTM, Profesor Ts Dr Nazri Ali dan Pemangku Pengurus Besar JDT Datuk Salehuddin Hassan.
Menurut UTM, tempoh pengajian bagi program itu adalah selama dua setengah tahun dengan syarat kemasukan tiga kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
Turut hadir dalam majlis berkenaan Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Encik Alistair Edwards, Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC, pengurusan tertinggi SPACE UTM dan JDT FC.