HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
PTPTN web banner
endowmen utmspace
webbanner sumbangan
poster dermasiswa2022 ver 2
previous arrow
next arrow

Mengenai Kami

Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP) telah ditubuhkan pada 15 Januari 2019 dengan penempatan seorang Eksekutif di UHEP UTMSPACE JB. UHEP bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengerusi Pembangunan, yang mana bernaung di bawah Pejabat Pengerusi SPACE. Pada 15 Mei 2019, UHEP telah menerima seorang Pengurus Kanan dan seorang Pembantu Tadbir, di UTMSPACE KL. Seterusnya bagi menguatkan operasi perkhidmatan, seorang Eksekutif dan seorang Pembantu Tadbir telah melapor diri pada 1 Jan 2020 dan 1 Mac 2020, untuk penempatan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Skop kerja adalah merangkumi Urusan Kebajikan Pelajar, untuk pelajar Diploma, Asasi dan Sarjana Muda, yang didaftarkan di bawah Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia.

Bilangan pelajar semasa adalah dianggarkan seramai 6,000 pelajar (Pusat Program Separuh Masa), 2,100 pelajar (Pusat Program Diploma) dan 400 pelajar (Pusat Program Ijazah) yang membawa kepada keseluruhan 8,500 orang pelajar.

Pusat pentadbiran UHEP adalah di Kuala Lumpur, yang mana bertanggungjawab kepada 6,000 pelajar (2,000 : 4,000) di Kuala Lumpur dan seramai 2,500 pelajar (500 : 2,000) di Johor Bahru, dengan nisbah bilangan pelajar sepenuh masa kepada bilangan pelajar separuh masa.

Hubungi Kami

Unit Hal Ehwal Pelajar
Blok H, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 2728 6571/6555

Unit Hal Ehwal Pelajar
Aras 4, Blok T05,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, Johor.
Tel : 07 – 531 8027
Email : hepspace@utmspace.edu.my

Muat Turun : Borang Maklumbalas Pelanggan